Tips mendapatkan baucer diskaun Lazada. Anda dah masuk ke laman web Lazada? Tahukah anda bahawa Lazada membuat jualan Online Revolution dengan diskaun paling tinggi untuk tahun 2015? Ianya berlansung sejak 11 November 2015 yang lalu, dan bakal berakhir 12 Disember 2015. Namun, diskaun paling tinggi dan terbanyak akan hanya anda dapat mulai 10 - 12 Disember 2015.

Ok. Semua orang sukakan tawaran harga paling rendah, saya adalah salah seorang darinya. Walaupun Lazada dah berikan diskaun dan potongan, tapi saya nak juga lagi diskaun .. haha .. sifat manusia yang memang mahukan kelebihan lagi dan lagi. Dan tahukah anda, bahawa anda boleh dapatkan lebih diskaun tambahan menerusi baucer Lazada?

Tips Mendapatkan Baucer Diskaun di Lazada

Saya nak kongsikan sedikit tips untuk mendapatkan baucer dari Lazada ini. Anda boleh cuba untuk ikuti, mana tahu anda boleh dapat lebih banyak diskaun menerusi penggunaan baucer dari Lazada ini. Apa yang saya kongsikan ini adalah dari pengalaman saya shopping online di Lazada sejak tahun 2014 lagi. Dah banyak saya beli dari Lazada ni, termasuklah telefon Huawei Honor 7, powerbank Pineng, Kipas meja, cartridge untuk printer saya, penyapu elektrik untuk emak saya, dan beberapa jam tangan. Malah, saya pernah borong lebih daripada 5 barang dari Lazada untuk Hari Keluarga pejabat isteri saya.

Kerap Singgah Lazada Malaysia

Sering masuk atau singgah ke laman web Lazada Malaysia, paling tidak dua hingga tiga kali sehari; jangan beli apa-apa, hanya buat online window shopping dahulu. Anda akan terkejut apabila secara tiba-tiba Lazada memberikan baucer diskaun untuk 'paksa' anda beli barang yang telah anda tengok.

Sebagai tips tambahan, anda singgah ke Lazada Malaysia guna browser yang berbeza setiap hari atau setiap kali anda singgah. Pagi, masuk guna Crome, tengahari guna Internet Explorer, petang gunakan Firefox, dan malam cuba masuk guna Opera.

[Baca] Beli-Belah di Lazada, Bayar Guna C.O.D (Cash-on-Delivery)

Lazada kadangkala ada buat Flash Sale - jualan terhad dengan diskaun lebih banyak untuk produk-produk tertentu. Selalunya ia akan paparkan kod baucer Lazada khas untuk pembelian ini.

Daftar Akaun Lazada

Dapatkan akaun percuma anda di Lazada. Apabila anda masuk ke laman web Lazada Malaysia, login ke akaun anda. Anda mungkin akan diberikan diskaun khas sebagai pengunjung yang telah mempunyai akaun online di Lazada Malaysia. Anda mungkin mendapat diskaun tambahan sehingga 15% untuk produk atau barangan pertama dibeli dari Lazada.

Untuk dapatkan lebih banyak diskaun menerusi cara ini, buat banyak akaun bawah nama yang berbeza di Lazada.
Tips Mendapatkan Baucer Diskaun Lazada

Daftar Email Anda Dalam Mailing-List Lazada

Saya sering diberikan diskaun tambahan menerusi mailing-list Lazada, terutama sekali apabila saya jarang dah masuk ke laman web Lazada. Anda akan dikejutkan dengan baucer diskaun khas yang tidak diberikan kepada pelanggan lain. Ia adalah cara untuk Lazada mengajak anda untuk kembali shopping online di Lazada.

Muat Turun Aplikasi Lazada di Google Play

Ada sesetengah baucer diskaun hanya diberikan khas untuk pelanggan yang shopping online menggunakan aplikasi Lazada yang boleh anda muat-turun percuma di Google Play. Saya antara pelanggan Lazada yang banyak kali menggunakan aplikasi ini untuk shopping online.

Tips tambahan - shopping tengah malam menggunakan aplikasi ini, kadangkala ada baucer khas untuk shopping selepas jam 12 tengah malam. Dan seringlah buka aplikasi ini untuk melihat-lihat produk yang ada - jangan beli sehingga diberikan kod baucer diskaun untuk anda .. hehehe.
Tips Mendapatkan Baucer Diskaun Lazada
Tips Mendapatkan Baucer Diskaun Lazada

Sertai Kontest, Permainan, Soal Selidik Lazada

Kadangkala Lazada ada buat kontest dan permainan tertentu menerusi aplikasi mahupun di laman web Lazada. Rajinkan diri untuk menyertainya ... anda mungkin tak menang apa-apa, tetapi Lazada akan gunakan kekecewaan anda itu untuk terus shopping dengan berikan baucer diskaun saguhati khas.

Seperti Online Revolution 11-11 hingga 12-12 2015, ada permainan khas dinamakan Spin The Wheel. Terdapat diskaun khas serta baucer Lazada diberikan untuk mereka yang bertuah. Jadi, jangan ketinggalan untuk sertai ... mainlah banyak kali sampai dapat apa yang anda mahukan.

Jenguk Laman Sosial Lazada

Kita tahu Lazada menggerakkan promosi dari setiap sudut, dan salah satu sumber untuk Lazada mempromosi ialah menerusi Facebook rasmi Lazada. Jenguk sesekali FB Lazada, kerana ada ketika mereka akan berikan baucer khas untuk 'pengikut' mereka di situ.

Baucer Pembayaran Khas

Dalam Lazada, ada beberapa cara untuk anda bayar pembelian anda. Dan setiapnya ada kelebihan masing-masing. Jika anda pengguna kad kredit atau debit dari Maybank, CIMB dan juga HSBC; pastikan anda lihat tawaran-tawaran khas yang ada. Selalunya tawaran ini hanya dibuat untuk tempoh terhad, dan untuk hari-hari tertentu.
Tips Mendapatkan Baucer Diskaun Lazada
Seperti saya, yang memiliki akaun bank di Maybank dan CIMB, saya selalu shopping online pada setiap hari Khamis dan Jumaat, dan juga hujung minggu sebab ada tawaran khas untuk pelanggan kedua-dua bank ini di Lazada. Baucer diskaun tambahan selalunya akan diberikan ketika check-out apabila kita membayar dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Maybank dan CIMB.

Cubalah tips ini.

Setakat ini, pengalaman shopping di Lazada Malaysia adalah memuaskan. Walaupun ada produk yang dibeli agak lambat diterima khususnya produk yang diimport dari luar Malaysia, ia berbaloi dengan harga ditawarkan.

Saya dah beli dari produk yang sekecil yang ada - kad memori SDCard sehinggalah kepada produk yang bernilai lebih daripada RM1,000 di Lazada. Semuanya ok.

Oh ya, satu lagi tips tambahan untuk dapatkan baucer diskaun dari Lazada ....

Daftar menjadi affiliate di Lazada Malaysia. Kadangkala, pihak Lazada akan memberikan sedikit imbuhan dalam bentuk kod baucer khas yang khusus untuk mereka yang sering mempromosikan produk Lazada ini di blog mahupun laman sosial ... huhuhu...  kalau nak dapatkan lebih diskaun dan juga peluang untuk jana income bersama Lazada, bolehlah daftar percuma sebagai affiliate Lazada Malaysia.

Semoga artikel ini bermanfaat buat anda yang mahu tahu cara mendapatkan baucer diskaun Lazada.


Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement