Ini satu berita yang agak menggemparkan, dan merisaukan terutama sekali untuk ibu-bapa, khasnya ibu bapa yang baru mendapat cahayamata di negara ini. Saya baru sahaja menbaca berita menerusi akhbar harian Kosmo! melaporkan bahawa hospital di Malaysia kehabisan vaksin 5 serangkai yang wajib diberikan kepada bayi. Malah, menurut laporan berita tersebut, semua hospital swasta di Malaysia telah kehabisan bekalan vaksin lima serangkai bayi ini sejak bulan Jun 2015!
Hospital Kehabisan Vaksin Untuk Bayi

Hospital Malaysia Kehabisan Vaksin Penting Untuk Bayi

Vaksin yang dimaksudkan ialah vaksin untuk program immunisasi bayi iaitu yang dikenali sebagai vaksin DTap-IPV-HiB. Vaksin ini adalah wajib diambil oleh semua bayi yang baru lahir di Malaysia bagi bertujuan mencegah lima jenis penyakit. Lima jenis penyakit yang dimaksudkan ialah polio, difteria, kancing gigi, batuk kokol dan influenza hemofilus B.

Vaksin lima serangkai ini wajib diberikan pada bayi di Malaysia pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan.

Agak mengejutkan kerana rakyat negara ini baru diberitahu mengenai masalah ini. Saya sendiri terkejut apabila mengetahui bahawa bekalan vaksin lima serangkai ini telah diberitakan habis di hospital-hospital di Malaysia.

Saya juga agak risau memandangkan saya ada anak saudara yang tergolong dalam bayi yang diwajibkan mengambil vaksin ini.

Perlu Temujanji dan Patuhi Masa Temujanji

Menurut laporan akhbar itu lagi, ramai ibu bapa yang mempunyai bayi baru lahir dan mengambil vaksin ini di klinik-klinik serta hospital swasta perlu membuat temujanji dengan hospital kerajaan kerana bekalan vaksin ini sudah tidak ada. Manakala stok bekalan untuk vaksin DTap-IPV-HiB di hospital kerajaan juga semakin sedikit, dan terpaksa melalui kawalan tertentu.
Hospital Swasta Kehabisan Vaksin Untuk Bayi
Kehabisan vaksin ini adalah disebabkan oleh pembekal tunggal vaksin gagal memenuhi permintaan yang tinggi dari seluruh dunia. Krisis ini bukan hanya berlaku di Malaysia, malah berlaku di negara-negara yang menjalankan program immunisasi lima jenis penyakit tadi - polio, difteria, kancing gigi, batuk kokol dan inflenza hemofilus B.

Saya berharap kerajaan mengambil langkah yang sewajarnya untuk tanggani masalah ini. Saya risau anak-anak yang lahir pada tahun 2015 mahupun 2016 akan terdedah dengan penyakit-penyakit ini yang boleh merebak dan membawa maut.

Untuk ibu bapa yang mungkin terkesan atau terbabit, anda diminta untuk mengikuti program immunisasi ini dengan betul dan ikut jadual janji temu yang telah ditetapkan, risau nanti anak atau bayi anda akan terlepas peluang untuk mendapat immunisasi lengkap yang sepatutnya.

Info lanjut dan bagi mendapatkan maklumat lebih lengkap mengenai masalah ini, boleh berhubung:

Hotline Kementerian Kesihatan - 03-8000 8000
atau
Email - kkm@moh.gov.my



Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement