Pernah dengar mengenai Cameron Square? Ia merupakan sebuah shopping complex 3 tingkat, yang terletak 3 km dari Brinchang, dan boleh dikatakan bersebelahan dengan Kea Farm. Ia kini adalah antara tarikan terbaru di Cameron Highlands, dan menjadi singgahan utama para pelancong sebelum ke Tanah Rata, Brinchang mahupun ke Kea Farm yang selalunya sesak dengan pengunjung.

Cameron Square Tarikan Terbaru Cameron Highlands

Selalunya kalau kita ke Cameron Highlands, kita akan ingat akan sayur-sayuran segar dan juga bunga-bungaan yang cantik. Jarang sekali kita ketahui mengenai pusat hiburan yang ada di Cameron Highlands. Di Cameron Square ada pilihan untuk hiburan keluarga buat mereka yang mungkin mahu mencari percutian yang menghiburkan.
Cameron Square Tarikan Terbaru Cameron Highlands
Cameron Square ini bersambungan dengan sebuah hotel baru dikenali sebagai Nova Highlands Resort. Cameron Square juga dikenali sebagai Aranda Nova. Antara tempat menarik berdekatan dengan Cameron Square atau Aranda Nova ini adalah Taman Rama-Rama (Butterfly Farm), selain Kea Farm dan Hotel Equatorial.
Cameron Square Tarikan Terbaru Cameron Highlands

100 Kedai Dalam Cameron Square

Dalam Cameron Square ini ada lebih 100 kedai komersil menjual produk yang berkaitan dengan eko-pelancongan di Cameron Highlands. Ada kedai basikal mountain bike (premium), ada kedai kopi, restoran makanan segera, ada cinema 6D, ada pusat hiburan keluarga malah ada mini karnival di ruang legar Cameron Square ini. Kedai cenderahati dan sebuah restoran steamboat juga terdapat di Cameron Square.
Cameron Square Tarikan Terbaru Cameron Highlands
Cameron Square Tarikan Terbaru Cameron Highlands
Cameron Square Tarikan Terbaru Cameron Highlands
Masa saya dan keluarga singgah di Cameron Square ni, tak ramai orang .. malah kedai pun belum banyak yang beroperasi. Tapi, saya dapat tahu Cinema 6D yang ada di sini agak menarik untuk anak-anak, malah ada muzium di Cameron Square yang baru beroperasi yang boleh dijadikan salah satu tempat untuk dilawati apabila ke Cameron Highlands.

Boleh dapatkan hotel murah dan bajet menerusi Agoda - Booking Hotel di Cameron Highlands Online

Jika nak menginap berdekatan Cameron Square, anda boleh menginap di Hotel Nova Highlands Resort yang sangat famous di kalangan pelancong dari negara China, selain Equatorial Hotel yang terletak di Kea Farm, tidak jauh dari Aranda Nova ini.

Oh ya, kat Cameron Square, satu-satunya tempat yang anda boleh jumpa eskalator dan lif yang boleh diakses secara umum. Eskalator sini high-end ... jika ada orang naik-turun baru dia akan bergerak .. hoho. Tapi awas, jangan biarkan anak-anak anda bermain di eskalator automatik ini, ia sebenarnya lebih bahaya daripada eskalator atau tangga bergerak biasa.



Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement