Apabila menjadi seorang house husband sepenuh masa, antara perkara yang agak mencabar untuk dibuat ialah menyediakan menu-menu makanan untuk anak-anak. Dalam soal masak-memasak, secara jujurnya ia bukan satu masalah buat saya, walaupun saya bukanlah chef terhebat di rumah. Namun, apabila berhadapan dengan ragam anak-anak; pasti saya perlu berfikir dua tiga kali nak masak menu apa untuk makan tengahari, petang dan malam.

Mencabar sebab saya perlu sediakan menu sempoi yang semua orang akan makan. Saya tidak suka membazir makanan. Ia satu kesedihan bagi saya apabila terpaksa membuang makanan yang tidak dimakan atau yang telah rosak (basi). Jadi, cabaran untuk sediakan menu makan setiap hari ialah mengetahui akan selera anak-anak.

Menu Sempoi Seorang House Husband

Apabila mempunyai 3 orang anak yang ada ragam, kesukaan dan minat tersendiri; banyak kali saya terpaksa berkompromi dalam menyediakan menu hidangan. Jika Along tak makan, hanya si Angah je makan, maka saya terpaksalah sediakan lebih dari satu jenis lauk. Dan bila dah kena sediakan lebih daripada satu lauk, maka risau pula takut makanan tu tak dapat dihabiskan.

Mungkin ada yang kata, lauk-pauk boleh disimpan dalam peti sejuk. Tetapi, anak-anak saya sedikit cerewet dan tidak berapa suka jika ketahui makanan yang saya hidang tu adalah menu 3 hari lepas yang telah dimasak semula. Yang jadi mangsa perabih, tentulah saya. Kalau isteri ada di sini, itu lain cerita.

[Baca] Goreng Ikan Guna Kuali Tanpa Minyak, Hanya Gunakan Air

Jadi, penyelesaian ialah mencari menu sempoi yang semua orang boleh makan, dan saya boleh masak. Saya cuma beli makanan di luar jika dan hanya jika .... sudah terpaksa. Nak berjimat cermat, perlu masak sendiri. Masak sendiri lebih berbaloi jika beli makanan di luar, dan kebersihan juga lebih terjamin, apatah lagi sekarang sudah adanya kes Demam Kepialu yang boleh membawa maut terutama kepada kanak-kanak.

Antara menu sempoi yang selalu saya sediakan ..

  • Kari Kepala Ikan (Along dan Angah tak makan kepala ikan, hanya makan kuahnya sahaja).
  • Ikan Talapia Merah Panggang
  • Kari Daging.
  • Daging Masak Kicap.
  • Kerang Rebus.
  • Masak Lemak Labu.
  • Telur Kicap.
  • Sotong.
  • Ikan Lengat (Ikan Rebus) goreng.
  • Daging Black Pepper,
  • Sup Ikan Merah.

Penting sebagai seorang bapa House Husband ketahui akan kesukaan anak-anak, dan kalau boleh biarlah semua suka menu yang sama. Jika masing-masing ada kehendak tersendiri (jarang derang minta), maka saya perlu masak dalam portion yang kecil untuk elakkan makanan dari terbuang atau tidak dihabiskan.

Kalau anda nak tahu apa resepi dan menu masakan yang saya sediakan untuk anak-anak setiap hari, bolehlah jenguk entri-entri berkaitan resepi di blog ini. Serius, ada pembaca yang rujuk menu dan resepi saya .. dan mereka kata resepi saya mudah, senang dan simple untuk disediakan ... rasa pastilah marbelous .. hoho ...



10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement