Semasa saya dan anak-anak ke Muzium Negara, kami berpeluang untuk melihat akan baju kebal yang dikenali sebagai Baju Berayat ini. Ia merupakan anak baju yang dipakai para pahlawan, pendekar dan hulubalang masa lalu sebagai pendinding diri.
Baju Kebal Kesultanan Melayu
Baju ini diperbuat daripada sutera berwarna merah, ditulis dengan wafa' dari ayat suci Al Quran pada bahagian hadapan.Baju yang kami lihat itu dikatakan berusia sekitar 100 tahun, dan masih nampak elok. Ayat apa yang ditulis pada anak baju tersebut tidaklah dapat saya ketahui.
Sebenarnya ada banyak versi baju kebal kesultanan Melayu, dan ada di antaranya dipamerkan di Muzium Adat, Kota Bharu, Kelantan .. dan juga Muzium Pasir Salak. Jika anda mahu tahu, bolehlah pergi mendapatkan lebih info berkaitan baju ini yang pernah digunakan untuk memenangi peperangan satu ketika dahulu.
bila saya baca title hh, dh fikir dh. mest yg pling tebal, dgn beratnye lg.
ReplyDeleterupenye dr sutera
woww, orang dulu banyak ilmu2 macam ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.