Lelaki yang pernah digossipkan dengan Hanis Zalikha sedikit masa dahulu bukan calang-calang orang. Beliau orang yang sangat banyak ilmunya terutama sekali mengenai hartanah, dan dikenali dalam dunia hartanah Malaysia sebagai seorang pakar yang banyak anjurkan seminar hartanah yang murah dan berbaloi untuk semua.
10 Perkara Tentang Abang Ensem Yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Berikut adalah 10 soalan yang telah saya tanya (versi sopan) dan ianya telah dijawab oleh Meor Zaidee aka Abang Ensem secara ringkas dan padat (versi telah diubahsuai untuk pemahaman pembaca)
Pertama
Tahun Pertama Kali Abang Ensem Bernikah Kahwin?
Pertama kali bernikah dan kahwin pada sekitar tahun 1999
Kedua
Apakah Kereta Pertama Yang Dimiliki?
Kereta pertama yang dimiliki ialah sebuah kereta Perodua Kancil 660GX
Ketiga
Apakah Hartanah Pertama Yang Dimiliki?
Hartanah pertama yang dimiliki ialah merupakan sebuah appartment kos sederhana (medium) yang terletak di Subang 2
Kenapa Suka Baju Warna Pink?
Untuk tujuan penjenamaan agar orang mengenali AbangEnsem.com
Kelima
Siapakah Awek Pertama Abang Ensem?
Awek pertama Abang Ensem bernama Azura, tackle masa form 2. Mengenali Azura semasa pergi rombongan sekolah bersama emak, dan kini sudah putus hubungan (lost contact).
Keenam
Apakah Jawatan Yang Dipegang Semasa Belajar di Sekolah Menengah Agama Izzudin Shah, Ipoh, Perak?
Abang Ensem merupakan Presiden Persatuan PBSM.
Ketujuh
Negara Luar Pertama Kali Dikunjungi?
Medan, Indonesia pada tahun 1991 dan semasa mengerjakan Umrah pada tahun 2013.
Kelapan
Tempat Percutian Paling Best Dalam Malaysia Yang Pernah Pergi?
Tempat percutian paling best ialah Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak. Ketika itu masih lagi bujang.
Apakah Makanan Kegemaran Semasa Ramadan?
Abang Ensem suka kuih Popia, dan lauk Pajeri dengan Ikan Keli.
Kesepuluh
Semasa Umur Berapakah Abang Ensem Beli Rumah dan Berapa Banyak Rumah Sewa Abang Ensem Miliki?
Rumah pertama dibeli semasa umur 24 tahun, dan kini sudah ada berbelas rumah sewa sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Ok. Abang Ensem mungkin tidak sekacak Dr Say tetapi percayalah .. Abang Ensem ada hati yang sangat murni malah mempunyai visi yang tidak ada pada blogger lain yang kekal teguh dengan niche hartanah.
Anda mengenali lelaki ini? Pernah ikuti seminar hartanah yang dianjurkan? Kongsikan di ruangan komen ... saya mahu tahu .. :) ...
Blog - AbangEnsem.comFacebook - https://www.facebook.com/abangensemFanpage - https://www.facebook.com/abangensemcom-125191547536497/
Kenal di fb je..swbagai sifu n otai hartanah...berminat nk join seminar2 dia secara free.hehe
ReplyDeleteAsalam wah Abang Ensem..hati ensem ..terbaik lah sifu HH
ReplyDeletehuhuhu abang ensem tu
ReplyDeleteSoalan pertama tu...? Maknanya abang Ensem dah kahwin lebih dari sekalilah ya
ReplyDeletePergh...dah laa kacak...layan rock keras gun n roses tue...rambut sikat tepi..fuhh!! berbelas2 rumah sewa kat sekitar kl dan klang valley...1999 dah kawin sorang...ker tahun 2015 nak sign snp 1 lagi nie..
ReplyDeleteJangan abang ensem..jangan...:D
Abang ensem memang terbaik hehe :)
ReplyDeleteMemang banyak ilmu boleh dapat kat situ.....
ReplyDeleteIlmu itu meletakkan darjat seseorang lebih tinggi..
ReplyDeleteSaya baru je singgah blog beliau tadi. Bila tengok testi student dia memang bukan calang calang juga.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.