Ini merupakan kali kedua naik pentas konvo. Pertama kali adalah semasa umur 4 tahun, juga di Tadika Islam yang sama. Dua tahun di Tadika Islam, in Sha Allah, tahun hadapan anak saya ini akan ke tadika prasekolah bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Tadika Islam Perak merupakan prasekolah dibawah kendalian Pejabat Agama Islam Perak.
Konvo Tadika Islam Perak Daerah Kerian 2015
Alhamdulillah, tahun ni Haseena .. satu-satunya anak perempuan saya telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam kelas. Agak pelik rasanya sebab anak saya ni banyak kali juga ponteng secara sengaja ... tup tap .. tau tau berjaya dalam peperiksaan dan ujian yang diadakan.... hahaha.
Tahun ini juga menampakkan anak saya ni dapat naik pentas buat persembahan, nyanyi lagu sekolah...uhhh siap dapat pegang mikrofon lagi.
Video Persembahan (Babak Akhir)
Bangga rasanya dapat lihat anak dapat melibatkan diri dalam aktiviti dan ko-kurikulum sekolah. Sebelum ini, anak saya antara yang aktif dalam bersukan. Saya ada tunjukkan gelagat Haseena dan rakan-rakan semasa Sukaneka Tadika Islam pada tahun 2014.
[Ads] Klik Untuk Tahu Rahsia Anak Pintar Membaca Sebelum Tadika
Dua orang anak saya, merupakan 'graduan' dari Tadika Islam. Anak sulong saya, alhamdulillah, sekarang merupakan antara pelajar cemerlang di sekolahnya, saya ada ceritakan dalam entri bertajuk - Semak Keputusan Exam Anak Menggunakan SAPS NKRA
Anak kedua saya pula, adalah graduan dari Tadika Perpaduan. Memang banyak beza 'hasil' antara tadika-tadika ini, dan saya pernah kongsikan pendapat saya mengenainya dalam entri - Beza Tadika Islam Perak dengan Tadika Perpaduan JPN
[Ads] Tips Didik Anak
Pendidikan bukan terletak di tangan guru semata, tetapi juga ia merupakan tanggungjawab besar ibubapa. Semua perlu selari, dan memastikan apa yang belajar di sekolah, turut diaplikasi di rumah dan begitu juga sebaliknya.
Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah S.W.T .. dan didiklah anak ke arah menjadi hamba yang terbaik kepada Yang Maha Esa.
TAHNIAH ! SYIRA NAMPAK KASUT HELLO KITTY TUUU DULU...HEHEHE..
ReplyDeleteEHEM ! SYIRA DAH KELUARKAN BUKU TAUU...HEE..JOM SUPPORT !
^_^ BUKU SERENITY BY SYIRA LOKMAN ! FREE POSTAGE DAN HADIAH MISTERI (TERHAD).
Tak .. tahun depan dia masuk Prasekolah umur 6 tahun lak ... huhuhu
ReplyDeletePra mungkin ok skit sbb ada abang2 dia dalam satu sekolah ... seroang tu POPULAR .... jadi tak berani aaa nak kacau awek nama Haseena ..hahaa
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.