Belanja anak-anak makan Pizza, kali ini saya pilih Domino's Pizza. Ada diskaun untuk pelajar-pelajar sekolah. Anak saya bawa beberapa kupon yang diterima untuk School Take-Away Offer dari Domino's Pizza. Kupon memberikan potongan atau diskaun sebanyak 50% untuk semua saiz Pizza dengan syarat ia untuk take-away atau dengan bahasa orang kampung macam saya .. bungkus.

School Take-Away Offer dari Domino's Pizza

Promosi Domino's Pizza ini sah sehingga 31 Disember 2015, dan ianya hanya untuk anak-anak sekolah rendah dan menengah dengan berpakaian uniform sekolah atau sertakan kad pengesahan pelajar semasa membuat pesanan.
School Take-Away Offer Domino's Pizza
Jadi, baru-baru ini selesai sahaja sesi persekolahan, saya bawalah anak-anak saya untuk makan di Domino's Pizza. Alhamdulillah, dapat beli 2 regular pizza dengan satu harga. Memang seronok anak-anak saya dapat makan pizza ni di rumah. Saya cuma tambah dua sup cendawan sebab anak-anak saya sukakan sup cendawan dari Domino's Pizza.

Kupon yang saya serahkan masa pembelian School Take-Away Offer dari Domino's Pizza ni masih saya simpan ... macam pelik lak .. huhuhuhu.. dah bagi kat casher, tapi casher tu pulangkan balik suruh guna lain kali.

Takpelah, mungkin cara Domino's Pizza nak lariskan jualan kot masa cuti sekolah .... haha .. tapi syarat kena pakai baju sekolah .. errkkk .. hmmm ... adeh, macam ada yang tak kena je.

Masa saya beli guna tawaran ni, memang anak-anak saya baru balik dari sekolah, jadi memang sahlah nak beli dengan tawaran Domino's Pizza ni kalau ikut apa yang tercatat di kupon atau voucher.
School Take-Away Offer Domino's Pizza
Mungkin selepas ini, saya nak cuba beli time cuti sekolah ni, nak tengok valid tak kupon ni walaupun anak-anak saya datang bersama tanpa berpakaian uniform sekolah ... huhuhu...

Saya suka pizza yang dijual di sini, walaupun agak nipis dibandingkan dengan Pizza's Hut tetapi seleksi pizza yang ada boleh tahan juga sedap di anak tekak saya dan anak-anak ... harga pun leh tahan, tidaklah sampai rasa terlalu mahal.

Saya beli 2 pizza saiz regular dengan harga RM28.80 ... kira oklah ye tak? Dan alhamdulillah, pizza yang dimakan bertahan selama satu hari .. iaitu makan ketika lunch, dan juga supper.


5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nampak sedap ,makanan siap sedia tu HH..

    BalasPadam
  2. huhu . cuba la guna kupon tu cuti sekolah ni . takkanla nak kena pakai baju sekolah pulak pergi domino nak dapatkan diskaun ni . aduh , curios pulak .

    The Talking Diary

    BalasPadam
  3. Wah sedapnya tengok pizza tu..kena makan time panas2 lagi..kalau sejuk, kurang sedapnye..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul tu .. makan panas-panas memang best. Alhamdulillah kat rumah ada microwave yang boleh panaskan balik ... cuma dah hilanglah sediit kicknya .. haha

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement