Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga. Apabila nak cepat dan mudah menyediakan menu tengahari, saya akan lihat menu-menu masakan atau resepi yang tidak menggunakan banyak bahan, dan tidak menggunakan minyak. Dan antara pilihan utama nak sediakan menu makan tengahari yang simple, mudah, sempoi dan cepat ialah dengan menyediakan Kerang Rebus.

Resepi Kerang Rebus saya simple je. Kalau saya masak Kerang Rebus yang merupakan antara pilihan dan kegemaran anak-anak saya, saya akan rebus kerang sampai betul-betul masak. Anak-anak saya tidak berapa suka kalau kerang yang saya rebus masih lagi berlendir atau lembik.

Pertama sekali untuk menyediakan resepi Kerang Rebus pilihan sekeluarga ini, kerang yang dibeli mestilah dibasuh dengan sebersih-bersihnya. Kerang di Parit Buntar agak mudah diperoleh, dan harga yang dijual di pasar boleh dikatakan murah. Saya beli kerang yang bersaiz sederhana dari Pasar Parit Buntar dengan harga RM4.00 sekilogram... amacam? Murah tak? Kalau saiz kecil, dalam RM2:50 sekilogram.

Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga

Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga

Bahan-Bahan

  1. Kerang sekilogram
  2. 1 labu Bawang Besar
  3. 2 ulas Bawang Putih
  4. Seinci Halia tua
  5. Cili Kering
  6. Sebatang serai diketuk

Cara Menyediakan Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga

Cara membuatnya amatlah mudah, anak dara sunti umur 13 tahun pun boleh masak Kerang Rebus....hoho. Setelah kerang dibasuh dan dibersihkan, anda perlulah tos kerang tersebut.

Isi periuk dengan suku air, dan masukkan kerang ke dalam periuk. Biarkan ia mendidih. Apabila air dalam periuk yang berisi kerang sudah mendidih, masukkan Bawang Besar yang telah dipotong kasar, bawang putih dan juga hirisan Halia. Masukkan juga beberapa biji Cili Kering dan sebatang Serai yang telah diketuk.

Kacau kerang dalam periuk setiap 2-3 minit supaya semua kerang masak sempurna.

Jika anda suka kerang yang kenyal, rebus kerang dengan agak lama sebelum memasukkan bahan-bahan lain. Kalau suka kerang yang lembut-lembut sikit, dengan ada air jus bila kopek kerang, maka bolehlah rebus dalam masa 15-20 minit sahaja.

[Baca] Kerang Rebus Istimewa Warung Man Udang Lipan

Sedap dimakan bersama cicah potongan cili api/cabai burung dengan kicap serta air asam jawa. Boleh juga dicicah bersama budu bilis yang ditambah air limau. Siap. Mudah kan?
Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga
Perghh sedapppp tu. Terliur dibuatnya ... hehehe.

Oh ya, lupa nak beritahu. Di Parit Buntar, menu hidangan Kerang Rebus memang popular malah menjadi antara snek kegemaran setiap kali datang bulan Ramadhan. Ia jadi satu fenomena setiap tahun, dimana puluhan gerai menyediakan menu yang sama iaitu Kerang Rebus cicah dengan kuah kacang.

Hebatnya penangan Kerang Rebus ketika Ramadhan ini, sehingga Parit Buntar dikenali dan diberikan paparan dalam akhbar utama serta rancangan Majalah Tiga.



3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sedapnya kerang rebus...mana dapat besar2 macam ni...kat pasar sekarang kecik halus je...

    ReplyDelete
  2. ramai orang cakap kerang rebus ni 'nikmat' sangat.syirah pun xtahu apa yg nikmatnya sbb mmg xblh nak telan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement