Benda paling best yang saya suka buat bila bercuti ke Cameron Highlands ialah mengambil gambar. Di Cameron Highlands terdapat banyak subjek menarik untuk dijadikan bahan dan modal untuk bidikan kamera - tak kiralah, kamera DSLR, kamera kompak, mahupun kamera telefon.

Jika ambil gambar bunga-bunga cantik Cameron Highlands, saya tak pernah rasa kecewa dengan hasilnya. Bunga-bunga Cameron Highlands begitu hidup sehingga di dalam gambar pun ia menyerlah dengan kecantikan dan keindahan yang menakjubkan.

Benda Best Dilakukan di Cameron Highlands

Saya kongsikan beberapa koleksi gambar yang telah saya ambil sejak beberapa kali ke Cameron Highlands ini. Selalunya, saya akan ke Cameron Highlands setiap tahun dan menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Cameron Highlands.
Foto di atas adalah antara gambar yang saya ambil menggunakan kamera Sony DSLR A200. Ia merupakan kamera DSLR pertama saya beli dengan duit gaji saya semasa bekerja di USM Transkerian.

Foto dan gambar di bawah pula saya ambil menggunakan kamera telefon Asus Zenfone 6 yang saya beli menggunakan wang 'gaji' menjadi seorang blogger dan house husband bekerja di rumah. :)


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement