Sebelum ini, saya ada hadapi masalah untuk akses ke SAPS, tetapi nampaknya pihak pengurusan telah perbaiki akan kelemahan yang ada.
Tak susahpun guna SAPS ni, apa yang diperlukan adalah nombor kad pengenalan anak-anak yang bersekolah. Saya ada dua orang anak yang bersekolah di sekolah rendah, jadi dengan sistem ini bolehlah saya tengok akan kekuatan dan kelemahan anak-anak saya dalam akademik. Saya dan isteri boleh semak keputusan Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun.
Cara Semak Keputusan Exam Anak Guna SAPS
SAPS memberikan kemudahan untuk ibu bapa semak keputusan peperiksaan dalaman sekolah anak samada di sekolah rendah mahupun menengah secara online.Kepada ibu bapa yang mungkin nak tahu cara untuk gunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini, boleh ikuti panduan ringkas yang saya sediakan di bawah ini.
- Akses ke sistem SAPS untuk ibu bapa di pautan ini - SAPS - NKRA Untuk Ibubapa
- Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir anak di ruangan disediakan seperti ditunjukkan di bawah ini.
- Pilih samada anak sekolah di sekolah menengah atau sekolah rendah dan tahun persekolahan.
- Kemudian, selepas klik Semak Laporan, anda akan ditunjukkan paparan di bawah ini.
- Paparan akan tunjukkan nama sekolah, nama murid iaitu nama anak anda, tahun, kelas serta beberapa pilihan untuk semak keputusan peperiksaan (ujian, peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun).
- Terdapat dua pilihan untuk analisis keputusan peperiksaan anak, iaitu Papar Slip Keputusan dan Papar Markah Peperiksaan.
- Pilih mana-mana analisis yang anda mahu semak dan lihat, dan klik ... paparan laporan analisis akan ditunjukkan menerusi satu pop-up yang boleh anda cetak dan simpan untuk rujukan.
Keputusan Peperiksaan Anak Memuaskan Hati
Alhamdulillah, keputusan peperiksaan akhir tahun anak saya yang sulong agak baik, dan berjaya mendapat tempat kedua secara keseluruhan dalam darjah lima. Keputusan yang dipaparkan dalam SAPS digunakan untuk 'naik kelas' (Pencapauan Gred Keseluruhan). Ia mengambil kira 5 subjek teras iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris.Keputusan anak saya yang kedua alhamdulillah agak baik, dan berjaya kekal dalam kelas yang sama pada tahun 2016. Jadi, tak adalah kehilangan rakan sekelas ... huhuhu.
Dengan pencapaian yang diperoleh, anak sulong saya telah berjaya menjadi Pelajar Cemerlang Tahun 5 di sekolahnya.... huhuhu .. walaupun dalam semakan SAPS, hanya berjaya di kedudukan nombor 2 dalam darjah ... :)
Alhamdulillah. Ini merupakan antara pencapaian yang membanggakan dan kami sekeluarga berharap ia akan kekal dengan kecemerlangan yang diperoleh.
SAPS Tanpa Guru
Oh ya, terima kasih banyak-banyak kepada guru-guru yang bersusah payah memasukkan markah dan keputusan peperiksaan anak-anak saya dalam sistem SAPS ini. Jika tidak kerana guru-guru ini, sistem ini tak ada gunanya ..kerana ia bergantung dengan kemasukkan data oleh guru-guru yang terlibat.Terima kasih cikgu .. terima kasih sebab bantu anak-anak saya belajar dengan baik dan mendapat keputusan baik dalam akademik, serta terima kasih kerana masukkan data peperiksaan dalam sistem SAPS ini.
alhamdullilah
BalasPadamAlhamdulillah, sejuk tgk keputusan peperiksaan anak.
PadamAlhamdulillah.
BalasPadamTahniah dengan keputusan anak.
InsyaAllah, tahun depan saya pun akan guna sistem ni.
Dari tangan yang terer menghayunkan buaian + tangan yang pandai menulis sepenuh hati = Inilah hasilnya... :)
BalasPadamYang lagi saya kagum adalah...skrg yg terer2 ramai dari kalangan anak pompuan...yg ni special sket..anak jantan...kelas kau HH - pinjam sat ayat iklan ribena... :D
Apa rahsia heh? Tak percaya saya kalo HH ckp anak dia :
- saya tak bagi layan facebook
- saya tak bagi main DOTA
- kongsi2 aa sket tn HH resipi anak berjaya nie.. :)
Kami bapak2 muda nie bleh gak asuh dari kecik..kalo tak dari rebung dari mana lagi kan... :)
Sedekah. Amalkan konsep sedekah dalam keluarga.
PadamTshniah tuan..like father like son.
BalasPadamSyukur HH dan isteri..tahniah untuk HH dan isteri..tahniah untuk anak anak juga
BalasPadamTeruskan usaha..kekalkan pencapaian..
Masalahnya, kalau tiada update dari guru mereka, tiada markah
BalasPadamada 2 pelajar saya nak check *saudara* tetapi markah tidak diisi langsung dari awal tahun !
Memang sangat membantu. Tak ada alasan lagi ibubapa tak tahu result anak seawal seminggu lepas habis exam. Ada guru yang rajin masukkan awal, dah tahu result sehari dua lepas periksa. Anak duk asrama pun tak payah komen panjang2 dalam phone.Ibu tengok online dulu....
BalasPadamayat akhir tu betul.. takde guna sistem ni kalau guru tak masukkan markah... dan nama ni semua diambil dari satu lagi sistem iaitu Aplikasi Data Murid (APDM)... tapi nak dapat data ni adalah dari ibu bapa.. jadi kerjasama ibu bapa dan guru penting untuk memastikan setiap sistem yg dibangunkan KPM dapat dilaksanakan dengan baik.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.