Sebenarnya, saya baru sahaja tahu akan kewujudan tempat makan menarik ini yang menawarkan hidangan istimewa Capati dengan kuah kari kambing. Itupun sebab ajakan abang ipar yang selalu ke sini apabila pulang dari KL ke Parit, Perak dan sebaliknya. Kata dia ... capati di situ antara capati terbaik pernah dia rasa.
Capati Corner di Temoh Tapah Memang Terbaik
Saya sejujurnya bukan peminat makanan yang berasal dari India ini. Tapi selepas saya mencuba keenakan capati di restoran ini, memang dah jadi satu 'kewajipan' lak untuk singgah makan di sini setiap kali saya dan famili ke KL atau sebaliknya. Kalau tak singgah, rasa macam menyesal lak.
Saya dapat merasa kesedapan capati buat kali kedua ini apabila pulang dari reunion bekas pelajar Sekolah Seri Utama (SSU) - iaitu bekas sekolah rendah isteri saya.
Yup .. kalau tak nak makan capati .. boleh je makan nasi kandar dengan hidangan lauk pauk yang nampak sedap. Ada kari ayam kampung disediakan, termasuklah lauk rendang... hoho .. jangan risau ... masakan melayu seperti rendang ayam kampung dimasak oleh tukang masak tempatan, jadi rasanya masih asli ... haha..
Malah, anda kemudahan cucian kereta disediakan di kedai bersebelahan restoran ini.
Kalau anda peminat capati, bolehlah cuba makan dan order capati kari kambing di sini ... serius sedap .... ramai dah yang makan di sini termasuklah dari kalangan VIP dan juga selebriti tempatan.
Sedapnyaa capati.. Lama tak layan.. Lapar terus
ReplyDeleteSedappp Ina ... memang best dapat layan kari panas2 ... fuhh terliur dah ni
Deletenampak sedap
ReplyDeleteWah...nampak sungguh menyelerakan... :)
ReplyDeletejarang aku layan capati ni..kalau kt Ipoh ada satu kedai je yang sedap..satu lagi kt Batu Gajah
ReplyDeleteKat Batu Gajah tu aku dah rasa ... :) memang best .. tapi lama dah .. skrang tak tahu ada ke lagi
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.