8 Sebab Kenapa Orang Tergilakan Gajet. Saya berani cakap, 10 daripada pembaca blog ini pasti akan memiliki satu gajet, paling tidak pun mesti ada sebuah telefon pintar sendiri... tak gitu? Saya sendiri memiliki lebih daripada satu gajet. Ada yang sudah tidak dipakai, ada pula yang saya berikan pada anak-anak.

Kalau anda ada baca majalah digital Tech Kingdom, anda akan tahu bahawa zaman sekarang ramai yang tergila-gilakan gajet. Selebriti Aril ada lebih daripada 5 gajet, walhal antara gajet tersebut ada fungsi yang serupa... boleh baca kisah Aril tersebut dalam majalah Tech Kingdom yang boleh dimuat-turun secara percuma di Google Play dan AppStore.

Video 8 Sebab Kenapa Orang Tergilakan Gajet

Saya selitkan video daripada Cari yang paparkan 8 sebab kenapa orang tergilakan gajet. Dan saya kenalpasti kebanyakkan sebab itu adalah benar belaka, dari pendapat dan pandangan saya.

Gajet adalah peranti elektronik kecil yang memiliki fungsi yang khusus. Antara gajet yang biasa dimiliki pengguna adalah telefon pintar, komputer riba, tablet, permainan playstation dan sebagainya. Pengguna gajet terdiri dari semua golongan umur.

Hobi saya adalah mengambil gambar.

Jika semasa zaman tengah lincah, saya suka bawa kamera DSLR ke hulu ke hilir ambil shot sana sini. Tetapi sekarang, apabila anak dah ramai ... beg yang sepatutnya saya sandang mengandungi DSLR, diganti pula oleh tangan anak-anak saya .. hoho .. jadi saya beralih dari DSLR yang beso gedabak kepada telefon pintar 10 kali lebih ringan yang ada fungsi terbaik untuk mengambil gambar.
8 Sebab Kenapa Orang Tergilakan Gajet
Ketika ini, saya menggunakan Honor 7 yang mempunyai resolusi 20Megapixels untuk ambil gambar yang saya suka dan dirasakan menarik. Kemudian saya kongsikan di Instagram saya yang mempunyai lebih daripada 2500 followers dan lebih daripada 2400 posts. Taklah banyak mana seperti golongan selebriti ... huhuhu ...

8 Point Sebab Kenapa Orang Tergilakan Gajet

Daripada video yang dikongsikan di atas, 8 sebab kenapa orang tergilakan gajet adalah seperti berikut:
  1. Kerana ikut kemampuan masing-masing, ada duit maka ada gajet lebih daripada satu. 
  2. Kerana ikut trend sekarang, suka follow apa yang sedang hot dan terkini.
  3. Kerana ia memang menjadi satu hobi untuk memiliki gajet yang cangih dan hebat.
  4. Gajet sebagai satu kemudahan. Ramai yang menggunakan gajet untuk mencari maklumat, dan sebahagiannya menggunakan gajet untuk berhibur - permainan, video, movie.
  5. Pengaruh promosi sehingga menyebabkan ramai yang tergila-gilakan satu gajet yang dipromosikan secara intensif - memperkenalkan teknologi hebat.
  6. Orang kaya - Jadi memiliki gajet lebih daripada satu bukan satu hal. Golongan ini boleh bertukar gajet setiap bulan, malah dalam beberapa hari tanpa sebarang masalah dan kerungsingan.
  7. Persaingan sesama rakan, sahabat mahupun sanak sedara. Masing-masing mahu nampak mempunyai gajet yang hebat. Dalam masa yang sama, nampak bahawa jika ada gajet, banyak perkara boleh dilakukan dengan mudah tanpa ketinggalan.
  8. Kehendak. Ramai yang merasakan gajet adalah satu benda yang sangat mereka mahukan. Ada yang sanggup menyimpan untuk memiliki gajet-gajet canggih dan terkini serta mahal.
Jadi, bagaimana? Agak-agak .. antara 8 poin diberikan di atas, di mana kedudukan anda ...?

Tepuk dada seluk poket .. tengok baki akaun bank ... huhuhu.. nak memiliki gajet boleh, tapi biarlah ia memberikan satu nilai tambah dalam hidup. Elakkan dari memiliki disebabkan ego, status, dan mahu nampak hebat walhal hutang keliling pinggang .. nyeh nyeh nyeh ...

Renung-renungkan.

3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Beli gajet ikut keperluan...itu lebih baik rasanya

    BalasPadam
  2. Suka ayat last tuh..tepuk dada seluk poket..itulah yang sepatutnya kita buat..kalau tak mampu lagi untuk dapatkan gajet idaman..tangguhkan dulu sampailah betul2 mampu..tak best rasanya kalau ada gajet mahal tapi poket kosong.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement