Nama Dr Say Shazril Shaharuddin tetiba dikenali seantera Malaysia kerana HotFM mengundangnya ke konti baru-baru ini. Populariti doktor yang dianggap doktor paling kacak di Malaysia ini meningkat secara mendadak setelah seorang pemanggil HotFM ke udara dan mengatakan betapa kacaknya doktor Say yang merupakan 'bos' di tempat kerjanya.
Gambar Dr Say Shazril Shaharuddin
Dr Say Shazril - Budak Lembik Yang Mahu Jadi Terkenal
Mungkin ada yang tidak tahu, Dr Say Shazril sewaktu kecil adalah seorang budak yang lembik dan pencapaiannya di sekolah terutama dalam bidang Ko-Kurikulum tidaklah begitu baik. Tetapi bukan bermaksud dia seorang yang lembut.Samada anda percaya atau tidak, dia pernah bercita-cita untuk menjadi seorang yang terkenal dan popular. Itu antara sebab, doktor yang disenangi oleh para jururawat dan staff di Hospital Serdang ini mengambil langkah untuk menjadi model sambilan.
Saya terpanggil untuk kongsi sedikit cerita dan gambar Dr Say Shazril ini apabila isteri saya menelefon dan bercerita mengenai lelaki ini yang tetiba menjadi sebutan para wanita di Malaysia - tidak kiralah yang anak dara, bujang, dah berkahwin, isteri orang mahupun bekas isteri, semua membisikkan nama lelaki kacak dan tampan bertaraf doktor sakit puan.
Saya pasti selepas ini, cerita dan gambar Dr Say Shazril Shaharuddin akan menjadi antara carian yang popular di kalangan wanita-wanita di Malaysia ... begitu juga dengan kisah isteri Dr Say Shazril yang cantik iaitu Dr Azura yang tentu ramai mahu tahu.
Memang tengah hot kan sekarang tentang Dr muda ini..alhamdulillah yang baik jadikan ikutan..yang tidak wajar jangan dilakukan..tidak salah minat tapi berpada pada..
ReplyDeleteHuhuhu... bagus memang bagus .. tapi adalah lebih bagus kalau dia jadi pakar sakit tuan . hehehee
Deletehaha...aku baru tahu ni..
ReplyDeletehot sungguh dr sorang ni.. mana2 duk certa pasal dia je
ReplyDeleteYg xthn part ada perempuan nk bersalin dgn doc ni..pelik2
ReplyDeleteTetiba galmer laks dia nih...
ReplyDeleteSemoga kaum wanita berhati2. Jangan sampai tergadai maruah sebagai seorang wanita.
ReplyDeleteLawak pun ada. Actually ramai je profesyen lain yg kacak2 (lecturer, pilot, angkasawan, engineer etc), tapi Malaysia kan. Semua benda cepat viral. Uhuhu. Betul ke pasal wanita nak bersalin dgn doc ni. Entah2 kaum laki yg buat cerita. Adoi.
ReplyDeleteHmm .. nampaknya begitulah .. banyak perkara yang boleh diviralkan sebenarnya .. namun, asal ia tidak mudarat .. in Sha Allah ok.
DeleteTolonglah!!! perempuan melayu islam yang sampai nak bersalin dengan dr nih! Malaysia bukan darurat ya ramai lagi gynea perempuan. Eiiii... Menjengkelkan
ReplyDeleteUhh ada ke? Saya tak tahu pun pasal benda tu .. haha
Deletehaha memang mantap, hensem..doktor kita ni..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.