Slurpee BYO Cup Day 7 Eleven. Benda dah lama berlaku. Tapi ia berlaku setiap tahun sebanyak 2 kali. Dan tahun 2015 ini, kami tak terlepas peluang ini. Yeah ... ia adalah Slurpee BYO Cup Day di 7 Eleven. Setiap tahun, pada 11 Julai dan 7 November, 7 Eleven seluruh dunia akan mengadakan promosi ini, iaitu Bring Your Own Cup (BYO) untuk menikmati Slurpee pada harga regular.

Menerusi BYO 7 Eleven, anda boleh menikmati sebanyak mana Slurpee yang anda mahu mengikut bekas yang anda bawa, dan hanya membayar dengan harga saiz regular Slurpee.
Slurpee BYO Cup Day 7 Eleven

Slurpee BYO Cup Day 7 Eleven

Tahun ini (2015), saya dan keluarga menggunakan jug besar untuk BYO, malangnya untuk BYO pada 7 November, ada had saiz yang ditetapkan, tidak seperti pada 11 Julai di mana tak ada spesifikasi khas untuk promosi ini. Apapun, bekas atau jug air yang kami bawa memang cukup besar dah .. dan sangat berbaloi-baloi kerana Slurpee dapat bertahan selama 3 hari selepas kami dapatkan di 7 Eleven Parit Buntar.

Hoho .. layan beberapa gambar yang sempat saya ambil sempena promosi BYO 7 Eleven ini. Uhh hanya mereka yang bermuka tembok je berani bawak bekas besar-besar...hahahaha..
Slurpee BYO Cup Day 7 Eleven
Slurpee BYO Cup Day 7 Eleven
Slurpee BYO Cup Day 7 Eleven
Slurpee BYO Cup Day 7 Eleven
Pada Julai, kami menikmati BYO sewaktu di kampung ... malah kami pergi dua kali round dengan bekas yang sama untuk kumpul Slurpee. Nasib baik kampung saya di Batu Gajah ada 2 kedai 7 Eleven ni .. jadi tak adalah yang perasan dok muka kami je .. haha. Tapi itu satu pengalaman menarik, dapat bergambar dengan staff 7 Eleven yang sangat sporting.

Dan setiap kali promosi BYO ini, pihak 7 Eleven ada kontest dan giveaway tertentu. Banyak juga hadiah yang ditawarkan, cuma tahun ni kami tak aktif nak masuk pertandingan ... hanya teruja dapat menikmati Slurpee dalam kuantiti yang banyak dengan membayar harga yang sangat berbaloi.

[Baca dan Lihat] Kegilaan Slurpee Rakyat Malaysia #BYOCUPMY

Tahun depan mungkin ada lagi. Kami dah ikuti BYO ini selama 2 tahun dah .... memang syok tengok pelanggan 7 Eleven bawa macam-macam bekas sendiri untuk membeli Slurpee ... dan pernah viral satu ketika dahulu, ada pelanggan gunakan periuk, payung dan tin biskut untuk 'menadah' Slurpee di 7 Eleven!

p.s: Slurpee tidak sesuai untuk diambil secara berlebihan dalam satu-satu masa, dan tidak sesuai untuk mereka yang ada penyakit Kencing Manis.


4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Fullamak...nampak ranggi laa brader HH...kena pakai cap aa baru nampak mcm brader ranggi metropolis... :P

    Macam rupa artis pon ada...bila gayakan dengan CAP nie... :)


    p/s: Sib baik bawak balik pakai jug applemint tue...kalo pakai topi besbol/topi2 lain lagi banyak rasanya.. :D

    ReplyDelete
  2. sebagai ex staf , sy x pnh minum slurpee lps jd staf 7e.. dan kbykn staf atau ex staf pun xkn minum.. ckup sy katakan ianya mengenai kebersihan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha .. saya tau je isu ni .. sama gak ngan Teh Tarik kedai Mamak .. apapun, selagi balik umah tak sakit perut .. maka saya berikan nota HIJAU lagi .. :)

      Delete
  3. tak pernah buat lagi ni.. selalunya terlepas tarikh..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement