Resepi Kek Coklat Malt Mudah 5 Minit. Wahh, viral resepi kek 5 minit ni ye. Nampaknya zaman sekarang amat mudah untuk berkongsi sesuatu, apatah lagi sesuatu benda yang boleh berikan impak baik seperti resepi kek coklat ini, yang memang amat mudah dibuat, dan ambil masa hanya 5 minit untuk disiapkan.

Saya bukanlah penggemar kek. Namun, isteri saya memang seorang yang suka mencuba resepi bakeri seperti kek coklat mudah ini. Apabila ada peluang dan kesempatan, isteri saya pasti akan cuba resepi yang baru, dan saya tidak pernah menidakkan hobinya.

Resepi Kek Coklat Mudah 5 Minit

Resepi Kek Coklat Mudah 5 Minit
Dah banyak juga resepi kek yang dicuba oleh isteri saya. Ada resepi dicuba semata mahu menggunakan periuk atau kuali ajaib yang baru dibelinya beberapa bulan lalu. Hebat oo kuali isteri saya beli tu, buatan Korea ... boleh goreng, panggang tanpa gunakan minyak .. hanya menggunakan air sahaja sudah cukup! Anda pernah goreng ikan guna air? Pernah? Haha .. mesti tak pernah kannn...

Ok.

Itu cerita kuali yang pernah saya tulis sebelum ini. Sekarang saya nak kongsikan apa yang telah isteri saya buat menggunakan microwave - iaitu menghasilkan dan menyediakan kek coklat yang sedap dalam masa 5 minit!

Bahan-Bahan Kek Mudah 5 Minit

Bahan-bahan untuk resepi ini adalah:

  • 4 sudu Milo atau serbuk malt coklat.
  • 4 sudu tepung gandum.
  • 4 sudu gula.
  • 4 sudu susu segar atau susu kotak.
  • 4 sudu minyak masak.
  • 1 sudu kecil serbuk penaik atau baking powder.
  • 1 biji telur.
  • Kacang atau badam atau kismis.

Cara Membuat

Caranya ialah campurkan semua bahan ini dan kacau sehingga sebati. Masukkan kacang, badam atau kismis di akhir sebatian. Masukkan sebatian dalam bekas kecil atau mangkuk yang microwave-friendly.

Tekan butang pemanas di microwave anda selama 3 minit dan lihat hasilnya.
Resepi Kek Coklat Mudah 5 Minit
Sempoi je kan? Kek ini sesuai dimakan begitu sahaja atau dimakan bersama ais krim yang boleh dijadikan sebagai topping segera.
[Baca] Panduan (DVD) Membuat Kek Coklat Sedap - Sensasi Kek Coklat
Dan kalau ikutkan cara-cara nak buat kek coklat mudah 5 minit ini, maka memang bolehlah diajak anak-anak untuk sama-sama buat ... boleh dijadikan aktiviti keluarga di masa lapang yang menyeronokkan.


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement