Saya suka memancing, ia merupakan hobi paling lama saya sejak kecil. Ikan pancingan pertama saya ialah ikan keli, hanya memancing di anak sungai depan rumah arwah Opah saya di Batu Gajah. 'Mana nak ditumpahkan kuah kalau tidak ke nasi', jadi hobi saya itu sekarang sudah menjadi hobi anak-anak. Masa cuti sekolah ini, saya ambil peluang untuk ajak anak-anak saya memancing. Dan memancing ikan Puyu adalah yang paling mudah.

Saya cukup seronok dapat habiskan masa bersama tiga orang anak saya ketika cuti sekolah. Aktiviti memancing Puyu memang aktiviti yang menyeronokkan untuk mereka yang sukakan hobi ni. Mana tidaknya, ikan Puyu mudah nak dipancing andai kena dengan cara dan umpan yang digunakan.

Memancing Puyu Bersama Anak-Anak Semasa Cuti Sekolah

Memancing Puyu Bersama Anak-Anak Semasa Cuti Sekolah
Anak-anak memang suka memancing ikan Puyu sebab ia hanya gunakan set memancing yang ringan, malah anda boleh buat joran pancing sendiri menggunakan kayu/rotan/buluh dan tali serta mata kail kecil. Ada benda-benda ini, anda dah boleh memancing ikan Puyu di kawasan yang merupakan habitat ikan ini.

Di tempat saya, Parit Buntar memang banyak kawasan sawah padi, ban, serta parit dan tali air. Ikan Puyu memang banyak di tempat-tempat sebegini. Anda hanya perlu lihat kawasan tersebut seandainya ada percikan kecil air di permukaan. Jika ada, maknanya adalah sekumpulan ikan Puyu sedang bermaharajalela di situ. Salah satu cara lain nak tahu ialah dengan lemparkan secebis roti atau biskut, andai ada yang dirembat .. maka ikan Puyu mungkin ada di kawasan tersebut.
Memancing Puyu Bersama Anak-Anak Semasa Cuti Sekolah

Memancing Perlu Kesabaran

Memancing ikan Puyu memerlukan kesabaran. Kadangkala di peringkat awal memancing ikan Puyu, umpan yang digunakan tidak disambar langsung oleh si ikan Puyu, tetapi apabila anda dah mula dapat menaikkan seekor, maka bersiap-sedialah untuk dapat lebih banyak ikan Puyu.

Teknik Memancing Ikan Puyu

Salah satu teknik untuk memancing ikan Puyu ialah dengan menggerakkan joran, jika anda menggunakan batang pancing atau joran dengan kekili, anda boleh gunakan teknik lempar tarik perlahan-lahan. Umpan yang sesuai digunakan samada cacing tanah atau cengkerik.

Saya dan anak-anak suka gunakan teknik pelampung untuk memancing ikan Puyu di kawasan parit dan tali air di tepian sawah. Hanya gunakan umpan cengkerik yang boleh dibeli di kedai pancing atau kedai haiwan. In Sha Allah, Puyu mudah dijerat dan dinaikkan dengan menggunakan mata kail bersaiz kecil.
Kalau ada masa, ajaklah anak-anak untuk memancing, ia satu hobi yang murah (ikut jenis ikan, dan tempat memancing). Ia adalah masa yang sangat baik untuk bersama menikmati keriangan dengan anak-anak terutama sekali apabila berjaya menaikkan ikan.


4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Best betul bawak anak-anak pergi memancing. Memang bonding time yang bagus jugak.

    BalasPadam
  2. HH pakai umpan apa heh..saya dulu mancing puyu suka pkai umpan ulat roti yang besar2 sket tue...

    Mata kail HH guna yg halus ker besar punya...

    p/s: Rasa macam dapat ikan JAWS jek walaupon yg naik ikan puyu kecik jek...kepuasan berjaya ikan sangkut pada mata kail hanya orang2 kaki pancing jek tau...KESABARAN? tak tahan panas jangan harap jd kaki pancing...pada saya laa... :D

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement