Agak mengejutkan. Tapi apa nak buat, peluang buat duit menerusi blog dan menerusi affiliate sudah semakin sukar. Dengan penutupan Ashadee.com, ini bermakna blogger serta internet marketer yang 'cari makan' dengan produk affiliate Ashadee.com perlu mencari alternatif lain.

Saya memang tidak menyangka bahawa perkara ini akan berlaku. Tetapi itulah kehendak pihak pengurusan Ashadee.com sendiri. Alhamdululillah, bersama Ashadee.com saya telah berjaya menjana income hampir RM10,000 sejak saya mendaftarkan diri bermula dengan Jomniaga.com.

Ashadee.com Tutup

Ashadee.com Tutup
Jadi, kepada mereka yang mungkin mahu terus menjana income menerusi affiliate, ada beberapa langkah yang perlu anda buat.
  • Hubungi pihak affiliate yang mengeluarkan produk, dan daftar sebagai affiliate terus dengan mereka. Anda bukan lagi menggunakan platform Ashadee.com, tetapi terus kepada sistem yang digunakan oleh pihak affiliate.
  • Daftar dengan platform affiliate lain, contohnya Klikjer.com, JVZoo.com, atau menjadi affiliate kepada beberapa pemilik produk yang mempunyai sistem affiliate dan komisen sendiri. Anda boleh mendaftar sebagai affiliate dengan Tim Infokerjaya, atau Perolehan Kerajaan, dan banyak lagi program affiliate yang bebas.

Mungkin akan ada yang kecewa dengan perkhabaran ini, tetapi dari sudut positif, ia sebenarnya menjadikan mereka yang terlibat untuk lebih fokus kepada teknik lain bagi menghasilkan income secara online.

Bagi saya, affiliate tetap medium yang bagus untuk menjana income secara online.

Saya ucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Ashadee.com kerana telah memberikan peluang jana income online selama ini menerusi affiliate. Saya secara personal, menyampaikan penghargaan kepada pengasas Ashadee.com (Jomniaga) iaitu saudara Gobala Krishnan yang telah perkenalkan medium ini kepada saya pada tahun 2009 dahulu.

Ashadee.com secara notifikasinya akan ditutup keseluruhan pada bulan Mac 2016. Jadi, kepada mereka yang terlibat, anda perlu fikirkan cara lain ... mungkin kembali kepada sistem lama sebelum adanya Ashadee.com..hoho.

Ashadee.com tutup; bukan bermakna tiada lagi peluang untuk buat duit menerusi program affiliate di Malaysia...huhuhu...

14 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terpaksa cari alternatif lain nampaknya. Mungkin guna Klikjer atau JDR

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu..saya buat affiliate bookcafe, sweet muslimah & klikjer. Alhamdulillah...

      Padam
  2. Wah big company macam nie pon close gak...lain macam jek bunyi... kena jual manual semula laa jawabnya...aisehhh

    p/s: HH rasa kenapa ya mereka close?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada cabang bisnes lain mnerusi Kredyle .. buat online course .. saya ada join .. ada affiliate dia gak... :)

      Padam
  3. Fuuuh... Maybe gobala bukak yang lain ke nanti

    BalasPadam
  4. tim infokerjaya masih ada untuk buat duit dengan affiliate :)

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum... bro HH,

    terima kasih bro informasi nie.. mungkin ada blogger yang tahu tahu lagi nie.

    mselim3

    BalasPadam
  6. Patutlah lately website ashadee asik down ajer.... dah nak tutup kedai rupanya... :(

    BalasPadam
  7. Perkara biasa..mana ada sesuatu yg di dunia ini sifatnya kekal..

    BalasPadam
  8. sedih pulak..baru je nak berjinak² dengan ashadee..takpelah kan, cari peluang yang lain :)

    BalasPadam
  9. Jika tutup macam ni. Kena cari cara lain pula.

    BalasPadam
  10. Bagaimana dengan link iklan ashadee yg ada pada blog dan posting. Adakah ianya akan jadi broken link?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer, jadi broken link ... kalau guna fungsi tagging/label ..senang nak buang post yang ada kaitan dengan ashadee ni.

      Padam
  11. Habis semua link jadi broken link lah lepas ni. Kena cari alternatif lain lah nanti.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement