7 Sebab Berbaloi Memiliki Honor 7. Akhirnya, saya tewas dengan tawaran Huawei Honor 7 yang dijual online di Lazada Malaysia. Sebelum ini, saya memang mencari satu telefon pintar yang boleh menggantikan Asus Zenfone 6. Dah puas pegang telefon yang berskrin besar, kali ini saya mahukan sebuah telefon pintar yang benar pintar untuk kegunaan seharian. Honor 7, memang berbaloi saya miliki, dan saya akan berikan 7 sebab mengapa!

Saya sengaja memilih angka 7 untuk mencari tujuh kelebihan yang ada pada Honor 7, tapi sebenarnya Honor 7 mempunyai lebih daripada itu. Bersesuaian dengan tagline - "Your Unfair Advantage", Honor 7 bukanlah sebuah telefon pintar biasa dengan harga serendah RM1399.00 (harga rasmi).

7 Sebab Berbaloi Memiliki Honor 7

7 Sebab Berbaloi Memiliki Honor 7
Saya sudah menggunakan Honor 7 selama 2 bulan. Saya dapatkan Honor 7 ini semasa kemeriahan #MyCyberSale Lazada pada bulan September - Oktober 2015. Dan selama saya menggunakan telefon flagship terbaru Huawei ini, secara amnya saya sangat berpuas-hati dengan prestasi yang diberikan.

Ok. Saya berikan 7 sebab mengapa Honor 7 berbaloi untuk dimiliki.

Rekabentuk Premium

Saya suka pada rekabentuk Honor 7 yang kelihatan eksklusif dan premium. Casing luarannya nampak elegan dengan bahan berasaskan aluminium aloi (metal) depan dan belakang. Berbeza dengan telefon pintar yang saya miliki sebelum ini, kebanyakkan semuanya dari bahan plastik. Ada skrin paparan 1080p HD berukuran 5.2 inci. Saya suka dengan rekaan yang tidak nampak petak, ada curve pada sudut sisi telefon ini.

Pemproses dan Memori

Sebelum saya membuat keputusan untuk membeli, saya cuba semak dan dapatkan info berkenaan pemproses HiSilicon Kirin 935 Octa-Core 2.2Ghz yang ada pada Honor 7. Setakat apa yang saya baca, semuanya memberikan review yang bagus mengenai pemproses ini. Apatah lagi Honor 7 didatangkan dengan memori 16GB ROM dan 3GB RAM. Saya pula obses dengan RAM..haha.
7 Sebab Berbaloi Memiliki Honor 7

Dwi-SIM 4G LTE dan Slot Memori

Antara sebab saya pilih Honor 7 kerana ia menyokong 4G LTE, apatah lagi saya sedang menggunakan Postpaid Digi 4G LTE yang memberikan 3GB pelan data setiap bulan. Dan telefon ini menyokong dua sim 4G LTE serentak! Kemudian ada slot memori microSD yang membolehkan saya menambah memori telefon jika perlu sehingga 128GB.

Kamera 20 MP

Honor 7 ada kamera utama dengan 20 megapixels (5152 x 3888 pixels) f/2.0 .... memang sangat saya suka.  Kamera yang digunakan pula adalah menggunakan lensa Sony IMX230 sensor Exmor RS, dilindungi oleh kaca sapphire untuk ketahanan. Ada dual flash untuk kebolehan ambil gambar dalam keadaan kekurangan cahaya. Kamera depan pula dengan 8 megapixels beserta flash yang sudah cukup baik untuk gambar selfie. Menariknya, fungi kamera f/2.0 didatangkan dengan phase detecttion autofokus, menjadikan gambar yang diambil nampak tajam dan real. Oh ya, ada kebolehan mengambil gambar secara panorama untuk kedua-dua kamera depan belakang .. itu awesome bagi saya.

Sensor Fingerprint

Fuh .. yang ni paling best. Saya suka feature ini yang menjadikan ia sangat istimewa. Saya enjoy menggunakan sensor fingerprint yang ada pada telefon ini. Tak perlu lagi masukkan kod laluan yang kadangkala terlupa. Ia meningkatkan sekuriti telefon, selain memudahkan saya untuk navigasi menu yang ada dalam telefon ini. Saya boleh jawab panggilan tanpa buka cover telefon gitu .. huhu... dan ia sangat pantas, sekali jari diletakkan di sensor tersedia di bahagian belakang, dalam masa kurang 0.05 saat .. ia memberikan respon.

Lazada Malaysia

Bateri Tahan Lama

Honor 7 dilengkapi dengan bateri 3100 mAh yang boleh bertahan sehingga 2 hari tanpa mengecas. Dan Honor 7 ada kebolehan mengecas dengan pantas. Bateri boleh dicas sehingga 50% dalam masa kurang 30 minit! Bateri yang tahan lama sangat penting buat mereka yang selalu berada di luar, dan bagi saya ia sangat bagus dengan kerja saya sebagai seorang blogger. Oh ya, ia ada smart-power yang boleh anda jimatkan lagi penggunaan bateri untuk masa-masa kecemasan.

Harga Berbaloi

Antara sebab utama saya beli telefon ini, harga RM1399 boleh dianggap berbaloi dengan ciri-ciri yang ada pada telefon pintar Huawei Honor 7 ini. Dengan baucer yang ada di Lazada, saya beli dengan harga cuma RM1299 disamping free flip cover yang awesome.
Beli Honor 7 dari Lazada
Beli Honor 7 dari Lazada
Ok. Menarik? Tak berapa nak menarik ke? Haha .. ini pilihan saya, pilihan anda mungkin yang lain. Untuk spesfikasi penuh telefon ini, anda boleh jenguk di VMall Honor 7.

Sesetengah yang telah memiliki telefon ini mungkin ada sebab yang lain untuk menjadikan ia telefon pintar yang berbaloi dimiliki untuk tahun 2015. Saya dah ceritakan kisah saya, review ringkas mengenai telefon Huawei yang esklusif ini. Anda boleh membelinya secara online samada di VMall atau Lazada dan juga di pengedar yang sah Huawei.

Nak lihat gambar-gambar yang saya ambil menggunakan Honor 7 boleh ikuti instagram saya di pautan berikut - http://www.instagram.com/hasrulhassan



7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Kamera 20 MP - Wahh ini memang yang saya cari... tuan HH dah try gambar side mlm macam mana heh hasilnya... :)

    Sensor Fingerprint - Alamak..confirm org rumah RISAU bila sensor cenggini..apa kata cik puan HH plak.. :D

    Harga Berbaloi - Kalo rasa2 nak harga lejen kena pakai NOKIA 3310 laa... mana heh nak cari stok2 lejen macam nie tn HH?

    Pasni mesti tn HH terer snap gambar dari celah2 jek.. :D (Jgn fikir bukan2 heh tn HH)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada benda yang tak boleh cerita .. kah kah kah ... nanti saya share gambar dari kamera 20MP Honor 7 ni ...

      Padam
  2. belum nak tukar lagi..rasanya kali ni kalau tukar, iPhone terus kot

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Yer .. tu ciri yang paling power buat honor 7 ni .. rivals lain untuk tahun 2015 tak leh tandingi lagi

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement