Di Parit Buntar, dah menjadi satu trend pula ramai yang sukakan minuman air ais gelas besar ini. Jika dulu, ramai yang ketagih air ais blended, tapi sekarang ... air yang dibancuh dan diletakkan dengan ketulan ais kecil-kecil pula menjadi antara minuman popular dan diminati ramai.
Ketagihan Air Ais Gelas Besar Border's Tea
Ada dua kedai popular di Parit Buntar yang menjual air ais gelas besar, salah satunya ialah Border's Tea yang terletak bersebelahan dengan Restoran Sri Dayang. Restoren Sri Dayang pula popular dengan Mee Udangnya. Saya ada ceritakan akan keistimewaan restoran Sri Dayang di sini - Mee Bandung Udang Seri DayangSaya suka menu minuman yang ada di Border's Tea. Rasanya lebih aroma, lebih kaw-kaw gitu. Walaupun pilihannya tidak banyak, tetapi saya sukakan rasanya yang kurang manis daripada satu lagi kedai yang jual air ais gelas besar ini iaitu Cafe Rhonda yang terletak berdekatan Hotel Melor Inn, Parit Buntar.
Kalau anda tinggal berdekatan dengan Parit Buntar, bolehlah mencuba kesedapan rasa kopi yang ada di Border's Tea. Satu kopi ais gelas besar dari Border's Tea - boleh buat anda rasa segar semalaman, terutama untuk saya yang bekerja dari rumah sebagai blogger sepenuh masa ... fuh .. leh tak tidur sampai jam 3 pagi dibuatnya!
Pernah rasa Border's Tea? Apa komen anda?
mesti puas minum ni Bro HH..hihihi..tengok kuantitinya tu..amboi...
ReplyDeleteFuh .. leh tahan dua hari ooo .. :)
DeleteSuka minum teh hijau ^^
ReplyDeleteBagus untuk kesihatan tu. Anti oksida.
DeleteSuka suka..:)
ReplyDeletetrending kan air cup besau2 ni.... ketagihan juga kat sini :P
ReplyDeleteHmm dulu guna gelas besar, trending gak sekitar Pantai Timur .. skrang guna cup besar plastik .. siap ada logo .. :) rasanya idea lama diberikan sentuhan baru.
Deleteuishhhhh,,, sedapp sedapp
ReplyDeleteMemang sedap. :)
Deletesalam singgah sini.. memang suka borders tea terutama green tea
ReplyDeleteHmmm saya suka Border's Tea sebb tak terlalu manis.
Deletetak pernah cuba, boleh try nanti nih!
ReplyDeletememang best..
ReplyDeleteTengok pun dah teliur..
ReplyDeletememang besar sgt tu HH.. Alycia suka ;)
ReplyDeletedah jadi fenomena pula air gelas besar sekarang nie...
ReplyDeleteuih.... baru perasan laaaa blog YB masuk senarai Bloglist 2016...
ReplyDeleteTerima kasih banyak3. Semoga terus sukses
kekadang tu mmg layan juga, anak2 pun suka
ReplyDeleteMacam sedap aje. Nak cuba nanti Bro HH.
ReplyDeleteSekarang trend kopi ais..mana-mana ada orang jual kopi ais, dulu air jambu.
ReplyDeleteBila bro cakap pasal Border's Tea, teringat kat Saujana Utama ni pun ada, since dah dapat recommendation dari Bro, boleh la menyinggah.
sejak Borders Tea bukak kat Parit Buntar memang tak pegi sberang jaya dah..
ReplyDeletedlu smata2 nak BT ni pegi smpai tg tokong..
ehehhe
yogurt peach saaaatu..
sedapnyeee.....mengundang aje pepagi ni
ReplyDeleteada member aku bukak satu kedai kat SP rasanya..bila tah nak merasa teh ni
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.