Waktu tahun 2010, saya blogger yang tak ada nama pun dalam dunia blog Malaysia. Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan blogger yang dah popular seperti Ben Ashaari, Denaihati, Redmummy, Beautifulnara, Shakiddo, Eyriqazz, Sohoque, AbangEnsem, Fatin Liyana, Dapur Tanpa Sempadan, Namee Roslan, BroFramestone, Mazidul Akmal, dan ramai lagi ... blog saya semakin dikenali.
Mudah Ke Nak Jadi Blogger Dikenali?
Pengiktirafan dari rakan blogger memberikan jolokan Pakar SEO Malaysia, Sifu Blogger, Otai Blogger dan Top Blog Malaysia menjadikan saya terharu dan dihargai. Dan tanpa diduga, blog saya juga mendapat perhatian dari rakan blogger Indonesia dan juga Thailand. Bukan mudah untuk menempatkan diri yang zero pengetahuan mengenai blogging kepada seorang yang dianggap sesetengah sebagai rujukan untuk blogger blogspot Malaysia. Banyak pengorbanan perlu dilakukan yang ada masa membuatkan air mata jantan saya mengalir di tengah malam .. huhuhu .. serius.[Baca] Jumlah Undian Top 10 Malaysia Best Blog 2015
Alhamdulillah, kini; ramai rakan blogger yang berjaya menjadi top blogger Malaysia, malah ada rakan blogger yang dulunya hanya 'anak murid' sekarang dah jadi antara top blogger dalam teknik SEO dan juga penulisan kreatif secara online. Saya kagum dan bangga dengan pencapaian mereka ini.
[Baca] 12 Nasihat Menjadi Blogger Berjaya
Statistik Blog
Sehingga ke post ini, blog telah berjaya menerima lebih daripada 15 juta pageviews, dan alhamdulillah, rezeki dari blogging juga bertambah dari tahun ke tahun. Ranking trafik Alexa juga masih kekal terbaik di bawah 600 (setakat Disember 2015) untuk kategori blog dan laman web Malaysia.Menerusi blog ini, saya telah menulis lebih daripada 10 ribu artikel dan lebih separuh berada di dalam enjin carian Google dan Google Malaysia. Namun, atas sebab-sebab tertentu; ada sebahagian artikel telah saya padamkan untuk menjaga sensitiviti pembaca, pengunjung dan juga pengikut tegar blog ini. Setakat ini, secara amnya; terdapat lebih 6000 artikel telah diterbitkan, dengan hampir kesemuanya sudah diindeks di halaman 1 - 5 enjin carian Google, dan lebih 1000 artikel telah diindeks di halaman carian Bing/Yahoo.
Bantu Usahawan Malaysia Dan Mereka Yang Mahu Jana Income Online
Sementelaah dengan kebolehan blog ini untuk menaikkan ranking blog dan laman web lain serta keupayaannya untuk indeks artikel di enjin carian Google; saya menerima banyak tempahan pengiklanan berbentuk advertorial serta review. Ramai usahawan online yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk menulis berkaitan produk dan servis mereka; malah ada di antaranya telah menjadi antara pelanggan tetap saya.Seronok menerima perkhabaran daripada pengiklan ... antaranya:
- Bantu tingkatkan likes fanpage
- Bantu perkenalkan produk dan servis
- Bantu promosi tawaran jualan produk
- Tingkatkan jualan produk secara online
[Info] Untuk pengiklanan, boleh hubungi saya di ruangan Contact
Menerusi blog ini juga, saya berkongsi ilmu berkaitan cara nak tingkatkan income dan pendapatan. Dengan cabaran kehidupan masa kini yang adakala melemaskan; saya dengan rela hati mencari sumber, berkenalan dengan mereka yang telah berjaya dan kemudian membuka peluang kepada pembaca dan pengunjung untuk mendapatkan ilmu bagaimana untuk memperkukuhkan ekonomi sedia ada.
Antara post yang mendapat perhatian adalah berkaitan cara buat duit dengan affiliate, peluang kerja sampingan Jobdirumah, teknik buat duit menerusi pelaburan saham, Teknik jana income menerusi hartanah dan macam-macam lagi.
Saya tidak pernah jemu untuk terus menulis dan mencari ilmu. Di saat isteri saya pergi untuk menyambung pendidikan sepenuh masa ke peringkat lebih tinggi, saya tetap kekal dengan blog serta anak-anak saya. Dalam situasi yang adakala sukar dan memenatkan, saya berusaha untuk berkongsi sesuatu yang bermanfaat di dalam blog ini. Allah itu Maha Tahu.
Sedih Dengan Kehilangan Rakan Blogger Buat Selamanya
Setelah lebih 5 tahun dikenali di dalam dunia blog Malaysia, saya juga berasa sedih kerana kehilangan beberapa kenalan blogger. Antara mereka adalah blogger yang sangat dikenali dan kehilangan mereka sedikit sebanyak beri impak yang menyedarkan diri bahawa blog perlu dijadikan jambatan ke arah kebaikan dan bukannya tempat untuk menjeratkan diri ke sesuatu yang boleh merugikan.In Sha Allah, tahun 2016 akan lebih baik dari sebelumnya. Dan hendaknya Allah S.W.T merahmati apa kebaikan yang dilakukan oleh blogger seperti saya dan anda ....
Niat perlu betul, dan lakukan dengan betul.
Tips Menjadi Blogger Dikenali
Sedikit tips untuk mudah menjadi blogger Malaysia yang dikenali:- Perlu sentiasa rendah diri
- Perlu sentiasa tingkatkan ilmu
- Berikan nilai kepada semua pembaca dan pengunjung blog
- Sentiasa bersyukur
- Sedekah
Semoga dimanfaatkan sebaiknya, in Sha Allah.
Terima kasih HH... semoga HH maju jaya dan dikenali di serata dunia... InsyaaAllah, Allah Ya Baari'...
BalasPadamTerima kasih Sheila kerana terus sudi menyokong blog ini.
Padam10K articles? jauhnyaaa lg perjalanan saiyaa..hohoho
BalasPadamye... masa awal berblog, saya sangat rajin update. Saya ikut nasihat blogger Ben Ashaari untuk rajin tulis entri baru. Ketika awalnya, saya boleh menulis dan terbitkan hampir 15 artikel setiap hari. Ini bermakna, sebulan boleh cecah 400 artikel!
Padam15 artikel sehari? wah...mesti ilham n idea datang mencurah2. nak jadikan inspirasi ni di tahun 2016
PadamTahniah dan syabas tuan. Saya doakan agar tuan terus lebih maju di tahun mendatang
BalasPadamTerima kasih. Saya harap akan ada kekuatan untuk terus menulis blog di tahun 2016.
Padamasalam HH..terbaik blogger malaysia..tips tu bagus..moga kita ke arah blog yang berinformasi untuk masyarakat 2016 dan sepanjang masa.amin
BalasPadamTahniah hasrulhassan anda menjadi rujukan saya untuk blog
BalasPadamTerima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan, moga segala ilmu yang telah dikongsi dapat dimanfaatkan sebaiknya.
PadamMencabarnya 15 artikel sehari .. lagi bnyk yg perlu saya belajar ..terima kaaih HH
BalasPadamTiada yang mudah untuk menggapai impian... Semoga HH terus melangkah maju di tahun 2016.
BalasPadamSalam tahun baru dan semoga HH sekeluarga beroleh kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan juga akhirat...
Terima kasih Bin Muhammad. Anda merupakan pembaca blog saya yang dihargai, terima kasih kerana terus menyokong.
PadamTerharu juga saya baca kisah HH, Saya dapat rasakan sesuatu kelainan di blog ini. Sesuatu yang melihat..
BalasPadamAllah itu maha melihat saya takut. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada Hasrul Hassan yang telah berkongsikan pelbagai cerita yang menarik. Dan selamat bersedia fasa tahun Baru 2016.
10K artikel...sesuatu diluar jangkauan untuk diri saya...
BalasPadam15juta pageviews....sesuatu yang nampak mustahil juga untuk diri saya...
posisi kekal 600 dalam rank alexa...terlalu sukar untuk dicapai untuk diri saya...
Terima kasih atas entri seperti ini. Semoga 2016 akan membuatkan tn HH lebih sukses...ameen
Salam tahun baru tuan.
BalasPadamBanyaknya entri yang diterbitkan. Blog saya sudah berumur setahun lebih, entri tak cecah 200 lagi hikhik.
Jika nak dibandingkan antara statistik blog tuan HH dan blog saya pastinya saya bagaikan mendongak kelangit..
BalasPadam10k artikel itu sesuatu yang luarbiasa..
15juta pageiew dalam 5 tahun..ohsem!
Semoga tuan HH akan terus berjaya dalam dunia blogging..dan doakan saya akan terus berjaya juga sepertimana tuan dalam dunia blogging..insyaAllah
alhamdulillah, terimakasih untuk kongsian pengalaman bro.
BalasPadamharap dapat menjadi seorang blogger yang memberi sumbangan kepada mereka yang mencari informasi, bukan kontroversi semata-mata.
jauh lagi perjalanan saya. nak nak pula baru bertuka niche. memang lagi banyak la nak kena buat lepasni hehe
Catat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.