Cuti sekolah, inilah masa untuk bawa anak-anak pergi bercuti ke tempat menarik yang ada di Malaysia. Dan baru-baru ini, saya dan anak-anak berkesempatan holiday getaway dengan bercuti menaiki tren ETS Gold Ekspress dari Parit Buntar ke KL Sentral. Perjalanan dari Parit Buntar ke KL mengambil masa lebih kurang 4 jam.

Fuh. Tren ETS Gold memang laju. Semasa saya dan anak-anak menaiki tren ini, kelajuan maksimum yang dicapai adalah 142km/jam. Perjalanan pun agak selesa sebab tak perlu nak fikir pasal kesesakan, apatah lagi pasal tol dan minyak jika naik kenderaan sendiri. Dah tu ... boleh lepak-lepak dengan pramugari, dan makan-makan di cafe.

Bercuti Naik ETS Gold Ekspress

Bercuti Naik ETS Gold Ekspress
Bercuti Naik ETS Gold Ekspress
Anak-anak saya nampaknya selesa dan seronok naik ETS ni. Mereka boleh layan permandangan di sepanjang perjalanan, dan boleh tengok movie yang disediakan. Masa kami naik tu, ETS sedang tayangkan filem Harry Potter. Walaupun filem tanpa suara - hanya sarikata, seronok juga layan time tak ada menarik nak dipandang kiri dan kanan .. haha.

Tambang Berpatutan

Tambang ETS dari Parit Buntar ke KL Sentral untuk dewasa adalah RM55 sehala, dan bagi kanak-kanak ialah RM33 sehala. Saya ambil 3 tiket, dan saya minta pada jurukaunter untuk berikan saya seat yang satu baris, jadi tidaklah terpisah dengan anak-anak.
Bercuti Naik ETS Gold Ekspress
Bercuti Naik ETS Gold Ekspress
Seat ETS Gold agak selesa. Anda boleh laras 45 darjah kalau ingin melelapkan mata. Syor saya, sila bawa penutup mata kalau nak tidur dalam ETS ni, sebab suasana adalah terang benderang. Kalau naik waktu malam pun sama, lampu tren akan terang benderang .. hoho.

[Tips] Bawa selimut atau penutup mata untuk lebih selesa - sebab ETS sejuk, dan terang benderang.

Sebelum ni, saya tempah tiket perjalanan ETS gunakan sistem online, tetapi saya dapat tahu kadangkala sistem ada masalah, jadi saya tempah terus di kaunter tiket KTM. Kadangkala dalam sistem online kata dah penuh, tetapi bila pergi ke kaunter, tiket ada lagi ... hoho... tips ni boleh anda ikut kalau nak cari tiket ETS saat akhir .. terus je ke kaunter tiket KTM ehh.
Bercuti Naik ETS Gold Ekspress
Cafe dalam tren ETS
Dalam tren ETS, anda boleh beli makan minum di tren nombor 4. Di tren nombor 4, ada cafe .. dan di situlah selalunya pramugari tren ETS lepak santai sambil sembang-sembang ... kalau anda jenis muka tak malu macam saya ni, bolehlah mengelenya dengan pramugari-pramugari yang cantik dalam tren ETS Gold. Uhh .. siap berkebaya kuning weihhh .. haha.

[Baca] Harga Tiket Tren ETS Ekspress

Bercuti dengan menaiki ETS Gold Ekspress memang menyenangkan. Kalau ada kesempatan, kami mungkin akan naik lagi, dan kali ini untuk perjalanan lebih jauh ke selatan ... ke Gemas atau Tampin pula.

Cubalah. Berikan pengalaman baru kepada anak-anak anda dengan menaiki tren ETS ni. Jika dari arah utara, bolehlah merasa masuk terowong terpanjang di Asia Tenggara ... :)


6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. okey lepas ni nak naik train balik kampung..Parit buntar ada Nibong tebal pun ada kan..maybe cuti raya cina ni la kot..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tengok tren apa, bukan semua tren akan berhenti di Parit Buntar, apatah lagi Nibong Tebal.

      ETS Gold tidak berhenti di Nibong Tebal. :)

      Delete
  2. wow... bestnya HH nampak selesa sgt... anak2 mesti seronok kan... sy baru jer tgk ets ni lalu dr alor setar,,, berdezup laju...

    ReplyDelete
  3. Tahniah ya HH dapat bersiaran bersama anak2..ada drop komen hari tu. Mybe line tak power . Mohin maaf selalu komen ya..niat saya baik menyokong sesama blogger.

    ReplyDelete
  4. Menarik juga naik ETS macam ni. Bawa anak-anak berjalan memang seronok.

    ReplyDelete
  5. Harganya boleh tahan juga. Cuma seronok naik ETS sebab boleh berjalan dengan selesa di dalamnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement