Yang perempuan dengan komen mereka, dan yang lelaki dengan komen mereka yang tersendiri. Masing-masing berikan pendapat. Saya hormati segala pendapat yang telah diberikan .. dan saya lihat serta baca dengan teliti setiap komen yang ditinggalkan.
Blog Kisah Hidup Berpoligami Sebenar Harus Anda Baca
Dan dalam banyak-banyak rakan facebook itu, ada seorang hamba Allah telah kongsikan kepada saya mengenai sebuah blog. Blog yang menceritakan kisah suka duka hidup bermadu, atau dengan kata lain berpoligami. Ia sebuah blog dipunyai oleh isteri pertama yang hidup bermadu. Bagi saya, blog ini harus dibaca untuk selami mereka yang benar-benar berada di dalam kehidupan berpoligami.Maka, saya terpanggil untuk kongsikan kepada semua akan wujudnya blog ini yang menceritakan suka duka pahit maung, apa yang penting dalam sebuah keluarga poligami. Dan jangan tidak percaya, anda akan jumpa banyak tips untuk menghadapi sebuah kehidupan berpoligami bagi seorang perempuan.
"Seorang isteri pertama, cerita tentang aku yang berkongsi kasih dan mengharungi kehidupan bermadu atau poligami untuk pertama kali, aku tak pandai blogging ni, nak edit kasi cantik pun tak reti, takpe laa asal aku boleh tulis apa yang terbuku dihati asal aku rasa lega. Hati siapa tak sedih, tapi hidup ini pilihan. Kita pilih nak bahagia atau derita. Sharing tips dengan harapan dapat membantu orang lain yang mengalami situasi yang sama, saya tak minta apa2 balasan, saya cuma minta doakan saya jadi seorang isteri yang taat, solehah, kuat hadapi dugaan ini dan sabar. Syurga Allah itu tidak mudah, semoga dengan cara ini, ada bahagian untuk mudahkan saya, suami, madu dan anak saya ke Syurga Allah." - Pemilik Blog
Jika blog itu ditulis oleh isteri kedua ... mungkin saya takkan kongsikan di sini kerana saya boleh rasa hampir malah lebih daripada 60 peratus akan beritahu betapa syoknya hidup berpoligami, begitu juga andai blog itu ditulis oleh seorang lelaki yang berpoligami.
Seandainya anda mahu ikuti kisah wanita ini - kisah berpoligami sebenar .. maka anda harus baca blog tersebut di pautan berikut - Poligami dan Izin Seorang Isteri.
Tatkala saya menulis entri ini, post terakhir yang diterbitkan ialah mengenai kehidupan hidup bermadu setelah 4 bulan - Poligami Current Update After 4 Months
Semoga ada manfaat buat mereka yang mahu tahu.
[Ads] Kekal Bahagia Bersama Suami Tercinta - Rahsia Menambat Nafsu Suami
Bagi saya agak bahaye jgk blog macam tu..huhu..
BalasPadamdah baca blog tu..salute sebab isteri pertama boleh terima & siap explain lagi step2/proses bernikah sekiranya nk berpoligami..kalau saya, tak kowt..
BalasPadamTelus ikhlas cakap...ini yang setiap wanita kena baca...blog ni byk bagi input. Nak follow blog tu HH.
BalasPadamPC nak pergi ziarah...moga syurga tempat wanita tersebut...Allahu..
BalasPadamkena plan baik2 elok2..berterusterang jika nak kahwin lagi
BalasPadamMoga si isteri terus diberi kekuatan utk meneruskan kehidupan..
BalasPadamwalau apa pun, memang agak mencabar kalau nak tambah lgi satu ni, tambah plak kalau tak mampu dari segi kewangan..huhu
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.