Baru saya tahu bahawa daerah Banting popular dan terkenal dengan produk Kerepek. Itupun sebab saya ke Morib .. bercuti bersama keluarga; nampak banyak betul signboard kerepek ni. Dengarnya macam-macam kerepek ada dijual sekitar daerah Banting ni.

Semasa pulang dari Morib, saya sempatlah singgah kat satu tempat ni, nama kedai tersebut KerepekBanting.com. Kalau tak silap, lokasi dia berdekatan dengan pekan Kanchong Darat .. tepi jalan je. Saya tak pasti samada lokasi kedai kerepek ini adalah lokasi popular menjual kerepek Banting.

Banting Popular Dengan Kerepek

Banting Popular Dengan Kerepek
Saya masuk ke kedai KerepekBanting.com; hmmm .. tak banyak mana pun kerepek yang dijual. Saya pun acuh tak acuh je belek jenis-jenis kerepek yang ada. Sempatlah snap beberapa gambar, tapi tak berapa menarik sangat saya nak kongsikan kepada anda.

Kalau tengok pada harga kerepek yang dijual, saya rasa tak jauh beza pun dengan kerepek yang dijual di tempat saya. Tapi ntahlah, mungkin sebab rasa kerepek di Banting lebih sedap berbanding tempat lain.
Banting Popular Dengan Kerepek
Banting Popular Dengan Kerepek
Saya sempat beli 2 jenis kerepek yang dijual ... rasa .. hmmm uhh tak tahulah apa yang bezanya, rasa rangup, masin, semua ada - sama seperti kerepek yang pernah saya beli sebelum ini.

Cuma, ada satu produk yang menarik perhatian saya ... sebelum ini saya tak pernah tahu pun kewujudannya iaitu Air Cendawan Mekah. Walaupun saya fikir ianya rare, tetapi tak terdetik pula nak beli ... mungkin sebab harganya yang agak mahal.

Siapa yang tinggal di Banting? Boleh komen sikit tak keistimewaan kerepek Banting ni?


13 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Asalam sifu HH ..tak apa lambat laun dah maju banyaklah jualannya tu. HH dan bagi suport tu beli produk2 tempatan..nampak live wajah Sifu HH..terubat rindu..hehehe..senyum sikit baru lawa...

    BalasPadam
  2. ada satu kedai atau dipanggil rumah lebih sesuai yang menjual byk kerepek2 dan sentiasa ramai org...saya dah pergi lama dulu tak igt apa namanya...

    BalasPadam
  3. Titan duk Banting duk promote cendol jek, gua tatau la plak ada kerepek.ahahaa..

    BalasPadam
  4. Ko salah kedai. Cari kerepek house. Biasa orang atau pelancong gi sini. Depa tak pi tempat lain. Banyak kedai kerepek kt banting. Tapi yg terbaik..kerepek house punya kedai. So far..kedai ji kedai kerepek terbIk kat malaysia ni. Kedai lain..xsama rasa dia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohh ye ke .. haha ... nanti kalau aku ke sana lagi, aku cuba cari kerepek house ni. Ada niat nak repeat ke Morib ni, tak puas lepak RUmah Peranginan Perseketuan Morib .. :)

      Padam
  5. banting pun ade kedai kerepek? haha. aku cuma ingat cendol banting je.

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Bolehlah pergi, banyak tempat menarik di Banting ni sebenarnya.

      Padam
  7. Betul tu, kawan office saya suka bawa kerepek dari sini. Dia tolong kawan-kawan belikan kerepek masa nak raya. Tapi tak pernah pula tahu nama kedai apa yang best Bro HH.

    BalasPadam
  8. Pernah makan kerepek banting. Tapi tak tahu dari kedai mana.

    BalasPadam
  9. best juga kalau boleh pi beli sana terus ya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement