21 Perkara Perjalanan Bisnes Azizan Osman Mungkin Anda Tidak Tahu. Ramai yang mengatakan bahawa Dr Azizan Osman hanya menjual air liur menerusi seminar dan tidak pernah terlibat dengan bisnes secara langsung. Saya sendiri pernah anggap bahawa Dr Azizan Osman hanya petah berkata-kata dan pandai memanipulasi orang. Persepi negatif memang wujud dan yang sering menjadi target adalah mereka yang telah mencapai satu-satu tahap kejayaan.

Entri kali ini saya nak kongsikan sebahagian penulisan Dr Azizan Osman menerusi blognya yang bertajuk Anda Kata Saya Tidak Pernah Buat Bisnes. Saya cuma ambil dan kongsikan mengenai 21 perkara berkaitan perjalanan bisnes Dr Azizan Osman yang mungkin ramai tidak tahu.

21 Perkara Perjalanan Bisnes Azizan Osman Mungkin Anda Tidak Tahu

Mari sama-sama lihat dan baca 21 catatan ringkas ini.
21 Perkara Perjalanan Bisnes Azizan Osman Mungkin Anda Tidak Tahu
Saya tertarik dengan beberapa komen bahawa bagaimana saya mengajar tentang bisnes dan pemasaran sedangkan (kata mereka) saya tidak pernah run bisnes.

Tulisan saya ini agak panjang tetapi ia akan meletupkan sel otak anda Insha Allah untuk berfikir. Di sini suka saya kongsikan senarai pengalaman perjalanan bisnes saya. Dan faham satu perkara penting, di Malaysia, anda bukan boleh sesuka hati sebut anda jutawan melainkan anda benar-benar bayar cukai selayaknya kepada LHDN. Dibawah ini adalah perjalanan saya dalam berniaga walaupun mula kecil dan tiada modal hingga kini:

  1. First time saya “berniaga” adalah jual nasi lemak dan bihun goreng di sekolah rendah, sekolah Cina – Darjah 2 (1982).
  2. "Perniagaan" seterusnya adalah darjah 4, mengajar tuisyen kepada 2 budak darjah 1, budak Melayu sekolah Cina. Ibu dan ayah mereka minta saya tolong ajar tuisyen dan saya dibayar satu subjek RM25/sebulan. Saya mengajar 3 subjek sahaja – 1984.
  3. "Perniagaan" seterusnya adalah mengajar tuisyen kepada pelajar PMR – Umur 16 tahun.
  4. Mula "bermain" saham pada umur 17 tahun menggunakan akaun kakak.
  5. Umur 18: Ambil exam insuran dan jadi agen Insuran – tidak pernah close case.
  6. Umur 18: Jual vacuum cleaner Rainbow Hydrocleaner. Buat demo by appointment dari rumah ke rumah. Berjaya jual berpuluh biji, patutnya dapat RM550/biji tapi tak dapat duit sebab leader kata saya bawah umur – Duit tak dapat.
  7. Umur 18: Jadi broker agen hartanah untuk Raine Horne Zaki Partners – 1 biji hartanah pun tidak mampu jual.
  8. Umur 19-22: Masuk UiTM (Dulu ITM) Segamat. Mula berniaga dalam kolej. Jual nasi lemak/ nasi goreng/ bihun/ ambil order upah dobi/ jual rokok/ jual kalkulator/ bantal/ tempahan fotostat buku / ajar tutorial/ jual handphone (handphone baru masuk Malaysia).
  9. Umur 22-24: Kerja mula basic RM1,500/bulan dan sambung belajar secara part-time pada waktu yang sama.
  10. Umur 24 (1998) – 26 (2000) : Berhenti kerja dan berniaga. - Jual kelapa – gagal - Jual sabun basuh baju – gagal - Jual produk kesihatan- gagal - Agen Kontrak Pengilangan GMP produk kesihatan-gagal - Berhutang dengan along/ bank – hampir bankrup / mati
  11. Umur 27 (2/1/2001): Mula bekerja sebagai trainee door to door marketing & sales untuk produk kad kredit HSBC (100% Komisen) di bawah syarikat pemasaran di Melaka dan pada masa yang sama ambil exam Unit Trust untuk cuba jadi agen unit amanah secara part-time tapi tidak menjadi.
  12. Umur 27 (1/9/2001): Masih bekerja syarikat yang sama. Berjaya lalui seluruh latihan dan melayakkan diri untuk ditawarkan memulakan syarikat perniagaan sendiri, syarikat pemasaran dan pengiklanan kontrakdi bawah prinsipal tersebut di Melaka untuk projek pemasaran client HSBC Bank dan kemudian Standard Chartered Bank.
  13. Umur 28 (2002) – Dari 1 orang dalam syarikat menjadi 300 orang. Portfolio pemasaran terbesar di Malaysia untuk client TMNet Streamyx.
  14. Umur 29 (2003): Syarikat pemasaran Regal-Tycoon Holdings dinobatkan syarikat kontrak pemasaran terbaik di bawah prinsipal untuk projek TMNet dan mendapat anugerah ‘Owner of the Year’ dan ‘Chairman’s Platinum Award Winner 2003′. Hanya 11 orang dari seluruh dunia. Portfolio client ketika itu mencecah RM15 juta setahun.
  15. Umur 30 (2004) : Expansion syarikat ke KL. Projek TMNet & Celcom.
  16. Umur 31 (2005): Syarikat berkembang ke Pulau Pinang.
  17. Umur 32 (2006): Syarikat berkembang ke Johor Bahru dan total portfolio client syarikat melebihi RM60 juta. Projek termasuk TMNet & Digi.
  18. Umur 33 (2007): Prinsipal minta kembali ke Kuala Lumpur selepas expansion dan dinobatkan sebagai Ketua Organisasi Malaysia dan syarikat mempunyai portfolio menghampiri RM100 juta. Portfolio: TMNet, MAKNA, WWF dan Budimas.
  19. Umur 34 (2008): Menamatkan kontrak syarikat dengan prinsipal dan decided untuk run independant syarikat pengiklanan dan pemasaran saya tanpa bergantung kontrak dengan mana-mana prinsipal. Dan mula established syarikat sebagai akredited advertising agency and marketing consultant firm. Dan masih run sehingga hari ini.
  20. Umur 35 (2009) : Set-up beberapa buah syarikat lain di bawah Richworks Group of Companies termasuk Event Organiser, Training & Coaching, Marketing Consultant Firm, Corporate Services, Publications company, Property Investment Companies dan banyak lagi. Boleh baca di laman web Richworks.
  21. Umur 41. Kepuasan hari ini Alhamdulillah adalah apabila dapat membantu lebih ramai anak bangsa membuka minda dan berkongsi ilmu pengalaman melalui seminar-seminar atau perkongsian secara online samada secara percuma atau berbayar. Komited menggunakan seluruh pengalaman jatuh bangun untuk terus membantu ramai di Malaysia dan misi seterusnya adalah seluruh dunia Insha Allah. Setakat hari ini, lebih 650,000 orang yang telah hadir program anjuran kami Masya-Allah Tabarakallah.
Ok. Bagaimana dengan kisah dan artikel ini? Adakah ia memberikan anda satu perspektif terutama sekali untuk berjaya dalam satu-satu bidang?

Ramai yang kagumi akan kejayaan Dr. Azizan Osman, dan ada juga yang tidak berapa senang dengan apa yang beliau lakukan. Apapun, bagi diri saya .... adalah lebih baik melihat sesuatu yang positif dari mencari dan melihat perkara negatif yang mungkin tidak wujud.

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Ooo macam tue ceritanya... Memang seorang tokoh yang hebat laa :)

    Saya pon tak percaya gak ada cakap2 yang title DR tue yang buatkan org persoal kredibiliti beliau nie.. entahlaa

    BalasPadam
  2. saya teringin juga nak p trainning dia... tp iman sy masih lemah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya dulu dapat pergi 3 ... semuanya percuma .. :) dan hasilnya ialah apa yang anda boleh nampak sekarang ini walaupun saya bukan lagi tahap jutawan

      Padam
    2. Tak tahap jutawan tapi beribu langkah terer dihadapan blogger hingusan macam saya nie...

      Nak tanya...lepas selesai sesi percuma, saya ada dengar ada sesi berbayar punya as follow up...mahal ker?

      Padam
  3. Puas suh suami gi program dr ni, x nak gak. Harap suatu hari nanti dia gi. Yela menuntut ilmu tu penting. Guna ke x tu belakang kira

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement