Walaubagaimanapun, artikel yang dipercayai menunjukkan cara untuk godam laman web Innity telah dipadamkan, dan saya difahamkan terdapat perbicangan antara pihak KH dengan pihak Innity.
Laman Web Innity Digodam 15 November 2015
Sejak dua tiga bulan kebelakangan ini juga, income dari Innity tidak begitu memberansangkan jika nak dibandingkan dengan Adsense. Agak pelik sedangkan sebelum ini, pendapatan menerusi iklan Innity melebihi hampir dua kali ganda dari Adsense.
Dapat Tahu Innity Kena Hacked dari Rakan Blogger
Saya dapat tahu bahawa laman web Innity kena godam ini apabila ada seorang rakan blogger saya telah memaklumkannya menerusi WhatsApp. Jadi, saya pun cubalah untuk masuk ke laman web Innity menerusi pautan www.innity.com ... tetapi gagal.Malah, saya boleh melihat butiran blogger atau pemilik laman web yang memohon termasuklah alamat rumah, nombor telefon dan beberapa maklumat lain yang saya tak boleh dedahkan.
Apa yang berlaku - laman web Innity digodam adalah sesuatu yang serius pada saya. Ada banyak data di dalam pengkalan data tersebut yang boleh disalahguna. Apa yang dilakukan oleh pihak KH itu setidak-tidaknya memberikan satu perspektif bahawa keselamatan laman web boleh ditembus jika tidak sentiasa berwaspada dan ambil serius.
Anda boleh baca bagaimana KH dapat menggodam pengkalan data Innity ini menerusi artikel ini - Laman Web Innity.com Kena Hack
Fuhh dalam senarai DISAPPROVED..saya bukan kawan KH...saya HQ jek...adoiii
ReplyDeleteHuhuhuhu... ada dapat percent ka?
Deletehuh..kira mlaysia yg hack la ye.. hbt gk dema ni
ReplyDeleteYa. Malaysia .. :)
Deletehuh..kira mlaysia yg hack la ye.. hbt gk dema ni
ReplyDeletepatut la dari2-3 hari lepas xleh login innity
ReplyDeletesiap suruh reset password baru
bahaya klo details didedahkn umum..
hope inniy kembali pulih n diketatkan security diorg..
Hmmm ... kena tgk juga samada mana-mana nombor akaun bank telah diubah .. huhuhu
Deletememang bahaya banyak maklumat penting dalam tu..
ReplyDeleteYer, saya sendiri boleh masuk dan lihat senarai nama publisher, nombor akaun bank, password, id login .. kreiteria iklan dan beberapa info lain termasuklah alamat rumah dan nombor telefon.
Deletebahayanya.. kena hacked sampai boleh tengok butiran peribadi
ReplyDeleteMacamana nak mohon innity ni? hehe
ReplyDeleteSaya ada ceritakan cara-cara nak memohon Innity, tapi kena lihat kriteria blog sebelum memohon. Kriteria ini berubah-ubah ikut keadaan semasa. Tapi penting kena ada trafik yang agak tinggi melebihi 200,000 pv sebulan.
DeleteBahaya ni ... tak guna innity tp boleh terjd juga kat laman pengiklanan yg lain .. huhu
ReplyDeletePernah berlaku pada blog yang letakkan iklan Nuffnang satu masa dahlu ... dan juga script daripada laman web agregator Ping.Busuk
DeleteRamai yang tidak tahu dan menganggap semua laman web atau sistem yanng berprofil tinggi ini selamat. Anda boleh baca di [KH] tentang laman Maxis , Celcom dan pelbagai lagi laman yang kena hack.Untuk Innity ini ramai blogger dan user yang belum tahu lagi tentang hal ini. Mohon mereka untuk tukar pass dan semak no akaun bank mereka . Terima kasih HH
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.