Gara-gara isteri dan anak-anak sukakan air gelas besar, akhirnya saya juga turut terjebak. Mula tu risau nak minum air ais gelas besar ni, disebabkan kemanisannya yang agak melampau bagi saya, tapi setelah mencuba minuman kopi Latte, Cappuchino, Mocha, Hazelnut Coffee ... akhirnya saya jadi ketagihan dengan air ais gelas besar ini.

Di Parit Buntar, dah menjadi satu trend pula ramai yang sukakan minuman air ais gelas besar ini. Jika dulu, ramai yang ketagih air ais blended, tapi sekarang ... air yang dibancuh dan diletakkan dengan ketulan ais kecil-kecil pula menjadi antara minuman popular dan diminati ramai.

Ketagihan Air Ais Gelas Besar Border's Tea

Ada dua kedai popular di Parit Buntar yang menjual air ais gelas besar, salah satunya ialah Border's Tea yang terletak bersebelahan dengan Restoran Sri Dayang. Restoren Sri Dayang pula popular dengan Mee Udangnya. Saya ada ceritakan akan keistimewaan restoran Sri Dayang di sini - Mee Bandung Udang Seri Dayang
Ketagihan Air Ais Gelas Besar The Borders
Kalau pekena Mee Udang di Restoran Sri Dayang panas-panas, memang sesuailah 'dikahwinkan' dengan minuman gelas besar dari Border's Tea. Fuhhh ...  Kadangkala, saya akan ke sini selepas melakukan rawatan bekam moden di Pusat Rawatan Darul Bekam ... dah buang segala angin dan darah kotor, memang menyegarkan dengan segelas kopi Cappuchino, atau Mocha dari The Borders ni.

Saya suka menu minuman yang ada di Border's Tea. Rasanya lebih aroma, lebih kaw-kaw gitu. Walaupun pilihannya tidak banyak, tetapi saya sukakan rasanya yang kurang manis daripada satu lagi kedai yang jual air ais gelas besar ini iaitu Cafe Rhonda yang terletak berdekatan Hotel Melor Inn, Parit Buntar.

Kalau anda tinggal berdekatan dengan Parit Buntar, bolehlah mencuba kesedapan rasa kopi yang ada di Border's Tea. Satu kopi ais gelas besar dari Border's Tea - boleh buat anda rasa segar semalaman, terutama untuk saya yang bekerja dari rumah sebagai blogger sepenuh masa ... fuh .. leh tak tidur sampai jam 3 pagi dibuatnya!

Pernah rasa Border's Tea? Apa komen anda?



23 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mesti puas minum ni Bro HH..hihihi..tengok kuantitinya tu..amboi...

    BalasPadam
  2. trending kan air cup besau2 ni.... ketagihan juga kat sini :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm dulu guna gelas besar, trending gak sekitar Pantai Timur .. skrang guna cup besar plastik .. siap ada logo .. :) rasanya idea lama diberikan sentuhan baru.

      Padam
  3. salam singgah sini.. memang suka borders tea terutama green tea

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmmm saya suka Border's Tea sebb tak terlalu manis.

      Padam
  4. tak pernah cuba, boleh try nanti nih!

    BalasPadam
  5. memang besar sgt tu HH.. Alycia suka ;)

    BalasPadam
  6. dah jadi fenomena pula air gelas besar sekarang nie...

    BalasPadam
  7. uih.... baru perasan laaaa blog YB masuk senarai Bloglist 2016...
    Terima kasih banyak3. Semoga terus sukses

    BalasPadam
  8. kekadang tu mmg layan juga, anak2 pun suka

    BalasPadam
  9. Sekarang trend kopi ais..mana-mana ada orang jual kopi ais, dulu air jambu.
    Bila bro cakap pasal Border's Tea, teringat kat Saujana Utama ni pun ada, since dah dapat recommendation dari Bro, boleh la menyinggah.

    BalasPadam
  10. sejak Borders Tea bukak kat Parit Buntar memang tak pegi sberang jaya dah..
    dlu smata2 nak BT ni pegi smpai tg tokong..
    ehehhe

    yogurt peach saaaatu..

    BalasPadam
  11. sedapnyeee.....mengundang aje pepagi ni

    BalasPadam
  12. ada member aku bukak satu kedai kat SP rasanya..bila tah nak merasa teh ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement