Saya tidak mengikuti secara langsung konsert atau rancangan Gegar Vaganza ni. Bukan bererti saya tidak minat pada penyanyi-penyanyi lama yang telah mewarnai kehidupan zaman remaja saya tetapi disebabkan saya sendiri bukan pelanggan Astro.
Gegar Vaganza Berkontroveri Kerana Emosi
Di sebalik rancangan yang ada kebaikan ini, tidak dinafikan terdapat banyak kisah kontroversi yang wujud. Biasalah .. rancangan hiburan memang begitu ... if u can catch what i mean...heh. Rancangan ilmu pun kadang ada yang berkontroversi, inikan pula rancangan yang ada penglibatan peminat-peminat ..hoho. Ia rancangan melibatkan bukan sekadar bakat, tetapi juga emosi. Banyak kontroversi wujud pun adalah disebabkan emosi.
Kontroversi takkan wujud kalau emosi dikawal. Gegar Vaganza sebuah rancangan hiburan, jadi berhiburlah. Hmm patutlah ada orang yang tak begitu gemar rancangan seperti ini. Kalau dah sampai ada keluar maki hamun, keji mengeji, sampai sumpah seranah ... uhh .... aduhai.
Bukan itu sahaja, ada pula yang sanggup buat onar dengan sebarkan cerita-cerita dalam kain tentang peserta Gegar Vaganza ini, korek korek sampai cacing pun dah tak ada tempat nak berlindung. Come on lah .... tak perlu kot nak sebar kisah hitam ni.
Dari pengamatan saya yang bukan pelanggan Astro ni, saya lihat ramai yang bermain emosi dalam setiap isu yang tercetus. Perang di laman sosial seperti Facebook, dan Instagram dah jadi macam perkara biasa antara peminat-peminat rancangan Gegar Vaganza dan juga peminat artis yang terlibat.
Uhh ... kerana mulut badan binasa.
Ramai gunakan platform laman sosial untuk berbuat sesuatu yang tidak sepatutnya. Maka benarlah Dunia Sosial Maya - Tempat Menipu Menabur Fitnah
Baik gunakan ia untuk tujuan menyebar ilmu pengetahuan dan juga buat duit online .... huhuhu... lagipun 2016 bukan tahun yang bakal indah, tetapi perit dengan segala kenaikkan. Ehem .. apa kata potong je Astro tu .. jimat skit .. keh keh keh..
Risau pula membaca cerita ni..cukuplah tu kan HH tak payah lagi beremosi. Semua juara sebenarnya..
ReplyDeleteSebolehnya asingkan emosi...biarlah sekadar hiburan tetapi masih berbatas...
ReplyDeletesama la kita.Fida pun tak pernah langgan Astro..Kalau tengok dekat umah kak Ipar..tu pun rancangan kartun..mula tu teringin gak pasang..tapi bile fikirkan balik..better beli makanana lagi bagus..hahaha
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.