Tugas saya sebagai house husband ketika jerebu melanda diringankan dengan adanya anak-anak di rumah. Cuti sekolah tutup akibat jerebu memberikan kesempatan untuk anak-anak bantu saya dengan kerja-kerja rumah seharian.

Alhamdulillah, saya mempunyai 3 orang anak yang baik, dan tahu tanggungjawab sebagai anak walaupun umur masih kecil. Tatkala baru-baru ini jerebu melanda Malaysia, dan banyak sekolah yang tutup beberapa hari, anak saya akan bantu mengemas rumah, mengangkat kain di jemuran dan beberapa lagi kerja-kerja kecil.

Tugas House Husband Ketika Jerebu

Tugas House Husband Ketika Jerebu
Bukan memaksa, tetapi anak-anak mudah merasa bosan apabila duduk sahaja di rumah tanpa melakukan apa-apa. Jadi, saya katakan ... "baik tolong abah kemas rumah, hilangkan 'jerebu' habuk dalam rumah ni ..". Apabila jerebu, senang sikit nak explain tentang kebersihan dan bahaya habuk ... jadi, mereka tak ada masalah nak terima dan dengan rela hati membuat kerja rumah yang saya minta.

Setiap Orang Dengan Tugas dan Tanggungjawab

Saya tugaskan setiap seorang dengan tanggungjawab tersendiri.
  • Saya - bersihkan habuk dan sawang dalam rumah.
  • Along - vakum segala habuk yang ada.
  • Angah - angkat kain di jemuran.
  • Sinala - kemaskan tempat tidur.
Tugas House Husband Ketika Jerebu
Ini mungkin satu tips untuk para house husband mahupun housewife yang mahu mendidik anak supaya ringan tulang membantu kerja. Dengan cara ini, tidaklah anak-anak hanya berdepan depan komputer, laptop, tv, tablet, telefon pintar setiap kali bercuti. Berikan sesuatu yang boleh memberikan impak untuk masa depan mereka.

Anak-anak suka dipuji dan diberikan ganjaran. Dan bagi saya... saya lebih suka berikan ganjaran terlebih dahulu kepada anak-anak sebelum meminta sesuatu daripada mereka. Ini adalah supaya mereka menghargai ganjaran yang telah diberikan. Saya juga tekankan konsep menunaikan janji, dan kenapa seorang manusia itu perlu berpegang pada janji. Jika janji tidak ditepati, nanti Allah marah ...
"Makan pizza, nanti janji buat kerja rumah tolong abah ...".

Berikan Satu Bentuk Kerja Dengan Pendidikan

Inilah tugas saya ketika jerebu melanda - anak-anak tidak ke sekolah, mereka bosan berada di dalam rumah. Nak keluar, bahaya. Jadi, saya minta mereka untuk membantu saya melakukan kerja di rumah selain memberikan didikan secara tidak langsung tentang banyak perkara - beri ganjaran untuk kebaikan, berpegang pada janji, amalkan kebersihan, rajin membantu orang lain, bertanggungjawab ke atas sesuatu.

Ganjaran Anak

Oh ya, ganjaran yang saya berikan sebelum semua tugas ini diberikan ialah makan 'percuma' di Pizza Hut. Jika anda nak tahu, kalau anak-anak saya nak makan di restoran segera seperti Pizza Hut, mereka perlu berpakat sesama sendiri untuk keluar belanja sendiri ... :) dan ini salah satu cara untuk saya didik mereka hargai nilai wang, dan betapa makan di rumah dengan resepi house husband abah mereka lebih sedap jika makan di luar .. hahaha...
Beri ganjaran untuk anak
Semoga anda semua terhibur dengan kisah dan cerita saya; mungkin ada sesuatu yang boleh anda pelajari dan ambil sebagai panduan.

Saya bukanlah seorang ayah yang hebat, tetapi saya mencuba untuk menjadi abah yang terbaik buat anak-anak saya yang kian membesar. Tentu anda akan terharu apabila seorang anak menulis dan mengatakan ... "Cita-cita saya nak jadi seperti abah saya ....."


3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement