Memang mencabar menjadi seorang house husband. Ia bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi jika anda merupakan house husband sepenuh masa dengan 3 orang anak yang sedang membesar. Mungkin ada yang terfikirkan apa agaknya cabaran terhebat yang dihadapi oleh saya sebagai seorang house husband selama hampir 5 tahun ini?

Persepsi masyarakat terhadap si suami yang duduk di rumah sebenarnya masih lagi tidak berapa bagus. Malah, emak saya sendiri hairan apa yang saya buat di rumah walhal saya sepatutnya keluar bekerja. Ini dah terbalik .. haha .. isteri keluar bekerja dan suami dok di rumah.

5 Cabaran Hebat Menjadi House Husband

Haipp .. suami bergelar house husband bukan goyang kaki ye di rumah .. kebanyakkan mereka tahu akan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Alhamdulillah, saya mempunyai isteri yang memahami. Dan saya dengan kepercayaan diberikan oleh isteri, berusaha siang malam untuk memastikan tanggapan masyarakat terhadap seorang house husband yang negatif dapat diperbetulkan. Ini cabaran paling utama!

5 Cabaran Hebat Menjadi House Husband

Walaupun saya duduk di rumah, saya tetap mencari pendapatan buat keluarga. Kerana ia merupakan perkara pertama orang akan tanya pada seorang house husband ini. Alhamdulillah, rezeki saya menulis blog, berkongsi tip dan panduan serta ilmu secara online mendapat sambutan. Blog saya telah pun mencapai lebih daripada 15 juta pageviews pertengahan November 2015 ... dan income dari blog boleh dikatakan ada setiap bulan.

[Baca] Iltizam saya ini telah membuatkan ramai anggap saya sebagai Sifu Blogger Malaysia.
Saya sebenarnya pernah kongsikan mengenai cabaran menjadi house husband ini sekitar tahun 2010. Anda boleh baca kisah itu ... Cabaran Menjadi House Husband

5 Cabaran Hebat Terhadap Diri Saya Sebagai House Husband

Kali ini, saya nak lebih spesifik dengan tajuk ... apatah lagi isteri saya sudah menyambung pelajaran selama setahun di Universiti Malaya. Isteri saya pergi Fisabillilah tu ... Perkara yang selalu dikongsi dilakukan bersama, kini perlu saya galas secara sendirian.

Cabaran pertama ....
Memastikan anak-anak pergi ke sekolah di waktu sepatutnya, dan pulang di waktu sepatutnya. Jika sesetengah orang, mereka gunakan perkhidmatan bas dan van sekolah, tetapi bagi saya, adalah lebih selamat kalau ibubapa yang ambil anak sendiri. Bukan mudah walaupun saya duduk di rumah. Kadangkala terlewat juga .. dan pernah sekali anak saya dihantar ke rumah oleh Pak Guard sebab sekolah nak ditutup pagar.


Cabaran kedua ....
Memastikan pakai urus anak-anak ini sempurna. Baju uniform kena pastikan tersedia, makan minum perlu sempurna ... apabila anak menjerit .. "Abahhh lapar .." fuh .. rasa tersentap jiwa raga kerana merasakan saya telah mengabaikan mereka. Alhamdulillah, anak-anak saya bukan jenis yang terlalu cerewet .. nasi berlauk ikan dan kicap atau telur sudah memadai. Tetapi sanggupkah saya nak lihat anak makan menu sama sebegini hari-hari .. ye tak?

5 Cabaran Hebat Menjadi House Husband

Cabaran ketiga ...
Membasuh, menjemur dan melipat kain baju. Fuhh .. rasanya antara 3 perkara yang perlu dilakukan ini, bab melipat baju adalah perkara yang sangat saya lemah nak buat. Selalu saya biarkan ia bertambun dahulu sebelum menyelesaikannya secara lump-sum untuk seminggu. Kadang anak merungut juga sebab tak ada baju nak dipakai .. uhh ... apalagi .. selongkar baju yang ada je la .. keh keh keh.

Cabaran keempat....
Cari income setiap hari. Sebagai seorang house husband yang bukan makan gaji tetap setiap bulan, saya perlu berusaha dan mencari peluang untuk jana income pendapatan. Cara paling mudah bagi diri saya ialah dengan mencari income secara online.

Cabaran kelima ...
Konsisten dan sikap putus asa. Saya perlu konsisten dalam menjadi seorang House Husband. Ramai suami yang tidak dapat bertahan lama dengan apa yang perlu mereka buat di rumah .. terutama berkaitan kerja-kerja seperti memasak, mengemas, membasuh dan sebagainya. Perkara ini secara lazimnya dibuat oleh seorang isteri, tetapi apabila anda sudah 100 peratus di rumah .. perkara ini sepatutnya dibuat oleh seorang suami .. jika tidak pun sebahagian darinya.

Pernah Mahu Putus Asa

Saya pernah merasa mahu putus asa .. tetapi isteri saya seorang yang sangat sabar dan membantu dalam setiap tindakan yang dibuat. Sebelum isteri saya sambung belajar, dialah yang menguruskan kerja-kerja utama surirumah .. dan saya cuma melengkapkan mana yang mampu. Isteri saya memasak makan tengahari sebelum pergi kerja, melipat baju yang bertimbun, seterika baju uniform anak-anak dan banyak lagi yang boleh dikatakan saya hanya ada 'saham' 30 peratus sahaja .. haha.

Tapi, apabila isteri dah tiada di sisi .. perkara-perkara yang dulunya dikongsi bersama ... dah perlu dilakukan secara bersendirian. Nasib baiklah anak-anak saya sudah besar dan boleh jaga diri sendiri di rumah, jadi banyak tugasan lebih mudah dibuat.

Isteri saya tidak perlu lupakan tanggungjawabnya. Bila ada masa, dia akan pulang dan selalunya hujung minggu sabtu ahad dia akan pulang untuk bereskan kerja-kerja yang tak berapa nak mampu saya buat .. terutama sekali bab melipat kain ... uhhh .... serius bukan sesuatu yang best nak dibuat oleh seorang lelaki seperti saya .. haha .. apatah lagi kalau kena lipat lebih daripada 3 bakul pakaian!

Syukur alhamdulillah, saya ada isteri dan anak-anak yang terbaik dikurniakan oelh Allah S.W.T. Syukur ... syukur ..

12 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. macam suami saya.. dan saya sentiasa bangga dia sebagai suami terbaik utk saya.. sabar uruskan rumah dan anak anak ketika saya bekerja... walau jiran sekeliing pandang pelik lihat dia dokong anak yang menangis setiap pagi sedangkan saya bersiap utk pergi kerja..
    yang penting suami dan isteri aling bertoleransi

    BalasPadam
  2. banyak jugak cabaran House husband ini..untunglah HH dapat isteri yang memahami..hehe.

    BalasPadam
  3. Besar ya cabaran menjadi househusband...utk mengubah persepsi masyarakat disekeliling pon kadang2 boleh sakit kepala juga dibuatnya... :)

    Walaupon saya bukanlah house husband sepenuh masa..dgn rutin membasuh dan mengangkat kain jemuran...menghantar dan mengambil anak dari tadika..menidurkan anak2 dirumah apabila merengek xmahu ke rumah atuk nenek...saya akui ianya bukanlah kerja mudah.. Tahniah dan syabas HH...semoga perjalanan tuan HH dipermudahkan...ameen

    BalasPadam
  4. apa yang tuan HH ceritakan itu ada saya buat hampir setiap hari...apa yang berbeza` ialah saya masih bekerja makan dan belum ada income yang kukuh dari blog...

    BalasPadam
  5. Cam best jer....nak cuba juga lah pas nie, cuba merasa jadi suri rumah

    BalasPadam
  6. HH..walaupun duk kat rumah tapi si suami mencari income, tak pe..tak mo la suami yang duk di rumah tapi goyang kaki..isteri cari rezeki..hmmmm..

    BalasPadam
  7. Bukan mudah untuk jadi surirumah.. terbaik..

    BalasPadam
  8. Zaman dah berubah. House husband is a good choice.

    BalasPadam
  9. syukur alhamdulillah,,dpt yg memahami.. ^_^. yg penting sling kerjasama antra suami isteri..

    BalasPadam
  10. Tabik...betul walau duduk di rumah...tanggungjawab lain sebagai suami ketua keluarga ada tanggungjawab yang perlu dilunaskan kan HH..

    BalasPadam
  11. Tahniah kerana berjaya menjadi seorang house husband yang hebat

    BalasPadam
  12. Tahniah tuan yang hebat dengan pasangannya yg secocok dikurniakanNya..semoga tuan tabah menjalani kehidupan seharian sebagai house husband yang sukses dunia akhirat..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement