Toy Museum Heritage Garden. Bagi sesetengah orang, mungkin tak berapa tahu; tetapi buat warga Penang, tentu sudah arif akan kewujudan muzium ini yang mengumpulkan barang mainan dari seluruh dunia. Malah, Toy Museum Penang ini merupakan muzium mainan terbesar di dunia, dan memegang dua rekod dalam The Malaysia Book of Records.

Muzium yang sesuai dikunjungi tidak kira peringkat umur. Dan boleh menjadi antara destinasi bajet yang harus anda lawati jika ke negeri Pulau Pinang (Penang). Anak-anak pasti akan seronok berada di muzium ini. Ikuti kisah saya ketika berkesempatan melawat muzium ini buat kali ketiga di lokasi yang baru!

Toy Museum Heritage Garden Penang

Muzium ini asalnya terletak di Jalan Tanjung Bungah, berdekatan sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Ketika di lokasi lama, saya dan keluarga telah berkunjung sebanyak 2 kali untuk melihat segala koleksi mainan yang ada.
Toy Museum Heritage Garden Penang
Kini, muzium yang menghimpunkan ribuan mainan daripada pelbagai saiz telah berpindah ke lokasi yang lebih besar, lebih luas dan lebih banyak mainan boleh anda lihat. Dikenali dengan nama baru - Toy Museum Heritage Garden terletak di pekan kecil Teluk Bahang, bersebelahan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Eok Hua dan di belakang Pusat Kraf Batik.

Jika anda kurang arif dengan jalan di Teluk Bahang, anda mungkin tidak menyangka bahawa terdapat sebuah muzium mainan terbesar di dunia ini yang lokasinya agak tersorok.

Peta Lokasi Toy Museum Heritage Garden, Penang

Lokasi Toy Museum Heritage Garden Penang
Toy Museum Heritage Garden menyimpan koleksi mainan seawal lebih 40 tahun dahulu. Pemiliknya merupakan seorang jurutera yang sangat minat akan barang mainan, dan telah mula mengumpul segala koleksi termasuk koleksi eksklusif Hollywood Action Figure semasa belajar dan bekerja di luar negara.

Koleksi mainan yang tersimpan di muzium ini terdiri daripada figura layar perak, permainan komputer, permainan konsol, malah daripada filem-filem terkenal dari Hollywood, termasuk dari Asia seperti anime Jepun.

Tiket Masuk:
  • Dewasa - RM15
  • Kanak-Kanak - RM10
Harga istimewa jika datang dalam rombongan dan kumpulan besar. 

Saya dan keluarga mengambil masa lebih daripada sejam untuk 'menggelidah' dan melihat segala koleksi mainan terhebat, terkenal dan popular di dalam muzium ini. Terdapat lebih daripada 120,000 mainan yang dipamerkan di sini; jadi tidak hairanlah ia berjaya berada di dalam The Malaysia Book of Records.
Toy Museum Heritage Garden Penang
Toy Museum Heritage Garden Penang
Toy Museum Heritage Garden Penang
Anda juga boleh melihat dan menikmati kehijauan di taman herba dan buah-buahan yang ada di Toy Museum Heritage Garden.

Apabila masuk ke dalam ruang dewan yang menempatkan mainan ini, saya terus terimbau zaman kanak-kanak saya ketika menetap di Sarawak dan Pahang. Nostalgia betul bila melihat figura Marine Boy, Mobidick, Silverhawks, kenderaan The Masks, Gundam dan macam-macam lagi.

Serius, andai anda ke sini ... pasti ia akan membawa kembali emosi, rasa, jiwa kanak-kanak anda dalam diri... hatta usia anda ketika ini sudah mencecah 50 tahun!
Toy Museum Heritage Garden Penang
Toy Museum Heritage Garden Penang
Toy Museum Heritage Garden Penang
Ada banyak gambar lagi .. tapi tak termampu saya nak kongsikan di sini, jika anda rajin dan tengok banyak gambar mengenai trip percutian dan tempat menarik yang pernah saya pergi untuk Holiday Getaway, bolehlah follow instagram saya - http://www.instagram.com/hasrulhassan


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wah menarik menarik ni..Teluk Bahang memang ada mcm2 tempat menarik kan..

    BalasPadam
  2. Penang salah 1 tempat yang Alycia jarang pergi...

    BalasPadam
  3. Anak Mrs. A baru je gi rombangan seoklah ke Penang tapi mereka tak pi sini pun :-(

    BalasPadam
  4. Penah sampai toy museum..skali jek...takde patung2 yang open bleh gambar ker tn HH? Sib baik aa harga masih sama macam dolu2 gak...ingat nak repeat aa cuti sekolah nie..bleh roger2 tn HH jadi guider... :)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement