Kalau anda pergi ke Muzium Mainan (Toys Museum) di Penang, tentu akan melayan segala macam miniature dan permainan yang ada tersimpan di situ. Salah satu favourite saya ialah miniature watak dalam filem Star Wars. Filem ini filem epik, dan mempunyai kesan sendiri di dalam sejarah hidup saya.

Kepada generasi baru, mungkin tak berapa terkesan ... tetapi sebagai seorang bekas remaja yang pernah tergila-gilakan watak Jedi, Obi Wan Kenobi, Yoda dan Han Solo; kehadiran di Muzium Mainan Penang ini sedikit sebanyak imbau kenangan zaman lalu.

Oh ya, muzium yang telah lama wujud ini sudah bertukar nama kepada Toy Museum Heritage Garden

Miniature Star Wars

Tak pernah merasa memiliki mainan seperti ini di waktu zaman remaja, dapat melihat sendiri pelbagai watak, kapal angkasa, peralatan Star Wars dalam set miniature ini di muzium yang terletak di Teluk Bahang ini memang seronok. Bukan anak-anak sahaja dok teruja, saya sendiri yang dah jangkau 40an ini pun macam monyet mendapat bunga .. hahahaha...
Miniature Star Wars Toys Museum Penang
Miniature Star Wars Toys Museum Penang
Miniature Star Wars Toys Museum Penang
Miniature Star Wars Toys Museum Penang
Miniature Star Wars Toys Museum Penang
Miniature Star Wars Toys Museum Penang
Toy Museum Heritage Garden ini selalu akan menjadi antara destinasi pilihan bercuti weekend getaway saya bersama keluarga andai ke Pulau Pinang. Walaupun harga tiket agak mahal, tetapi saya fikir ia agak berbaloi dengan usaha bekas jurutera yang dah berusia lebih 50 tahun ini mengumpul segala macam permainan daripada filem dan watak popular animasi dan filem hebat seluruh dunia.

Sesekali ... berikan sedikit keseronokan buat anak-anak ... anda akan rasa best bila anak-anak ucap "Terima kasih abah ..." atau "Terima kasih mama .." huhu .. yelah, nak dibelikan mainan seperti itu .. tentu tak termampu, jadi dengan melawat muzium ini bolehlah jadikan alternatif buat anak-anak ketahui dan lihat mainan-mainan yang mereka idamkan.


3 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement