Berdasarkan infografik yang diterbitkan oleh Referral Candy, cara-cara untuk menjual produk sehingga laris dan laku adalah menerusi kaedah kuno - mouth to mouth. Ia adalah teknik pemasaran yang sangat power tanpa memerlukan sebarang modal atau mungkin modal yang sangat kecil, malah ia sangat diyakini dan terbukti berkesan sehingga sekarang.
Cara Menjual Produk Sehingga Laris Tanpa Gunakan FB Ads
Menerusi infografik tersebut, ada 8 cara untuk melakukannya. Jika anda mahu menjadi usahawan yang berjaya maka ikuti tips ini. Jangan tamak, cuba praktiskan dulu 1 daripada 8 dan lihat kesannya terlebih dahulu. Buat sehingga berjaya!Hasilkan Produk Sangat Bagus
Hasilkan produk yang sangat bagus sehingga pelanggan memperkatakannya. Apabila mereka bercakap-cakap mengenai produk terbaik anda tanpa sebarang ganjaran, maka promosi akan jadi lebih berkesan. Produk anda mesti memberikan impak hebat dalam kehidupan mereka, contohnya sabun basuh yang boleh mengeluarkan kotoran tanpa anda perlu memberus .. :)Berikan Produk atau Servis Kepada Golongan Tertentu
Anda ada produk, maka cuba berikan kepada golongan tertentu yang mempunyai kuasa hebahan yang kuat. Untuk konteks ini, anda boleh berikan kepada blogger yang mempunyai ramai pengikut, dipercayai pembaca, dan ada pengaruh di media sosial. Apabila mereka menggunakannya dan mendapati bahawa produk anda sangat bagus, mereka pasti akan menceritakannya secara khusus, secara betul, ikhlas dan jujur.Memudahkan Cara Untuk Pelanggan Hebahkan Produk
Katakan anda anda satu produk, anda jual produk anda itu kepada seorang pelanggan, cuba anda berikan satu lagi produk yang sama secara percuma kepadanya andai dia memberikan anda pelanggan yang baru. Atau boleh juga membuat promosi beli satu percuma satu kepada rakan. Atau anda boleh letakkan alamat atau nombor telefon bisnes atau produk anda dalam pembungkusan produk.Fikirkan Cara Untuk Buat Pelanggan Rasa WOW
Anda kena fikirkan bagaimana untuk menjadikan anda satu produk yang boleh berikan rasa wow. Produk anda mungkin ada saingan, maka cuba berikan lebih supaya pelanggan nampak bahawa produk anda adalah lebih baik - dari segi pemasaran, dari segi after sales dan sebagainya. Cara paling mudah untuk dapatkan rasa wow pada pelanggan ialah bagaimana anda berinteraksi dengan mereka selepas mendapatkan produk anda. Ramai pelanggan akan rasa dihargai dan wow jika anda lakukan teknik ini.Selesaikan Satu Masalah Spesifik Pelanggan
Bukan semua orang ada masalah yang sama. Kadangkala kita nampak macam sama, tetapi berbeza. Seperti jerawat di muka, ada jenis-jenis jerawat; jadi cuba jadi spesifik. Apabila spesifik, sangat mudah untuk produk anda mendapat perhatian. Orang akan lebih membeli produk dan bercerita mengenainya andai ia merujuk kepada masalah spesifik pelanggan. Bezakan antara Sabun Merawat Jerawat dengan Sabun Merawat Jerawat Batu atau Sabun Memulihkan Jerawat.Memberikan Jawapan Yang Sebenar Kepada Pelanggan
Soalan pelanggan yang selalu akan keluar - "Produk Mana Satu Patut Aku Beli?". Anda patut mempunyai produk yang boleh memberikan 10 alasan spesifik untuk menjawab soalan pelanggan seperti ini. Berikan fakta tetapi jangan terlalu saintifik, kerana perkataan-perkataan yang berat boleh menakutkan pelanggan. Baik gunakan ayat dan perkataan yang mudah, ringan serta senang difahami.Jual Produk Kepada Seorang Pelanggan Terlebih Dahulu
Seth Godin memberi nasihat supaya jual produk kepada seorang pelanggan terlebih dahulu, dan pastikan pelanggan tersebut menggunakannya. Cari pelanggan yang benar-benar mempercayai kita, dan minta dia membeli. Dari seorang pembeli ini, anda akan dapat banyak input terutamanya berkaitan kebaikan, manfaat, penyelesaian masalah serta kelebihan produk.Buatkan Pelanggan Jatuh Cinta
Apabila pelanggan jatuh cinta dengan produk, serta sangat yakin dengan kebaikan, manfaat, serta kelebihan produk; kemungkinan dia akan beritahu kepada 10 rakan-rakan lain adalah lebih tinggi.Berhenti Jual Jika ...
Berhenti jual produk anda andai pelanggan pertama anda tidak memberikan input yang bagus. Cari produk lain untuk dijual, dan pastikan anda ikuti langkah-langkah tadi.- Produk yang sangat bagus.
- Strategi pemasaran yang unik.
Ilmu yang saya kongsikan ini adalah menerusi pembacaan hasil penulisan Aqif Azizan. Aqif Azizan merupakan seorang pakar copy-writing di Malaysia dan merupakan penulis kepada beberapa buku serta ebook berkaitan teknik pemasaran. Saya anggap beliau adalah guru terbaik dalam membantu blogger seperti saya menulis sehingga dapat income online sendiri.
Semoga bermanfaat.
Tips yang sangat berguna... idea2 dari sifu copywriting Malaysia nih ringkas, tetapi kita jarang terfikir. Kådäng-kadang ia berada disekeliling kita jer... bezannya tuan aqif azizan ni kerjaya mengolak dalam bentuk yang mudah faham... dah banyak ebook dia dibeli bermula masa dia berkolaborasi dengan majalah niaga lagi...
BalasPadamTerbaiklah...setuju...dari mulut ke telinga..hati terpikat..mesti membeli kerana mahu mencuba..
BalasPadamsetuju, offline marketing kadangkala lebih powerful
BalasPadampernah belajar dgn dao dulu kaedah marketing offline paling best
BalasPadamsaya jual produk orang. Tapi alhamdulillah.. ada la jugak hasil.
BalasPadamTerima kasih bro HH
BalasPadamhemmmm benci lah...saya tak pernh pun berhasil dalm IM ni..entah apa yang silap..sendih nyer...
BalasPadamSalam tuan... bagaimana sy nak masukkan iklan di web tuan dan brp harga nya?
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.