Statistik blog untuk bulan November 2015 tidaklah begitu memberansangkan. Kalau ada sesiapa yang mahu buat perbandingan dengan statistik blog untuk tahun 2014, dan juga awal tahun 2015 blog ini, boleh rujuk pada bahagian Pengiklanan. Saya telah catatkan tanpa selindung statistik trafik blog ini - Sessions, Users dan Pageviews untuk anda semua nilai pencapaian dan kelebihan blog ini.

Statistik Blog November 2015

Statistik untuk bulan November 2015 jauh berbeza dengan statistik blog ini di awal tahun 2015. Ketika itu, saya boleh tersenyum dengan lebar apabila blog boleh mencapai trafik sehingga 600 ribu pageviews dalam masa sebulan. Tetapi, semenjak bulan Julai 2015, trafik blog semakin berkurang dan sudah semakin sukar untuk menerima 200K pageviews dalam sebulan.

Statistik Blog November 2015
Antara sebab mungkin kerana kurang entri yang menarik perhatian pengunjung. Dan saya sendiri akui, saya sudah kurang menulis seperti di awal tahun 2015, dan di tahun 2014.

Lagi satu sebab ialah kerana saya lebih menumpukan penulisan yang ada kaitan dengan #HouseHusband berbanding sebelum ini kepada #PanduanBlogger. Saya tahu ramai yang rujuk blog ini untuk mendapatkan tips berkaitan blogging terutama untuk newbie yang bermula dengan blogspot.

Walaupun saya tidak begitu menfokuskan kepada perkongsian ilmu berkaitan blogging, namun sesekali saya tulis juga dalam beberapa buah post semakin ulangkaji untuk diri sendiri. Yelah, saya pun kadangkala lupa teknik-teknik yang betul dalam blogging ni...hoho.

Tambahan lagi, saya mahu berikan peluang lebih luas untuk blogger lain yang lebih hebat untuk berkongsi berkaitan ilmu blogging yang semakin hari semakin mencabar terutama sekali dalam bab SEO (Search Engine Optimization). Saya tahu ramai blogger pakar SEO Malaysia yang mahu kongsi pelbagai teknik dan cara terbaik untuk membolehkan blogger Malaysia memanfaatkan enjin carian bagi mendapatkan trafik blog.

Trafik Blog Mengurang Tetapi Income Blog Bertambah

Statistik blog untuk bulan November 2015 nampak berkurang, tetapi dalam masa yang sama ... ia masih lagi mampu menjana income menerusi komisen affiliate dan juga tawaran-tawaran advertorial. Banyak entri yang saya tulis sekitar tahun 2013-2014 telah memberikan impak dalam jumlah komisen yang saya terima menerusi program affiliate.

Alhamdulillah, baru-baru ini saya berjaya meningkatkan income affiliate sehingga capai komisen 4 angka untuk satu produk (bukan pertama kali). Malah, saya berjaya menang hadiah berupa sebuah laptop dalam cabaran affiliate yang dianjurkan oleh Ashadee.com.

Pengajaran penting - trafik blog yang tertumpu adalah lebih baik daripada trafik blog yang hadirnya carca-merba, terutama sekali apabila anda mahukan blog anda menjana pendapatan yang sebenar.


15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terbaik. Banyak ilmu nak kena kaut nih. :)

    ReplyDelete
  2. banyak juga income bertambah, best juga tu

    ReplyDelete
  3. income bertambah itu yang juga salah satu inspirasi untuk terus bernyawa dalam dunia blogger..

    ReplyDelete
  4. Aamzing tahnia..bagi lah tips sifu HH...hehehe iya lah jika sudi..

    ReplyDelete
  5. tak dinafikan blog HH ada keunikan tersendiri berkat usaha inilah hasilnya yang sepatutnya..bersyukurlah dengan nikmat berblog sangat cemerlang ya..

    ReplyDelete
  6. Saya tahu kewujudan blog ini semasa saya mencari artikel berkaitan dengan SEO, Tips mengenai blogger.. Saya cukup kagum dengan gaya penulisan dan konsep cerita "Hasrul Hassan" #Nice

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Saya seronok apabila ada pembaca yang dapat manfaat dari blog ini ..

      Delete
  7. Tahniah Bro HH. Semakin bertambah kemajuannya.

    ReplyDelete
  8. HH dah 5 tahun buat blog ni..mcm2 cabaran dilalui..hari ni banyak ganjarannya..huhu

    ReplyDelete
  9. fuhh banyak tu pageview.apa rahsianye

    ReplyDelete
  10. fuhh banyak tu pageview.apa rahsianye

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement