Daripada 142 negara yang ada di dunia menurut The 2015 Legatum Prosperity Index, Malaysia berada di tangga 44 negara paling makmur di dunia untuk tahun 2015. Senarai negara paling makmur ini dikeluarkan oleh Legatum Institute dengan mengambil kira 8 aspek penting.

Malaysia Berada di Tangga 44 - Negara Paling Makmur di Dunia 2015

Senarai anking Negara Paling Makmur 2015
Dalam senarai tersebut, negara yang paling makmur adalah Norway, diikuti oleh Switzerland dan Denmark. Negara Amerika Syarikat pula berada di tangga kesebelas, manakala U.K di tangga ke 15, dan jiran Malaysia iaitu Singapura di tangga ke 17. Thailand pula berada di tangga ke 48.

Negara yang mendapat rating paling kurang dalam 8 aspek penting untuk kemakmuran ini ialah negara Republik Afrika Tengah, Afganistan dan Haiti. 
Malaysia Tangga 44 Paling Makmur 2015

Aspek Penilaian Ranking Negara Paling Makmur 2015

Lapan aspek yang diambil kira untuk menyenaraikan negara paling makmur di dunia ini (The Most Prosperous Country in The World 2015) adalah:
  1. Ekonomi
  2. Keusahawan dan Peluang Perniagaan
  3. Pentadbiran
  4. Pendidikan
  5. Kesihatan
  6. Keselamatan
  7. Kebebasan Individu
  8. Modal Sosial (Perhubungan)


Laporan penuh mengenai rankin ini boleh anda dapati menerusi pautan berikut - The 2015 Legatum Prosperiy Index


10 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Subahanallah ..syukur ke hadrat Allah kita di bumi Malaysia...sangat bagus entri..blog Sifu HH semakin mantap ...paling hebat kelihatannya..tahnia ya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..syukur...moga kedudukan ini akan berubah ke angka yang lebih kecil..

    ReplyDelete
  3. dan tangga Teratas bagi negara paling korup di Asia.

    ReplyDelete
  4. walaupun negara aman byk dugaan utk rakyat jer..

    ReplyDelete
  5. dugaan besar utk rakyat walaupun plg makmur di tangga 44

    ReplyDelete
  6. Rasanya Malaysia sepatutnya berada dalam ranking yang jauh lebih baik..mudah-mudahan dapat ranking lagi bagus lepas ni..

    ReplyDelete
  7. Bersyukur sesangat. Cuba la bandingkan dengan yang nombor 130++ . Agak-agak waktu ni, tengah buat apa kita ye...

    ReplyDelete
  8. walaupun kerajaan macam hampeh..tapi bersyukur juga dengan keamanan yg ada.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement