Jadi, seandainya anda menerima email amaran daripada Adsense, silalah lakukan 'pembetulan' atau langkah-langkah perlu agar akaun Adsense anda tidak dibanned atau dibatalkan oleh mereka. Saya pernah merasa iklan Adsense di blog kena banned beberapa kali, dan cara untuk kembalikan iklan Adsense dalam blog adalah menerusi permohonan rayuan. Ia bukan mudah untuk dilakukan, dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan... percayalah!
Entri Tidak Comply Polisi Adsense
Saya kongsikan kepada anda email dari Adsense berkaitan entri tidak comply polisi Adsense yang telah saya terima, dan saya berikan juga tips untuk selesaikan masalah ini dengan mudah.Sekali pandang, tak nampak apa pun salah ... tajuk pun - "Dia Ceritakan Pengalaman Malam Pertamanya". Malah, tak ada perkataan yang salah pun dalam URL link entri tersebut.
Ia dijelaskan oleh Adsense bahawa kandungan entri tersebut ada ciri-ciri yang melanggar polisi seperti dinyatakan iaitu:
- nudity or strategically covered nudity
- sheer or see-through clothing
- lewd or provocative poses
- sexual activities
- sexual fetishes (ie foot fetish content)
- crude or indecent language (ie erotic stories, adult comment spam in postings)
- sexual performance tips or advice
- adult toys or products
- ads or links to external sites containing adult content
- adult links and/or adult keywords within the meta data in the source code of your site
Adsense tidak akan sewenang-wenangnya banned akaun milik anda, atau sekat income blog menerusi pengiklanan Adsense. Malah, mereka menjaga ahli-ahli dan pemilik akaun Adsense dengan sangat baik.
[Baca] Muat Turun Percuma Panduan Adsense untuk Blogger
Dalam email yang saya terima, Adsense juga memberikan jalan penyelesaian mudah dan ringkas untuk menyelesaikan masalah ini.
Berikut adalah kandungan sebahagian lagi email tersebut:
- If you received a notification in regard to page content, we request that you immediately remove Google ads from the violating pages. If you are unable to, or unsure of how to remove the ads from these pages, or would like to continue monetizing the page with Google ads, please modify or remove the violating content to meet our AdSense policies.
- If you received a notification in regards to the way ads are implemented on your site, please make the necessary changes to your implementation.
Sebelum ini, saya pernah ubah kandungan entri yang langgar polisi, tetapi tidak berjaya ... yang mengakibatkan iklan Adsense telah diberhentikan seketika di blog.
Maka, jika anda mempunyai akaun Adsense, lebih-lebih lagi baru sahaja mendapatkannya, pastikan entri-entri lama yang telah diterbitkan tidak langgar polisi Adsense. Pastikan juga anda baca setiap email yang dihantar oleh Google Adsense .. baca dengan teliti terhadap segala kemungkinan.
[Ads] Ketahui Bagaimana Nak Tingkatkan Income Adsense
Ramai yang tanya saya kenapa blog mereka iklan Adsense tidak keluar, walhal telah disahkan mempunyai akaun Adsense; antara sebabnya ialah kata kunci yang tidak memberikan impak untuk iklan keluar, dan tiada entri yang boleh menjurus iklan berkaitan dipaparkan.
Anda perlu faham bagaimana Adsense ini berfungsi. Ia penting untuk mendapat dan meningkatkan income blog menerusi Google Adsense ini.
ramai juga yang pakat nak buat fraud klik..:D
BalasPadamsy masih lum mula adsense.. lum cukop ilmu lagik... anyway thanks 4 info..
BalasPadamsaya juga ada dua tiga kali menerima warning sebegitu..just delete the article that effected.settle masalah.
BalasPadamAdsense ni memang kadang-kadang stirct melampau. Pada kita entry kita dah ok dah dengan syarat dia,tapi tetap terima teguran. Nak tak nak kita kena buat adjustment mana yang patut dengan entry tersebut untuk elakkan kena account kena ban. Dia durian, kita kan mentimun...
BalasPadamTajuk malam pertama bleh terus di caj nudity..wahh main kasar betul dierorg..pakai translate ker apa nie...mmg gila tak dapat acc & income dari adsense utk tak sakit jiwa layan karenah abanglong adsense nie.. :D
BalasPadamBlog sy kena disable terus tanpa warning mcmanana pula tu. Nasib baik acc masih aktif cuma sedih blog pula yg kena. Ada jln penyelesaian tak untuk aktif kan semula ads di blog? dah cuba appeal tp msh gagal
BalasPadambagaimana caranya biar mudah iterima google asense tuan ..ajarkanlah sedikit ilmunya
BalasPadamYa, saya sudah berbagi di dalam blog ini .. boleh dicarian
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.