Ok. Pertama sekali anda perlu faham bahawa iklan Adsense adalah iklan jenis targeted atau dengan kata lain ia sangat spesifik dan mengutamakan niche sesebuah blog. Dengan kata lain, iklan Adsense keluar bersandarkan konten blog anda, lebih khusus .. iklan akan keluar mengikut apa yang anda ceritakan dalam sesebuah entri tersebut.
5 Sebab Iklan Adsense Tidak Keluar
[Baca] Tips Letak Banner Iklan Jana Income Dalam Blog
[Baca] Tips Adsense - Saiz Banner Yang Disyorkan
Sekarang, saya nak beritahu mengenai sebab iklan Adsense tidak keluar, walaupun banner iklan sudah diletakkan di tempat yang terbaik di dalam blog.
Masalah Dengan Cara Adsense Mahu Indeks Blog Anda
Anda seharusnya mengetahui bahawa Adsense sangat pentingkan blog yang menerima trafik daripada enjin carian terutama Google. Ia ada dinyatakan semasa mendaftarkan blog untuk mendapat akaun Adsense. Dan ia merupakan antara tips utama untuk menjana income yang baik menerusi platform pengiklanan yang popular serata dunia online ini.Adsense melihat blog anda tidak sama sepertimana Google Search melihat blog anda. Anda perlu faham bahawa ia adalah dua benda berbeza tetapi mempunyai saling kait. Adsense mempunyai sistem sendiri yang akan menggelintar setiap tajuk, kata kunci, kandungan yang menjurus kepada produk, servis, syarikat, yang digunakan oleh pihak pengiklan.
Saya sering beritahu, cara untuk iklan Adsense keluar ialah dengan memastikan blog anda bercerita mengenai sesuatu yang ada kaitan dengan produk yang anda gunakan setiap hari. Contohnya, saya kadangkala cerita mengenai kereta -terbaru mengenai kereta Perodua Axia Advanced yang dibeli oleh isteri saya ... dan blog saya ketika minggu topik itu diterbitkan, boleh lihat iklan promosi Perodua, Toyota dan juga iklan contest yang memberikan hadiah kereta dipaparkan di blog saya.
Ada blog, yang mempunyai kurang 50 entri dan masih baru berupaya memaparkan iklan Adsense di dalam blog. Ia adalah kerana ia merupakan blog yang ada tema spesifik dan tertentu. 10 - 20 entri pertama blog tersebut lebih menonjol bercerita mengenai tema dan kandungan utama blog tersebut. Contohnya blog baru saya mengenai kerjaya ... walaupun baru 3 bulan diwujudkan, sudah ada iklan Adsense berlegar di dalam blog. Iklan Adsense seperti kerja kosong, cara jana income, kerja sampingan sering sahaja memenuhi ruang iklan yang ada. Nampak tak di situ?
Ada blog dah lama, kemudian ada ribuan entri dan post telah diterbitkan; masih tidak ada iklan Adsense keluar di tempat sepatutnya - kenapa? Pendapat saya, blog anda ada masalah dengan cara Google serta Adsense untuk indeks blog anda. Mungkin kata kunci (keywords) tidak cukup. Mungkin juga sebab blog anda masih belum capai tahap lebih 50% trafik adalah dari enjin carian. Mungkin juga sebab blog anda belum cukup berpengaruh untuk memaparkan iklan yang ada - domain authority, page authority mengenai sesuatu topik berkaitan iklan.
Fuhhh .. agak panjang juga saya tulis. Secara tiba-tiba pengetahuan lama saya mengenai Adsense mengalir laju ibarat air, cuma saya tidak pasti samada anda faham atau tidak. Saya sudah menulis sehabis baik bagi memudahkan anda tahu sebab ini.
Saya akan beritahu sebab-sebab lain dengan lebih detail dalam entri yang akan datang. In Sha Allah, andai umur panjang dan kesihatan baik, saya akan beritahu lagi mengenai 4 perkara lain yang menyebabkan iklan Adsense tidak muncul dalam blog.
- Isu Berkaitan Blog - Nama Domain, Hosting dan Koding
- Isu Cara Anda Implemen Kod Adsense Dalam Blog
- Isu Berkaitan Polisi Adsense dan Kandungan
- Cara Setting Unit-Unit Iklan Adsense Dalam Blog
Semoga bermanfaat, dan jumpa anda di entri selanjutnya nanti.
wow.. terpegun saya baca... penerangan yg jelas baru saya paham... thanks HH. Allhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamTak cukup power lagilah blog saya sebab masih belum ada iklan Adsense
BalasPadamCukup lengkap dengan maklumat berkaitan iklan google adaense tak keluar di blog. Terima kasih bro HH.
BalasPadaminfo yg penting nih
BalasPadambaru je pasang adsense kat 1 blog lg
Baru faham.. kena kurgkan rojak dlm blog lepas ni...
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.