Umat Islam memang digalakkan untuk berniaga. Ia merupakan 9 daripada 10 cabang untuk mencari rezeki. Keusahawanan adalah ilmu untuk berniaga. Dan seharusnya, ibu bapa seperti saya patut menggalakkan dan ajar anak mengenai keusahawanan. Kesempatan cuti sekolah yang agak panjang, saya cuba dedahkan dengan anak-anak mengenai ilmu asas berniaga ini.

Ajar Anak Erti Keusahawanan

Salah satu cara yang mudah dan meriangkan untuk anak-anak belajar mengenai keusahawan ialah dengan bermain Saidina. Ia merupakan board game yang terkenal di seluruh dunia - yang bezanya adalah nama permainan sahaja. Ada versi dinamakan Millionaire, Ali Baba, Billionaire, dan macam-macam lagi.
Bila sebut pasal Saidina ... ia merupakan permainan paling mahal pernah saya beli sewaktu zaman kanak-kanak. Saya beli gunakan duit tabungan sendiri. Segalanya gara-gara kawan saya yang telah menyebabkan saya addicted nak main permainan ni. Saya mulanya main permainan Millionaire - versi paling murah, boleh beli di kedai dengan harga RM2.50 (ketika itu). Memang seronok bermain permainan hartanah ni ... boleh tak berhenti apabila dah jadi kaya raya dengan property .. hahaha.

Menerusi permainan seperti ini, anak-anak boleh cuba untuk belajar menggunakan sumber kewangan dengan betul. Mereka belajar mengira, membeli, menjual, membina dan mematuhi peraturan. Malah, mereka belajar untuk mengawal emosi dan nafsu dalam permainan ini.
Emosi dikenakan penjara, emosi kena bayar sesuatu, nafsu untuk membeli sesuatu dengan modal wang yang terhad, serta nafsu untuk terus mengejar kekayaan dengan pemilikan harta. Jika ibu bapa dapat tanggani perkara tersebut dalam permainan yang sudah berusia lebih 50 tahun ini, mungkin anak-anak akan lebih mandiri dalam menguruskan kewangan sendiri kelak.

Terdapat sebuah hadis yang sering digunakan bagi menggalakkan masyarakat Islam menceburi bidang perniagaan. Hadis tersebut dicatatkan oleh Imam al Ghazali di dalam kitabnya yang terkenal, Ihya' 'Ulumiddin. Beliau pula hanya menukilkannya daripada kitab Qut Al Qulub oleh Abu Talib al Makki.

Hadisnya berbunyi :
عليكم بالتجارة فإن فيها تسعة اعشار الرزق
"Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan"

Cuba Jauhkan Permainan Moden Seketika - iPad, Console, PC Game

Anak-anak zaman sekarang, banyak yang habiskan masa dengan permainan visual menerusi iPad, tablet dan juga dalam telefon pintar; ini termasuklah juga dengan permainan komputer, permainan konsol seperti PlayStation dan XBox. Walhal ada banyak permainan lain yang lebih menarik, yang boleh disertai ramai orang .. termasuk ibu bapa.

Saya bukannya nak ban permainan moden, tetapi kadangkala permainan seperti itu melenyapkan daya komunikasi anak-anak. Sesekali, anak-anak perlu didedahkan dengan banyak permainan lain yang memungkinkan potensi diri untuk berkembang dengan lebih baik.

Tak gitu?


4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Dulu sy main dengan adik beradik sampai gaduh2..hahaha

    ReplyDelete
  2. Memang membangkitkan nostalgia.. Mase kecil dulu mak saya pantang nampak saya main bende tu, mase saya main milionaire sebab harga permainan tu murah dlm RM2.50 tak silap saya. Mak saya nampak saya main bende tu, dia ambil dan buang dlm tempat sampah. Punye laa tak suka tgok saya main bende tu disangkanya buang mase semata-mata.. Huhu.. Untong laa abg Hasrul sporting galakkan anak main permainan itu, tak macam saya mase zaman sekitar tahun 1999-2001 dulu.. Mmg dh nasib saya tak dapat family yg sporting mcm abg Hasrul dulu..

    ReplyDelete
  3. Kalau main Millionaire tu pulak anak-anak boleh perbaiki Bahasa Inggeris kan? Elok permainan ini..

    ReplyDelete
  4. Bagus didik anak-anak dengan cara ni. Tak ada boring sangat diorg nanti jika belajar macam ni. Sekali sekala rehatkan minda.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement