Hmm patutlah beberapa hari, trafik ke blog agak merundum. Saya pula memang tak jenguk blog dan terbitkan entri baru sebab sibuk dengan keluarga - almaklumlah, wife bercuti selama seminggu. Dalam dok bercuti tu, dapatlah bawa satu famili bercuti di Rockbund, Lumut dan juga Rumah Peranginan Persekutuan Morib.
Script Iklan Innity Ada Malware
Hasil daripada imbasan online di Sucuri.net, mendapati malware berikut dikesan:Saya tidak pasti samada ada rakan blogger atau pengunjung lain yang merasai kesan dan akibat daripada malware ini. Tetapi, blog saya terkena kesan ini sehingga trafik menurun menjadi bawah 5000 UV pada beberapa hari kebelakangan ini.
Setelah mengenalpasti punca malware, saya pun tanpa teragak-agak membuang segala script iklan Innity di dalam blog. Saya lakukan rescan untuk memastikan bahawa malware itu telah tiada dalam blog saya. Alhamdulilah, keputusan imbasan menerusi Sucuri.net memberikan keputusan positif.
Sebelum ini, blog saya dikenalpasti mempunyai malware disebabkan script terbenam yang berada dalam template blogspot oleh saudara Muh.Akram, menerusi template Catatan.info. Agak sukar untuk kenalpasti mana satu script yang terjejas dengan malware, sehingga saya ambil keputusan untuk menggunakan template blogspot yang lain.
Jika anda mahu blog anda bebas daripada malware, saya sarankan anda untuk lakukan tiga perkara berikut:
- Update antivirus di komputer anda.
- Kemaskini mana-mana javascript yang ada dalam blog - cari versi terbaru atau simpan fail javascript tersebut di lokasi lain yang lebih selamat (bukan sumber asalan).
- Lakukan imbasan sekali dua bulan di Sucuri.net atau mana-mana laman web yang menyediakan imbasan virus serta malware percuma.
Semoga apa yang berlaku ini menjadi pedoman dan peringatan buat semua.
tq bro hassan insyaAlkah nanti
BalasPadamsemua yg guna innity alami masalah sama,,,,patut la trafik lain mcm ja mgu ini
BalasPadamAsalam hh etuza xa pasang..dulu selalu suka widget..ada blogger tegur ada virus...di blog Etuza..kurang dah letak..lagi ringan
BalasPadamSifu HH terima kasih masih dalam bloglist ya
BalasPadamFuhh lega...not detected with malware...lega2...tenkiu tuan HH atas sumber ini!
BalasPadamalhamdulillah tiada. terima kasih atas ilmu terbaru ini.
BalasPadamRupanya blog pun boleh terkena malware. Nampak gaya kena check juga di blog saya...mana tahu terkena jugak, walau pun boleh dibuka. Bolehlah bersedia sebelum terkena.
BalasPadambaru scan td aah terbukti malware dri script innity
BalasPadamtp kawan lain boleh buka blog sy
mcm mana erk..nak buang or biarkan script ni
malware ni ada kesan x
malware x sama mcm virus kan..
terima kasih atas info laman web untuk check malware tersebut :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.