Inilah hotel pertama yang pernah saya menginap yang memberikan kelebihan istimewa untuk ibu bapa meninggalkan anak-anak seharian, tanpa risau, tanpa gusar ... apatah lagi anak-anak akan ditinggalkan bukan sekadar untuk berseronok tetapi belajar mengenai sesuatu yang menarik.
Anak-Anak Berseronok di Cool Zone Kids Club, Golden Sands Resort, Penang
Banyak Aktiviti Menyeronokkan Untuk Anak-Anak
Ada banyak aktiviti untuk anak-anak disediakan di Cool Zone Kids Club ini. Anak-anak boleh ditinggalkan di sini mulai jam 9:30 pagi hingga 9:00 malam. Dan jangan risau, anak-anak akan disediakan makanan sepanjang berada di Cool Zone Kids Club ini.Menariknya ialah setiap hari akan ada aktiviti yang berbeza-beza untuk anak-anak. Jadi, jikalau anda menginap selama 3 hari 2 malam, anak-anak boleh check-in di sini untuk dua hari dengan melakukan aktiviti yang berlainan.
Mana Gambar Anak-Anak di Cool Zone?
Anda mungkin tak nampak saya kongsikan gambar anak-anak saya melakukan aktiviti ini, kerana seperti saya katakan aktiviti di Cool Zone Kids Club Golden Sands Resort ini adalah eksklusif .. dan hanya untuk anak-anak antara umur 5-12 tahun. Hoho .. 'No Parents Allowed' .... jadi, memang anak-anak akan lepas bebas bersama staff Golden Sands Resort yang friendly dan profesional..Jadi, kalau anda ke Penang, lebih-lebih lagi berada di sekitar Batu Feringgi ... bolehlah mencuba untuk menginap di Golden Sands Resort. Ia merupakan hotel bertaraf 5 bintang yang menitik-beratkan percutian menyeronokkan seisi keluarga. Anda bersantai dan anak-anak pula bergembira tanpa perlu rasa risau dan gusar, segalanya diuruskan oleh pihak pengurusan terbaik Golden Sands Resort.
[Baca] Weekend Getaway di Golden Sands Resort
Untuk pengetahuan semua, hotel Golden Sands Resort merupakan sebuah hotel family-oriented yang telah memenangi pelbagai anugerah. Ia menyediakan segala kemudahan terbaik untuk sebuah percutian keluarga. Anda boleh semak mengapa hotel ini adalah family-friendly di sini - Family Friendly - Family Oriented Resort
Untuk lebih info berkaitan Cool Zone Kids Club di Golden Sands Resort ini, bolehlah hubungi:
Telefon: (60 4) 886 1911 (9.30 am - 9 pm)
Email: gsh@shangri-la.com
http://www.shangri-la.com/penang/goldensandsresort
Cuti sekolah ni memang kena juga la bawa anak berjalan ye
BalasPadamCuti sekolah tak bawak anak2 berjalan ... :) kami bawa sebelum cuti sbb tak ramai orang dan boleh dapat murah.
Padamsyok jugak bila pi hotel yg sediakan aktiviti...xde lah bosan sangat kan.. kena bayar jugak ke untuk aktiviti anak2 tu bro hh>?
BalasPadamBestnya.. Boleh berhoneymoon
BalasPadamHahaha.. ya betul ...
PadamPerghh..seronok gak cuti-cuti santai macam nie...
BalasPadamYerlah nak cuti-cuti santai ker aussie tgk kanggaroo skrg tak mampu aa...kalo ada dapat duit derma bleh gak sampai kan...
sampai batu feringghi pon masyuk gak nie...bleh roger tn hh utk xtvt suaikenal...kalo sudi nak jumpa laa... :D
Hari tu kata bukan nak derma kat saya berbilioon rupiah ke? hahahahaa
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.