Baru-baru ini, saya dan famili berkesempatan untuk makan steamboat sekali lagi di restoran yang sentiasa ramai pengunjung ini. Restoran ini terletak di simpang masuk bandar Lumut ini. Dan di sebelah restoran ini ada sebuah restoran lain iaitu Restoran Ikan Bakar Lumut yang juga terkenal. Tidak jauh pun dari tempat penginapan kami iaitu di Rockbund Fishing Chalet, hanya 10-15 minit perjalanan sahaja.
Layan Steamboat Sehingga Puas Harga RM22.90 Satu Kepala
Harga Termasuk Menu Sampingan
Ada banyak menu untuk steamboat .. penuh satu bahagian 'perahu' yang dijadikan tempat untuk hidang makanan. Malah, ada menu sampingan lain seperti bihun goreng, mee goreng, kuew teow, nasi goreng yang disediakan termasuklah juga buah-buahan beraneka jenis. Jangan risau, anda tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan. Saya dan anak-anak siap berulang-alik pilih dan merasai setiap menu yang ada tanpa segan silu .. hahahaAlhamdulillah, setakat ini, setiap kali kami makan di restoran ini ... makanan yang kami ambil akan dihabiskan sebaiknya.
Oh ya, kuah untuk steamboat ada dua samada sup biasa atau sup tomyam. Kemudian, 'dapur' steamboat yang disediakan pula membolehkan kami anak beranak bermini BBQ ... fuh memang banyak pilihanlah nak makan ... berbaloi tuh dengan bayaran RM22.90.
Kalau anda ke Lumut, bolehlah ke restoran ini.
Sedikit tips .. pastikan anda berlapar sejak dari awal petang supaya anda akan lebih menikmati hidangan menu steamboat yang ada... hoho.
SA jenis perut kecik...tp suka je makan kat steambot ni
ReplyDeleteRM 22 tu dah memang murah sangat, KL punya steambot dah over Rm30 dah. Nanti kalau pergi lumut nak cari la. hehehe
ReplyDeleteYup .. sbb murahlah kami selalu ke sini kalau berada berdekatan Lumut
Deleterate yang agak murah.. boleh makan dengan puas
ReplyDeleteEm sedapnye...tetiba rasa lapar ni...kena gi lumut le pulak..
ReplyDeletenot bad... perghhh... memang kekenyangan ler...
ReplyDeleteseronok ni kalau bawa family kan bro HH..makan ramai ramai..mesti lagi meriah..terima kasih perkongsian..
ReplyDeleteMemang sangat sesuai untuk famili ... banyak yang datang makan sini bawa famili beso2 ... meriah gitu .. kalau ada game bola siarang langsung kat tv .. uhh lagilah
Deletepernah makan kat situ, rugi je...
ReplyDeleterugi sbb perut tak mampu nak mkn byk! Heheee..
murah.. kaki steamboat mcm saya mmg kena kosongkan perut dari tengahari
ReplyDeleteape name kedai ni?
ReplyDeleteLupa pulak nama dia ... tak terambik gambar sbb kekenyangan .. hahaha.. tapi betul sebelah je dengan satu restoran ikan bakar
Deletesteambot lumut, dari simpang nk masuk ke lumut, kedai di belah kanan lebih kurang dalam 300 meter dari simpang ke lumut
Deletebukak dr pkol bp ya ?
ReplyDeleteBuka bermula dari jam 6 petang rasanya. Siang tak nampak ia bukak.
DeleteWahhh ... murahnya .. kena try ni bila pegi sana ... btw visit my blog @ https://www.ketamkecil.com/bukan-tak-nak-balik-raya-tapi-risau-orang-tanya-bila-nak-ada-anak/
ReplyDeleteLocation kt mana ye?
ReplyDeleteDi sebelah kedai ikan bakar, betul2 kat simpang tu masuk ke Lumut kalau tak silap.
DeleteRM 22.90 kira masih murah berbanding dgn tempat lain. Ada kawan yg nak murah tapi x bnyak pilihan di bandar teluk intan.Kedekut x bertempat betul.
ReplyDeleteAssalammualaikum
ReplyDeleteBgi location jp kt mne tu
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.