Saya sebagai salah seorang pengguna perkhidmatan tren KTM amat gembira dengan apa yang telah dilakukan oleh pihak KTM untuk servis Komuter yang ditambahbaik ini. Dengan penambahbaikkan ini, laluan ke utara dari Padang Rengas sehingga ke Padang Besar kini lebih banyak dan lebih kerap dari sebelumnya.
Jadual Perjalanan KTM Komuter Utara Terkini Mulai 18 November 2017
Untuk itu, saya kongsikan jadual terkini perjalanan KTM Komuter sektor utara - yang merangkumi penambahbaikkan yang telah dilakukan. Jadual terbaru ini berkuat-kuasa mulai 18 November 2017. Ia merupakan jadual terkini tren komuter untuk tahun 2018 bagi tren-tren komuter sektor utara melibatkan Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.Jika jadual di atas tidak berapa jelas, anda boleh klik pada imej berkenaan, atau muat turun menerusi pautan disediakan di sini - http://lynk.my/xn55cZ (sila tunggu 5 saat untuk paparan)
[post_ads]
Anda juga boleh berpandukan pada paparan di bawah. Jika mahu cetak, klik pada kekotak hujung tu, 'save-as' atau terus sahaja 'print'.
Ok. Itu adalah panduan untuk para penumpang tren KTM Komuter zon atau arah utara. Manakala di bawah ini adalah pautan terkini untuk peroleh jadual tren Komuter terkini untuk zon lain.
- Batu Caves - Pulau Sebang (Tampin) (Isnin - Jumaat / Monday - Friday)
- Batu Caves - Pulau Sebang (Tampin) (Sabtu, Ahad, Cuti Umum / Saturday, Sunday, Public Holiday)
- Pulau Sebang (Tampin) - Batu Caves (Sabtu, Ahad, Cuti Umum / Saturday, Sunday, Public Holiday)
- Pulau Sebang (Tampin) - Batu Caves (Isnin - Jumaat / Monday - Friday)
- Pelabuhan Klang - Tanjung Malim (Isnin - Jumaat / Monday - Friday)
- Pelabuhan Klang - Tanjung Malim (Sabtu, Ahad, Cuti Umum / Saturday, Sunday, Public Holiday)
- Tanjung Malim - Pelabuhan Klang (Sabtu, Ahad, Cuti Umum / Saturday, Sunday, Public Holiday)
- Tanjung Malim - Pelabuhan Klang (Isnin - Jumaat / Monday - Friday)
Memang memberikan impak yang besar buat mereka yang memikirkan mengenai perjalanan yang selesa serta menjimatkan. Andai ada kenduri kendara, atau mungkin nak bershopping di Padang Besar; sudah ada kemudahan yang sebegini yang patut diambil perhatian.
Saya harap perkongsian ini dapat dimanfaatkan, dan mungkin boleh dijadikan rujukan anda untuk pergi bercuti ke utara dengan menaiki tren KTM, atau sebagai pengangkutan utama untuk mana-mana destinasi menarik di utara .... :)
Untuk kadar tambang servis KTM Komuter arah Utara ini, anda boleh rujuk entri ini - Kadar Tambang KTM Komuter Sektor Utara
Semoga bermanfaat, dan kongsikan dengan rakan anda yang lain ..
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.