Facebook berikan cuti bergaji selama 4 bulan kepada kakitangan yang baharu mendapat anak! Wahh .. bagus dasar baru yang dinyatakan oleh Facebook ini. Sebagai seorang House Husband, saya sangat sukakan dasar baru ini ... yang tak mungkin saya dapat .. haha

Menurut beberapa portal akhbar, kurang seminggu selepas Ketua Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan cuti dua bulan menjaga isteri bersalin, syarikat gergasi sosial media itu memperluaskan dasar cuti keluarga bersalin kepada semua kakitangan tetapnya di luar Amerika Syarikat.

Cuti Bergaji 4 Bulan Bapa Jaga Isteri Bersalin dan Bayi Baru

Menerusi dasar terbaru yang disifatkan sebagai mesra keluarga ini, cuti selama empat bulan cuti bergaji (PTO) akan ditawarkan kepada semua kakitangan yang baharu memperoleh bayi. Ia meliputi semua jantina dan tempat mereka berkerja bermula 1 Januari 2016.

Boleh Ambil Cuti Bila-Bila Masa Dalam Setahun Kelahiran Bayi Baru

Menerusi dasar ini, mana-mana ayah dan kakitangan (ibu) yang baru menerima cahayamata boleh mengambil cuti pada bila-bila masa atau dalam tempoh setahun kelahiran bayi mereka.

Pengumuman mengenai dasar baru Facebook ini telah dinyatakan menerusi Facebook oleh Lori Matloff Goler, pengurus Jabatan Sumber Manusia Facebook di Los Angeles, California.
Cuti bergaji 4 bulan ini digelar cuti keibubapaan bagi membolehkan semua kakitangan Facebook menikmati saat-saat penting sebagai seorang bapa dan ibu kepada anak yang baru dilahirkan.

Saya merasakan dasar baru yang dibuat oleh pihak pengurusan Facebook ini adalah sangat menarik bagi menguatkan institusi kekeluargaan, apatah lagi di Amerika Syarikat terdapat kajian bahawa ramai bapa yang mengeluh kerana kehilangan masa bersama keluarga terutama ketika baru menerima cahayamata akibat daripada tekanan kerja dan sebagainya.

Mungkin, dasar ini boleh diketengahkan untuk pekerja di Malaysia ... yang mana institusi kekeluargaan di Malaysia juga sedang menampakkan tanda-tanda kerapuhan.

Apa kata anda?



2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. cuti 4 bulan... wow... lama tu... anak umo 4 bulan br keje semula.... sekali fikir mmg best dua kali fikir mesti mood malas nak keje....

    BalasPadam
  2. Ada baiknya juga..beri banyak ruang untuk habiskan masa dengan anak sedia ada dan yang baru lahir...cuma sekiranya dalam satu pejabat itu lebih dari seorang yang bersalin atau isteri bersalin...perlu ada giliran bercuti bagi mengelakkan kerja tertangguh..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement