Saya akan berikan anda blueprint ringkas mengenai apa yang boleh dilakukan oleh blogger untuk menjana income 4 angka secara konsisten setiap bulan. Setiap jalan dan kaedah jana income ini akan menghasilkan pendapatan yang berbeza untuk setiap blogger dan ianya bergantung kepada iltizam, keazaman, konsistensi, teknik, dan ilmu yang ada.
Bagaimana Blogger Dapat Income 4 Angka?
Seperti yang telah saya tulis di akhir tahun 2014, salah satu menjana income terutama secara online ialah dengan menulis blog. Ramai blogger yang berjaya menjana pendapatan yang baik menerusi blog, antaranya Redmummy, Beautifulnara, Ben Ashaari, Tiffinbiru.com, dan ramai lagi. Kebanyakkan kisah blogger berjaya menjana income menerusi blog telah saya ceritakan di dalam blog ini.Jadi, tiada apa yang mustahil untuk jana income 4 angka menerusi blog. Blogger memang ramai yang dah buktikan bahawa income 4 angka boleh diperoleh dengan minat yang mendalam dalam berblogging ini.
Bagaimana blogger jana income 4 angka?
Affiliate
Menerusi program affiliate, seorang blogger boleh jana income 4 angka menerusi pelbagai program affiliate percuma yang ada di internet, antaranya Klikjer.com, Ashadee.com, Amazon.com, affiliate Niche Kerjaya, Agoda.com, Lazada, Getrespond, JVZoo, malah ada platform pengiklanan seperti 8Share, H12, RevenueHits juga memberikan anda income menerusi program affiliate khas.Secara congak mudah, katakan contoh berikut:
- Affiliate Ashadee.com; anda jual 2 produk, komisen anda dapat ialah RM20 untuk setiap produk, jadi anda dapat RM40.
- Affiliate Klikjer.com; anda jual 4 produk, komisen anda dapat ialah RM15 setiap produk, jadi anda dapat income dalam RM60.
- Affiliate Niche Kerjaya; anda jual 50 produk, komisen anda dapat ialah RM10 setiap produk, jadi anda dapat pendapatan online dalam RM500.
- Affiliate dari komisen H12, anda dapat dalam USD20, anda peroleh RM84.
- Komisen affiliate Agoda.com, anda dapat USD5, anda peroleh RM21.
Jumlah semua adalah RM705.
[Baca] Cara Daftar Akaun Percuma Affiliate Klikjer.com
Program Platform Pengiklanan Percuma
Jana income menerusi platform pengiklanan percuma (daftar percuma) seperti Google Adsense, Geniee.com, Nuffnang.com, Innity.com, H12 dan macam-macam lagi. Anda boleh jana income dengan memohon untuk meletakkan iklan dari syarikat-syarikat ini di blog anda. Pendaftaran adalah percuma, namun incomenya adalah berbeza mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Ada syarikat bayar lebih daripada syarikat yang lain, ada pula syarikat yang berikan platform pengiklanan lebih baik dari syarikat yang lain - masing-masing ada kelebihan.Katakan, anda dapat income menerusi dua platform pengiklanan iaitu Google Adsense dan Innity.
- Adsense bayar anda mengikut performance blog anda dan jumlah klik - USD50 bersamaan dengan RM210 (kadar 1USD=RM4.2).
- Innity pula bayar anda sebanyak RM100.
Jumlah semua adalah RM310.
Nah .. hanya dengan dua cara iaitu affiliate dan juga platform pengiklanan percuma di blog, anda sudah dapat income 4 angka iaitu RM1015!
Itu anggaran kasar, mungkin kurang, mungkin lebih. Tetapi seperti saya katakan tadi, itu baru dua sumber income, anda ada pilihan lagi untuk jana income menerusi blog.
Advertorial
Bagi seorang blogger biasa, anda boleh mendapatkan income menerusi pengiklanan berbentuk review atau disebut sebagai advertorial setinggi RM50 bagi setiap post. Menerusi advertorial, anda perlu menulis sebuah blog post menceritakan mengenai produk atau bisnes orang lain di dalam blog anda. Harga RM50 bagi satu post adalah harga pengiklanan maksimum yang boleh saya fikirkan untuk seorang blogger baru yang ada blog dengan pageview sekitar 1000-1500 setiap bulan, dengan UV (unique visitor) sebanyak 500-700 setiap bulan. Seorang blogger boleh letakkan harga advertorial sehingga USD100 atau RM500 untuk setiap post yang diterbitkan, malah saya sendiri pernah menerima USD250 untuk satu post pengiklanan.Jadi, income dari blog sudah bertambah, RM1015 + RM450 = RM1465!
Pengiklanan Banner Berbayar
Di dalam blog anda, anda boleh letakkan satu sehingga 3 ruang untuk pengiklanan anda sendiri. Ruang ini boleh anda sewakan untuk pengiklanan. Pengiklanan sewaan khas ini anda boleh tetapkan harga dari setinggi RM500 sebulan sehingga ke RM30 sebulan. Harga ini boleh diselaraskan dengan kekuatan blog anda dari segi jumlah pengunjung, jumlah pembaca, jumlah follower, bilangan likes dan sebagainya.Katakan blog anda sediakan 2 ruang pengiklanan bebas ini iaitu dengan kadar RM100 untuk dipaparkan selama 30 hari. Dan ia ditempah oleh dua pengiklan berbeza, jadi secara amnya anda menerima RM200 untuk iklan berbentuk banner berbayar.
Sekarang, income menerusi blog anda sudah mencapai RM1465 + RM200 = RM1665!
Jadi bagaimana? Sudah cukup baguskan untuk sebuah blog yang dapat menjana income sebegini? Bagaimana kalau anda mempunyai 3 blog? Dan ketiga-tiga blog tersebut boleh menjana income seperti yang telah dicongakkan seperti di atas? RM1665 x 3 blog = RM4995!
Rasanya ia sudah cukup memadai untuk seseorang yang menulis blog, bekerja dari rumah .. tak gitu?
Itu baru 4 kaedah, anda boleh juga cuba menjual sesuatu yang anda suka menerusi blog anda. Contohnya kamera DSLR, kek, biskut, pakaian, alat solek dan macam-macam lagi.
[Fakta] Menulis blog adalah alternatif jana income hanya dari rumah, ketika anda kelapangan, mungkin di hari minggu. Dan ia boleh jadi sumberi income sampingan yang baik untuk mereka yang bekerja.
Ia Bukan Mustahil Dan Ia Seronok Dilakukan
Apa yang saya ceritakan di atas adalah secara kasar, bagi menunjukkan kepada anda bagaimana seorang blogger boleh dapat income sehingga 4 angka! Ia bukan mustahil.Paling best ialah anda dapat melakukannya dalam keadaan yang anda suka, kadangkala ada pengiklan bayar anda untuk pergi event, pergi melancong, pergi makan-makan dan in Sha Allah, semua ini ditanggung. Dah la ditanggung, anda pula dibayar untuk menulis di blog anda mengenai apa yang telah anda lakukan.
Dapat Penginapan Percuma, Ditanggung dan Dibayar
Tahukah anda bahawa saya pernah dibayar hanya untuk menginap di sebuah homestay? Orang lain dibayar untuk menginap, tetapi apa yang saya dapat ... penginapan percuma, lepas tu dapat bayaran kerana tinggal bersama keluarga sehari semalam..... tak ke awesome tu? Makan minum pula ditanggung oleh pemilik homestay ... uhh berbaloi-baloi. Dan saya terima pula ketika saya dan keluarga sedang bercuti ke satu tempat. See ... pergi bercuti pun boleh dapat income menerusi kerja sebagai blogger!Semuanya itu kerana pemilik homestay mahu ucapkan terima kasih kerana post review atau advertorial yang telah saya buat untuk homestay miliknya setahun sebelum itu.
Begitu juga dengan sebuah hotel 5 bintang. Pihak pentadbiran sedia berikan penginapan percuma untuk mana-mana destinasi percutian yang ada hotel milik rangkaian hotel berkenaan dek kerana iklan advertorial yang telah saya tulis penuh santai untuk pembaca blog saya. Dah la dapat penginapan 3 hari 2 malam percuma, dilayan bagai VIP .. dan kemudian dapat offer tambahan untuk buat review lain di hotel mereka yang lain di mana-mana sahaja.
Nampak best kan?
Tapi semua ini bukan mudah nak dapat. Untuk menjadi seorang blogger yang dapat jana income 4 angka dan merasai segala keistimewaan ini; seorang blogger haruslah berusaha dengan gigih. Anda memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 tahun untuk mencapainya.
Mahu Ikuti TheVocket dan SiakapKeli?
Jika mahu ekspress, boleh juga dilakukan, tetapi anda memerlukan effort lebih dari seorang blogger. Contoh mudah ialah blog SiakapKeli dan juga TheVocket. Dua blog tersebut berjaya jana income lebih dari 5-6 angka hasil kerjasama ramai blogger dalam sebuah blog. Jadi, dari masa 3 tahun yang saya katakan tadi, sebuah blog boleh jana income hebat dengan masa singkat andai kerjasama dapat dijalinkan.Apa yang diperlukan, seperti saya katakan di awal post ini adalah minat, iltizam, usaha, konsistensi dan juga ilmu. Ilmu adalah penting untuk berjaya ....
Kerana ilmulah saya berjaya jana income menerusi program affiliate percuma, kerana ilmulah blog saya boleh capai sejuta hits dalam masa 6 bulan, kerana ilmulah saya berjaya jana income USD menerusi blog.
Maka, carilah ilmu. Ilmu menjaga anda, dan anda menjaga ...... semua yag anda ada. In Sha Allah, dengan tidak lari dari tali agama Allah S.W.T. Anda ingat Allah, dan Allah akan menjaga segala apa yang anda ingin, mahu dan telah diperoleh.
p.s: Berminat nak dapatkan servis pengiklanan dari saya? hanya email ke blogger.hasrulhassan@gmail.com.
Terima kasih untuk artikle ini.
BalasPadamRasanya banyak lagi yang gua xbuat lagi. Mana tahu boleh cecah 5 angka sebulan.
Terima kasih kerana sudi ingatkan.
Bab ni PC menang masih belajar...setakat ini nuffnang yang baru menampakkan hasil walau pun berdikit dikit meningkatnya jumlah duit...terima kasih Bro HH..
BalasPadamwaaaaa!! untunggglaaaa... riban-riban daapat.. hihiihi.. thanksss for info abam blogger! =)
BalasPadamsahabat dari Indonesia berkunjung hehe :) semakin cantik rupanya blog ini.
BalasPadamPerkongsian yang sangat baik tuan. Terima kasih atas kesudian untuk berkongsi pengalaman dan ilmu tuan. Didoakan semoga dimurahkan rezeki.
BalasPadamsetuju sgt.. menyambil2 pun income ade.. zaman sekarang kalau ada kemahuan semuanya akan menjadi..
BalasPadamPerkongsian berguna ni Bro HH. Banyak kena belajar lagi saya nak dapat macam ni.
BalasPadamBlog Bro Hasrul Hassan pun ghamai buat rujukan.. :)
BalasPadamterima kasih noh :)
Jika usaha dan belajar insyallah boleh dapatkan.
BalasPadamJika dapat hasil macam ni kan seronok. Banyak boleh belajar dari tuan HH.
BalasPadamInsyaAllah..tapi menjadi blogger ni sangat perlu kepada kesabaran..memang boleh buat duit untuk blogger yang telah lama..tapi untuk yang baru nak berjinak-jinak buat blog..kene ada expectation yang betul..bukan bermakna start blog hari ini, minggu depan dah boleh jana 4 angka..em..mungkin ade..tapi dalam kebiasaannya perkara itu tidak berlaku..
BalasPadamSeperti tuan HH sudah berkecimpung dalam dunia blog lebih kurang 5 tahun..pasti sudah banyak perit jerih yang di lalui untuk mencapai kejayaan sekarang..perngorbanan masa..emosi..
Sekadar pendapat kecil dari saya :-)
Untuk bermula itu yang sukar kan hh.. :)
BalasPadamDan menjadi tinggal jaga elok2 jek...cuma mungkin nak beat mereka2 yang senior dalam dunia blogging sudah semestinya sukar tetapi tidak mustahil. Dan mungkin bleh jadikan blog sedikit selektif @ spesifik utk raih kelompok yang tertentu... pada saya laa begitu :)
Memang tidak dinafikan, sememangnya ramai individu boleh menjana income melalui blog. Tapi untuk berjaya dengan blog, ianya mengambil masa. Ini kerana blog perlu diupdate dengan konsisten dari segi kemaskini dan juga promosi.
BalasPadamDibahagian ini yang ramai akan kecundang.Kesimpulannya blog memang sebagai salah satu cara untuk menghasilkan pendapatan online, tetapi ianya tidak sesuai jika inginkan pendapatan dengan segera.
Ini pandangan saya.
Benda ni saya dah ulas dah dalam beberapa artikel awal ... kena fikir pada niat, sebenarnya income dari blog adalah bonus. Minat menulis itu penting, dan kena ada fahaman untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat pada semua.
PadamBaru tahu yang blogger dapat income sebanyak ini, terima kasih untuk perkongsian ini
BalasPadamJika rajin berusaha dan mencuba tentu boleh berjaya..
BalasPadamterima kasih tuan.
BalasPadamWah terbaiklah bro Hh. Thanks sbb sharekan.
BalasPadamNice sharing :)
BalasPadamBestnyer....jauh lagi kot..perjalanan nak sama traf dgn mrk yg berjaya...apa2 pun thks tuan hh..kerana kongsi mklumat ini...dn blh di jadikan panduan..
BalasPadamSalam.abg HH saya nak tanya pageview dgn unique visitor (uv) tu nak tengok dekat mana ye?
BalasPadamSalam.abg HH saya nak tanya pageview dgn unique visitor (uv) tu nak tengok dekat mana ye?
BalasPadamDi Google Analytics .. daftar sana, dan boleh tengok.
PadamBagi blogger baru dia pasti teruja.. Tapi nak jana tu sebenanrnya ambil masa..yg penting usaha tak putus... Di samping doa juga... Rezeki Allah tu luaskan.. Nak lebih income.. Infaq sedikit income kepada sesiapa sahaja... Nice sharing...
BalasPadamSaya amat kagum dengan kuasa/teknik Hasrul Hassan hasilkan, membuatkan saya terpukau dan telah membuka minda saya dengan luas sekali dalam dunia blogging. Pada saya bukan duit yang dikejar tetapi kepentingan tujuan. Bila sudah ada tujuan dan impian duit akan datang cuma kena ada teknik dan ilmu yang betul untuk menghasilkanya. Thanks for this awesome articles.
BalasPadamTerima kasih .. saya pun berguru dari mereka yang hebat dan telah berjaya dalam dunia blogging ni. Ramai lagi yang dah berjaya cuma mereka dok diam2 je ... tak kecoh macam saya ni .. hahaha
PadamPosting yang macam ni buat saya pumped up ni..
BalasPadamSaya sendiri hingga sekarang belum baru mencoba untuk menjadi publisher Adsense, tapi belum disetujui :D
BalasPadamSalam dari Indonesia
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.