Sebenarnya teknik menggunakan patung harimau untuk menakutkan kera bukanlah satu teknik yang baru. Jika anda ingat lagi, pernah viral satu ketika dahulu (tahun 2014) seorang makcik di Pokok Sena, Kedah menggunakan teknik ini untuk memastikan kebun tanamannya tidak dirosakkan oleh kera dan juga babi.
Teknik Bela 'Harimau' Halau Kera Tidak Lagi Berkesan

'Harimau' Dalam Sangkar - Tiada Bunyi - Tiada Bau Tidak Takutkan Kera
Mungkin kumpulan kera yang saya temui baru-baru ini sudah bijak menilai mana harimau sebenar, dan maha harimau 'tiruan'. Apatah lagi 'harimau' tersebut berada di dalam sangkar, tidak berbunyi .. apatah lagi mempunyai bau.
Teknik meletakkan patung harimau nampaknya sudah agak ketinggalan. Mungkin pihak PLUS perlu mencari kaedah lain bagi memastikan kumpulan kera-kera ini tidak menjadi atau bertindak lebih berani.

Pihak PLUS perlu fikirkan sesuatu, dan bertindak sebelum kejadian tidak diingini berlaku.
hahahha.. ni kg cik en.. dh lama dah dorg letak.. awal2 mmg menjadi.. skrg dah x jdi
ReplyDeleteSaya sering berhenti di RnR ini. Mungkin bukan salah PLUS sebenarnya. Mungkin harimau sudah amat jarang ditemui oleh kera-kera ini. Kita boleh anggap kera ini kera generasi Y, kera yang tidak pernah bertemu dengan En. Harimau, tidak kenal langsung rupa dan muka Harimau. Mungkin mereka (kera -kera ini) hanya mendengar tentang Harimau dari cerita lisan nenek moyang mereka sahaja, dan mengganggap cerita itu tahyul semata mata. Maka apabila mereka bertemu patung harimau di RnR, mereka tidak berasa gentar. Pihak plus mungkin boleh mengambil inisiatif menyewa harimau hidup dari zoo negara dan dibiarkan berlegar di RnR tersebut untuk menanamkan rasa gerun kembali kepada kera-kera itu, dan juga kepada couple-couple di tempat letak kereta berkenaan yang kadan kala melakukan perkara sumbang. Harimau ini boleh disewa secara konsensi, dengan kadar sewa yang disemak setiap enam bulan sehingga 2020. Segalanya mungkin.. Jangan marah ye Tuan Tanah, sekadar memeriahkan susasana...
ReplyDeleteKalo kera pon dah pandai nilai mana yang ori @ klon punya, ini kan pula manusia...lagi terer bab nak hide kan bab billion2 nie kan..
ReplyDeleteMaaf tuan HH...gurau2 di pagi hari...baru bangun rimau2 nie semua... :D
kera setengahnya manusia jadi tak bodoh amat
ReplyDeleteSang kera pun berevolusi juga daripada takut kepada tidak takut lagi.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.