Tahun 2015 hampir melabuhkan tirainya. Banyak suka duka kehidupan telah dilalui. Pada tahun 2015 ini, ada beberapa perkara berlaku dalam keluarga saya. Antaranya ialah menjadi full time house husband tanpa isteri di sisi, manakala isteri tercinta sambung belajar peringkat Sarjana di Universiti Malaya...ohh Arbain bujang kembali....

Sebelum ini, kehidupan sebagai house husband agak 'ringan' sebab ada isteri yang sering membantu. Tapi, bila isteri dah ambil peluang untuk sambung belajar sepenuh masa ni, jadinya kerja rumah setiap hari sudah 99.9% menjadi tugasan yang tidak boleh tidak, perlu disempurnakan.

Suka Duka Seorang House Husband Sepenuh Masa

Nasib baiklah saya tidak terkena culture shock kerana isteri tiada di sini. Agak ralit juga pada mulanya. Namun alhamdulillah .... sebab sebelum ini pun dah biasa dengan tugasan yang ada di rumah, cumanya masa untuk update blog, kongsi tips blogging, cerita pasal percutian, kongsi gambar tempat menarik di Malaysia dan sembang pasal isu semasa dalam blog dah jadi sangat terhad.
Suka Duka Seorang House Husband Sepenuh Masa
Ini bukan entri merungut, cuma nak anda faham bahawa kehidupan sebagai blogger dan house husband sepenuh masa memang sibuk. Mungkin ada yang berpendapat, kerja dari rumah boleh rileks-rileks ... tunggu income masuk secara online - walhal saya ada tanggungjawab untuk pastikan nasi dah siap dimasak, pakaian dah siap dijemur, anak-anak kenyang sepanjang masa, dan rumah tersedia untuk kedatangan tetamu yang tanpa sangka.

Pernah Ceritakan Dalam Majalah Jelita

Saya pernah kongsikan kisah house husband yang bukan mudah pada pembaca Majalah Jelita keluaran Mei 2015. Dalam keluaran antara terakhir terbitan Berita Publishing itu, saya ada kongsikan tips menjadi house husband. Tapi, tidak semuanya tercerita dalam artikel dua halaman penuh itu, ada yang tidak terungkap .... malah sengaja saya biarkan untuk ramai memikirkannya.
Suka Duka Seorang House Husband Sepenuh Masa
Jujurnya artikel tersebut bukanlah yang terbaik. Banyak cacat-cela memandangkan ia adalah hasil tulisan saya 100 peratus tanpa editi, tanpa disemak ... tanpa fikir 100 kali. Namun, ia satu artikel yang jujur tentang kehidupan saya sebagai seorang house husband.

Takkan Berjaya Tanpa Pengorbanan Isteri

Ramai yang anggap saya sebagai contoh suami bergelar house husband yang berjaya. Hakikatnya, apa yang saya capai sekarang takkan menjadi realiti jika tiada sokongan padu dari isteri yang tercinta. Isteri saya walaupun pada satu ketika tidak berapa yakin dengan apa yang buat, namun alhamdulillah, isteri saya seorang yang sangat sabar dan mengambil langkah memahami visi dan misi saya.

Dalam Majalah Jelita tersebut, saya tidak ceritakan bagaimana isteri saya bangun seawal jam 5:30 pagi untuk sediakan sarapan dan menu makan tengahari sebelum pergi ke tempat kerja. Saya tak ceritakan mengenai pengorbanan isteri yang terpaksa menerima keazaman saya untuk menjadikan blog sebagai medium mencari pendapatan.
Suka Duka Seorang House Husband Sepenuh Masa
Saya tak ceritakan bagaimana isteri saya yang penat balik bekerja terpaksa pula selesaikan kerja-kerja seorang surirumah yang tidak disempurnakan oleh saya sebagai house husband. Dan saya tidak ceritakan juga bagaimana isteri terpaksa menerima pandangan masyarakat bahawa beliau ada seorang suami yang tidak keluar bekerja.

[Ads] Peluang Kerja Sambilan Secara Online. Income USD Dibayar Tanpa Cukai!

Serius, ramai yang tetiba angkat kening dan memberikan the look kepada saya apabila saya mengatakan bahawa saya seorang suami yang duduk di rumah. Isteri juga tidak terlepas. Apabila isteri ditanya soalan .. apa kerja suami, ramai yang menerima jawapan dengan ..."Oooo" dan kemudian mengerut dahi memikirkannya....

Ramai blogger yang menjadi house husband seperti saya. Malah, ada blogger berbadan sado pun turut menjadi seorang house husband. Jadi, ia bukan sesuatu yang pelik kerana kita boleh mencari rezeki di mana sahaja asalkan berusaha dan yakin dengan apa yang dilakukan.

Rezeki adalah datangnya dari Allah S.W.T, berdoa dan mohon petunjuk, in Sha Allah .. dalam setiap apa jua kita lakukan dalam hidup, akan Allah bantu asalkan niat itu baik.


6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Asalam..itu wajah sifu HH kan..nampak tenang diwajah HH..Seorang yang kelihatan sabar dan tenang. Lihat sekali nampak seorang jujur dan miliki ilmu yang tinggi..hebat sifu Blog HH ni..Etuza tabik tul..dengan HH ..banyak kejayaan telah di rai..Tahniah ya

    ReplyDelete
  2. Bukan mudah untuk menjadi fulltime blogger dan dalam masa sama fulltime house husband..tetapi tuan berjaya melakukannya..tahniah!..semoga tuan terus berjaya dalam kedua-dua bidang..doakan juga kejayaan saya :-)

    ReplyDelete
  3. Yang pentingnya tuan berani..dengan cara berhenti kerja, tuan optimis terhadap peluang yang ada..itu yang kita patut contohi..kerna ia bukan sekadar omong2 kosong je..terbaik tuan..moga sentiasa dimurahi dan limpahi rezeki olehNya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh ada kesilapan fakta tu - Saya BUKAN BERHENTI KERJA ... tapi kontrak kerja saya dah habis ... dan tak ada projek USM yang boleh saya teruskan untuk kerja. Jadi, saya dah mula usaha dengan blog semasa bulan2 akhir dalam kerja.

      Delete
  4. Berangan2 jap jadi HH...edisi majalah jelita tahun 20 tak wujud langsung :

    Takkan Berjaya Tanpa Pengorbanan Isteri - Tak Berjaya saya memperisterikan dia sebab...

    Bakal mertua tanya...awak buat apa sekarang?

    Saya jawab..duduk rumah jek makcik...baru lepas grad...

    Mertua tanya lagi...kerja apa sekarang?

    Saya jawab kerja dari rumah jek makcik...

    Mertua mungkin cakap...

    Si nora nielah satu2nya anak makcik..kalo awak kerja dari rumah jek makcik ingat.... ( cer sambung )

    Saya rasa bertuah dapat berkenalan dari jauh dengan seorang house husband seperti tuan HH nie.. Walaupun TOMPANG SEMANGKUK populariti HH tapi saya tetap sapot HH dari jauh jekk :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement