Tragedi Mina Satu Komplot Terancang oleh Mossad dengan Kerajaan Arab Saudi? Fuh .. panas dan sensasi sekali tajuk post saya kali ini. Saya suka nak menarik perhatian semua mengenai satu kupasan dan ulasan oleh rakan blogger yang mendakwa - kejadian memilukan jemaah Haji terkorban akibat rempuhan di Mina merupakan satu komplot terancang oleh agen Mossad dengan Kerajaan Arab Saudi!

Tragedi Mina Satu Komplot Mossad-Arab Saudi?

Benarkah apa yang diulaskan oleh rakan blogger tersebut? Apa yang menyebabkan kisah ini menjadi satu isu viral dan mengaitkan percaturan terancang lagi jahat oleh agensi perisikan Israel iaitu Mossad dengan Kerajaan Arab Saudi?
Tragedi Mina Satu Komplot Mossad-Arab Saudi?
Tragedi Mina Satu Komplot Mossad-Arab Saudi?

Info Ringkas Tragedi Rempuhan di Mina 2015

Tragedi rempuhan di Mina telah berlaku pada jam 9 pagi (waktu Arab Saudi) 24 September 2015 iaitu ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah. Ia merupakan tragedi yang mengorbankan banyak jiwa, dan dianggap yang paling buruk sepanjang sejarah ibadah haji.

Kerajaan Arab Saudi telah mengumumkan secara rasmi pada 26 September 2015 bahawa tragedi ini telah mengorbankan seramai 769 kematian dengan 934 cedera.

Jumlah Kematian Sebenar Masih Kabur

Namun begitu, menurut laporan oleh The Malay Mail Online, memetik sumber Associated Press yang memetik sumber Agensi Berita Saudi (SPA); jumlah kematian sebenar akibat rempuhan tersebut meningkat sekurang-kurangnya 2,177 orang. Jumlah jemaah yang terkorban meningkat selepas pertemuan pegawai-pegawai kerajaan Arab Saudi, dan juga setelah proses kenalpasti mayat dan menjejak ratusan jemaah haji yang masih hilang dilakukan secara komprehensif oleh negara-negara terlibat.

Iran pula menuding jari kepada keluarga diraja Saudi dengan menuduh mereka salah urus dan cuba menutup jumlah kematian sebenar, yang didakwa Iran melebihi 4,700 orang tetapi ia tidak mengemukakan bukti.

Itu cerita yang telah dilaporkan oleh kebanyakan agensi berita, dan nampak seperti ada sesuatu yang cuba diselindungkan oleh Kerajaan Arab Saudi. Benarkah ada konspirasi atau komplot terlibat dengan tragedi di Mina ini?

Laporan Menggemparkan Mengenai Komplot Mossad - Arab Saudi Berkaitan Tragedi Mina 2015

Menurut berita dari al-Nahrain-net News Agency, Agen Perisik Eropah dan juga Diplomat dari Brussels telah mendedahkan suatu laporan yang sungguh menggemparkan.
Menurut apa yang dilaporkan, tragedi yang berlaku di Mina adalah satu komplot yang terancang di antara Kerajaan Saudi dan juga agen perisikan Israel iaitu MOSSAD untuk menculik 225 jemaah haji yang terdiri dari pegawai penting kerajaan Iran iaitu para penasihat kepada Ayatollah Seyyed Ali Khamenei dan juga para pegawai penting dalam program pertahanan peluru berpandu Iran.

Rakan blogger menerusi satu ulasan yang sungguh terperinci mendakwa bahawa Kerajaan Arab Saudi telah sengaja melengah-lengahkan bantuan kecemasan semasa kejadian. Bantuan kecemasan hanya datang selepas 3 jam dari waktu kejadian, akibatnya lebih ramai jemaah haji yang awalnya hanya cedera telah mati akibat cuaca panas terik.

Walhal ketika kejadian, terdapat lebih daripada 22,000 doktor dan pegawai kesihatan yang bertugas! Dimanakah mereka ketika berlakunya tragedi ini?

Turut dinyatakan dalam blog rakan blogger tersebut, jenazah-jenazah jemaah haji yang tercedera telah dibawa masuk ke dalam kenderaan dingin beku, yang bersuhu -15 darjah celcius; yang memungkinkan lebih ramai jemaah haji terutamanya dari Iran meninggal dunia.
Apa yang sebenarnya berlaku? Dan bagaimana kejadian rempuhan ini boleh terjadi sehingga mengorbankan banyak jiwa tidak berdosa jemaah haji?

Ini mungkin hanya satu teori yang boleh kita fikirkan, namun ramai yang percaya apa yang berlaku adalah disebabkan oleh jemaah haji daripada Iran yang telah menongkah arus semasa menjalani ibadah melontar jamrah di Mina.

Kebanyakkan Portal Menyiarkan Punca Kesalahan Adalah Dari Jemaah Iran

Seperti dilaporkan kebanyakkan portal berita ..

Pegawai Iran mendedahkan, seperti yang disiarkan akhbar berbahasa Arab ternama, Asharq al-Awsat pada 27 September 2015 dan turut dipetik oleh akhbar berbahasa Inggeris terkenal di Arab Saudi, Arab News - Pihak berkuasa Iran dalam siasatan tragedi itu mengesahkan, kira-kira 300 jemaah negara berkenaan tiba-tiba muncul datang dari arah berlawanan di Jalan 203 menyebabkan rempuhan berlaku.

Kesalahan itu mula dikesan apabila kumpulan tersebut bergerak dari Muzdalifah terus menuju ke Jamarat, untuk melontar batu di tiang jamrah; padahal mereka sepatutnya pergi dulu ke khemah penempatan jemaah Iran, menurut pegawai Iran terbabit.

Dalam hal ini, amalan duduk sementara di khemah yang merupakan satu perkara biasa dilakukan semua negara tidak berlaku. Anehnya, para jemaah dari Iran tidak menunggu kebenaran untuk bergerak ditetapkan ketua kumpulan masing-masing seperti kebiasaan menunaikan ibadah haji di Mekah.
Mengikut apa yang dikongsikan oleh rakan blogger menerusi Bumi Yang Tercinta, Apa yang sebenarnya berlaku adalah ....

Jemaah Haji Disembur Gas Beracun?

Memetik dari blog Bumi Yang Tercinta ...

Anak kepada Raja Saudi iaitu Mohammad bin Salman Al Saud telah membawa agen MOSSAD berserta dengan askar-askar peribadinya yang berjumlah 200 orang dan juga 150 pegawai polis ke jalan 204 di Mina.

Kemudian mereka telah menutup jalan 204 yang sedang dilalui oleh jemaah haji yang hendak ke jambatan Jamarat (Jamrah).

Akibatnya para jemaah haji yang berjumlah lebih 10,000 orang telah terperangkap diantara jalan 204 dan jalan 223 kerana mereka tidak tahu tentang penutupan jalan 204.

Blog itu juga mendakwa bahawa jemaah haji telah disembur dengan gas beracun sehingga menyebabkan rempuhan berlaku, dan lebih ramai lagi yang terkorban dalam tragedi ini.

Dan ketika itulah, pihak Mossad dengan kerjasama dari pihak berkuasa Arab Saudi menculik 225 jemaah haji yang terdiri dari pegawai penting kerajaan Iran iaitu para penasihat kepada Ayatollah Seyyed Ali Khamenei dan juga para pegawai penting dalam program pertahanan peluru berpandu Iran.

Teori Komplot

Ok ...itu mungkin satu teori berlandaskan apa yang dibaca dan dirujuk oleh rakan blogger berkenaan.

Tentu sukar nak hadam apa yang telah saya kongsikan ini, namun .. bagus juga sesekali kita melihat sesuatu perkara itu dari sudut yang lain. 

Ini realiti kehidupan di akhir zaman, di mana manusia mudah terpedaya dan dihasut, apatah lagi dalam zaman kemajuan teknologi yang memungkinkan segala perkara itu boleh terjadi - yang diluar pemikiran orang biasa, seperti saya, dan anda. 

Jangan kita lupa akan kedatangan Dajjal. Itu peringatan.

Untuk pembacaan penuh mengenai tragedi Mina satu komplot Mossad-Arab Saudi, anda boleh ke pautan berikut - Tragedi Mina 24 September 2015 Satu Komplot Mossad - Arab Saudi


Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement