Baru sahaja vote untuk rakan blogger untuk Digi WWWOW Awards 2015. Nampaknya rakan dari Projek Iqra' mendahului senarai paling banyak undian serta paling popular setakat ini. Peluang untuk menang itu sangat cerah terutama untuk kategori People's Choice. Namun, apa yang saya nampak kali ini; Digi WWWOW Awards 2015 kurang sambutan dari kalangan blogger terutama untuk kategori Independent Publisher.

Apa yang saya nampak, secara puratanya untuk semua kategori ada 5 pencalonan. Mungkin ini adalah senarai akhir untuk merebut hadiah bernilai RM10,000 yang disediakan. Tetapi, selepas saya belek satu persatu, saya lihat pencalonan untuk kategori Videos and Photography mempunyai 8 pencalonan dengan jumlah undian paling tinggi setakat entri ini ditulis adalah 264 undian.

Digi WWWOW Awards 2015 Kurang Sambutan Dari Blogger Malaysia?

Tidak Ramai Calon Dalam Anugerah Digi WWWOW Awards 2015
Saya tak pasti kenapa tiada sambutan di kalangan blogger Malaysia. Saya tidak nampak mana-mana rakan blogger yang cuba untuk promote bagi mendapatkan undian bagi Digi WWWOW Awards 2015 kecuali rakan-rakan dari Projek Iqra'; yang sudah pun mendapat lebih daripada 1300 undian.

Sudah Undi Dalam Digi WWWOW Awards 2015?

Kemungkinan juga ada rakan blogger yang hantar pencalonan tetapi tidak berjaya dipilih untuk undian memandangkan senarai yang ada telah ditapis oleh pihak juri profesional (26 Oktober - 12 November 2015).
Tarikh undi WWWOW Awards 2015
Rata-rata jumlah undian dalam Digi WWWOW Awards untuk setiap kategori pencalonan juga agak kecil, malah saya boleh congak secara kasar, purata dalam 200-300 undian sahaja dibuat.

Apakah yang membuatkan Digi WWWOW Awards 2015 kurang sambutan kali ini? Adakah kerana tawaran hadiah yang berjumlah RM10,000 untuk setiap pemenang utama kurang menarik? Atau mungkin cara pemilihan dan undian? Atau proses undian itu sendiri yang kurang memberikan impak?

Promosi WWWOW Awards oleh Blogger Malaysia

Saya secara amnya terlibat secara tidak langsung mempromosikan anugerah ini yang saban tahun diadakan. Untuk tahun 2015, saya telah pun menulis artikel mengenainya khusus untuk usahawan online menerusi kategori web commerce.

[Baca] Digi WWWOW Awards 2015 - Tips Web Commerce

Jumlah klik untuk entri tersebut juga agak kurang, menunjukkan bahawa blogger Malaysia seperti 'tidak hirau' mengenai anugerah yang telah mengangkat beberapa blog rakan blogger ke tahap lebih tinggi seperti Denaihati.com, MelastikBintang.com, Bicara Mak Dara dan beberapa yang lain.

Tidak Mencalonkan Blog

Tahun ini, saya tidak mencalonkan blog ini dalam kategori yang mungkin sesuai iaitu Independent Publisher kerana saya memang tidak dapat hadir untuk sesi anugerah yang dijadualkan berlangsung pada 20 November 2015. Untuk info, calon untuk menang anugerah wajib hadir ke acara tersebut - jika tidak anugerah (jika menang) akan dibatalkan. Maka, daripada menghampakan pihak penganjur dan buang masa untuk meraih undian, adalah lebih baik saya 'tarik diri' awal-awal walaupun ada rakan blogger yang mahu saya bertanding.

Pun begitu, saya harapkan ada rakan blogger yang telah hantar pencalonan ... yang mungkin saya boleh tolong promosikan atau raih undian popular; - tetapi tak ada pun...huhuhu....

Jom Undi Projek Iqra' Kategori Social Impact

Vote untuk Projek Iqra' dalam WWWOW Awards 2015
Undian masih lagi dibuka khususnya untuk People's Choice Award sehingga 19 November 2015. Dan saya sarankan dan minta kerjasama semua untuk vote Projek Iqra' dalam kategori Social Impact.

[Undi] Jadikan Projek Iqra' Pemenang Kategori Impak Sosial

Anda boleh baca mengenai Projek Iqra' di pautan di bawah:


21 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Member saya ada bgtau saya yang jirang belakang rumah dier punya adik beradik memang kipas susah mati punya dengan blog double H nie...tapi carik2 dalam senarai takde..kecewa laa jugak...len kali join ler tuan HH...tuan HH masuk jekk senang2 jek potong corner contestant2 dalam projek KUNING WOW nie.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak buat macamana, saya pernah je bertanding sebelum ni, dah tahu mana kemampuan diri, lagipun saya ada sebab mengapa tak masuk jadi calon.

      Padam
  2. Takde masa nak masuk.

    Diorang punya promosi hancur sikit kali ni. Sebab tu ramai wat bodo je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi serius ramai blogger Malaysia dapat job dengan derang kali ni

      Padam
    2. dapat job yang macam mana?

      masa awards berjalan? sebelum atau selepas? siapa blogger malaysia yang dapat job tu?

      Padam
    3. Buat hebahan pasal digi WWWOW awards le .. aku, melastik bintang, shakiddo dgn beberapa orang yang lain .. ramai gak la .. hafiz rahim ada, cubala ko google .. ada beberapa blogger chinese terlibat sama.

      Padam
  3. Saya pulak ade berangan nak masuk..tapi tau mesti tak layak punye haha..kalau tuan titan dan tuan HH masuk mungkin ramai yang nak undi termasuklah saya ni ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm ... dah lepas pencalonan pun, kita lihat siapa nanti jadi pemenang

      Padam
  4. tak tahu nak calonkan diri dalam kategori yang mana satu...

    BalasPadam
  5. Seikhlasnya, Saya tak tahu pun apakah digi award ni. hmmm

    BalasPadam
  6. Ok baru tahu pasal award ni hari ni..hehe.

    Btw, 100% pemenang dipilih dr undian ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada peringkat2 dia .. peringkat awal undian, kemudian juri.

      Padam
  7. Ada projek apa bro HH sampai tarik diri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sbb masa tu tak sesuai sikit ... :) saya kan house husband .. hoho

      Padam
  8. Terima kasih kerana menyokong Projek Iqra'. Dapat masuk Top 5 ini pun sudah kejayaan kepada kami. Moga lebih ramai kenali Projek Iqra' dan mahu berganding bahu memajukan pendidikan untuk anak-anak kurang berkemampuan dan tercicir pelajaran :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. In Sha Allah, saya cuba bantu mana yang boleh. Projek Iqra' antara projek amal besar yang pertama saya join .. :)

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement