Dua hari lalu, saya terbaca satu komen berbentuk pandangan jujur dari seorang yang bergelar Lucius Maximus berkaitan dengan penajaan Vida Beauty Qu Puteh ke atas pasukan bolasepak Kelantan. Ia satu pandangan yang pada fikiran saya amat baik dikongsikan, dan memang wajar diviralkan. Ia berkaitan dengan legasi dan tradisi bolasepak Kelantan yang kini sedang dipertaruhkan dek kerana penajaan lumayan jutaan ringgit oleh Vida Beauty, pengeluar produk Qu Puteh.

Isu ini telah menjadi isu yang sangat sensasi bukan sahaja di dalam dunia bolasepak tanahair, tetapi juga dalam dunia kosmestik, pemasaran dan penajaan. Ada banyak respon berkaitan penajaan Qu Puteh yang bernilai RM6 Juta (kalau tak silap) ke atas pasukan bolasepak Kelantan.

Legasi - Tradisi - Qu Puteh, Pandangan Yang Patut Diviralkan

Legasi - Tradisi - Qu Puteh, Pandangan Yang Patut Diviralkan

Paling banyak disebutkan ialah berkaitan warna stadium dan juga warna jersi pasukan bolasepak Kelantan. Ada yang menganggap permintaan penaja utama pasukan Kelantan ini agak keterlaluan, dan ramai yang merasakan warna merah jambu untuk pasukan Kelantan sebagai sangat tidak sesuai, dan tidak menonjol kegarangan dan kehebatan pasukan tersebut yang sekian lama ditradisikan dengan Merah Putih.
Legasi - Tradisi - Qu Puteh, Pandangan Yang Patut Diviralkan

Jadi, saya ambil peluang ini untuk berkongsi pandangan dan komen yang telah diberikan oleh pengguna Facebook Lucius Maximus berkaitan isu yang menjadi bualan merata Malaysia. Meh sama-sama lihat dan baca, dan fikirkan dengan pandangan serta minda yang terbuka.

Legasi & Tradisi atau Qu Puteh?

Aku tulis ini untuk menjawab saudara Rem Dambul, seorang kenalan yang aku hargai tulisan dan pandangannya tetapi berbeza pendapat kerana:

1) Aku melihat isu ini sebagai seorang pencinta bola sepak
2) Aku rasa tak patut semua benda dalam dunia ini ada 'tanda harga'.

Saudara Rem ada mengatakan dalam kes Qu Puteh taja Kelantan, kita terpaksa membelakangkan legasi dan tradisi demi survival atau kelangsungan hidup. Ini merujuk kepada khususnya isu warna stadium dan jersi Kelantan yang hendak ditukar kepada merah jambu.

Ya, bola sepak seperti juga sukan lain memerlukan tajaan untuk hidup. Ini juga yang berlaku di England atau negara bola sepak maju yang lain. Kelab atau pasukan bola di sana sebenarnya tidak boleh hidup dengan hanya jualan tiket atau barangan merchandise. Penajaan adalah sumber kewangan untuk ikhtiar hidup mereka. Duit hasil menang liga atau piala pun jauh dari cukup untuk kelangsungan hidup.

Tetapi yang membezakan tajaan di sana dengan tajaan Qu Puteh ialah adab dan hormat. Adab antara penaja dan pihak yang ditaja, serta rasa hormat antara penaja dan pihak yang ditaja.

Dalam kes Qu Puteh taja Kelantan, adab itu hilang bila penaja sudah mendedahkan isi perbincangan yang mungkin sulit sebelum perjanjian dimeterai dan mengugut tajaan diberikan kepada pihak lawan jika kehendaknya tidak dipuaskan. Hormat itu hilang bila penaja meletakkan syarat mengikut hawa nafsu sendiri tanpa mempedulikan legasi, tradisi dan juga sentimen pasukan serta penyokong Kelantan.

Kita bercakap isu ini lebih dari sekadar warna. Ya, boleh cat stadium warna merah jambu dan boleh tukar warna jersi juga kepada merah jambu (cuma dalam norma bola sepak, hanya warna jersi kedua atau ketiga sahaja yang selalunya boleh ditukar). Tetapi penaja yang beradab dan ada rasa hormat lebih bijak untuk tidak memburukkan reputasi mereka dengan tidak mencampuri urusan legasi dan tradisi ini.

Atas sebab itulah di Eropah sana, tajaan terhad kepada meletakkan nama jenama di jersi atau membeli naming rights ke atas stadium. Paling tidak pun dengan mengecat kerusi stadium dalam corak yang menonjolkan nama atau logo.

Tetapi bila penaja lebih mementingkan kepuasan nafsu sendiri sampai melanggar legasi dan tradisi tanpa sedikit pun ambil peduli pada sentimen peminat pasukan, maka cemuhan dan reputasi yang buruk adalah 'ubatnya'.

Konsep penajaan yang baik ialah penajaan yang dibuat demi kebaikan sukan yang ditaja. Penajaan yang jahanam pula ialah penajaan yang dibuat demi kepentingan penaja atas kesempitan pihak yang ditaja. Mula dari merah jambu dan tukar nama, kini mahu duduk di bangku simpanan dan mengharamkan penaja lain seperti Nike. Ini bukan menaja untuk kebaikan sukan bola sepak, tapi ini menaja untuk menjahanamkan.

Dan antara dua jenis penajaan di atas ini janganlah kita kaitkan ia dengan kebaikan atau kebajikan. Penajaan ada give and take. Kebaikan atau kebajikan kau buat dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Memang Vida banyak menderma ke masjid dan sekolah dan membantu orang miskin, itu amal kebaikan dan kebajikan.

Tapi menaja Kelantan ini lain, bukan kebajikan. Kalau kebajikan kau sumbang saja duit puluhan juta beli tanah dan buat padang bola seluruh Kelantan, bagi anak-anak Kelantan main dan jangan paksa mereka pakai seluar bola merah jambu. Itu kebajikan.

Akhir kata, mungkin ada yang akan bercakap "dia ada duit, suka hati dialah nak buat apa, kau tak ada duit, duduk diam-diam".

Kalau ada yang berfikiran begitu, maka punahlah dunia kita ini bila kita fikir siapa yang berduit boleh buat apa saja, seperti mengambil kesempatan atas kesempitan pihak lain.

Setakat ini, pandangan daripada Lucius Maximus ini telah mendapat lebih daripada 2K likes (setakat entri ini ditulis) dan telah dikongsikan sebanyak 500 kali di Facebook. Ini merupakan antara komen yang pada pandangan saya lebih rasional dan wajar untuk diterima. Jadi, ia memang patut diviralkan.

Sedikit info terkini dari Kem Pasukan Kelantan ...

Berita Terkini Kem Kelantan
  • DSV akan jadi pengedar dan pengeluar jersi bagi pasukan TRW, jersi utama warna pink dan merah dan dua jersi hitam serta putih.
  • Aksi persahabatan PQPTRW vs DRB Hicom dibatalkan bagi memberi laluan naiktaraf SSMIV
  • Seorang pemain import Argentina bakal tiba ke KB malam ini. Dikhabarkan beliau rakan kepada Pereyra Diaz pemain JDT, Alejandro Rodriguez Gorrin.



Apa kata anda pula?


12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Saya suka komentar sebegini. Komen yang bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. betul apa yang Lucius Maximum cakap mengenao adab dan hormat. Walaupun saya tak follow saya isu penajaan Qu Puteh dan pasukan bola sepak Kelantan , tapi komen Lucius valid dan something to ponder.

    ReplyDelete
  2. setuju 200% pendapat dia.. Bukan soal dengki.. bukan soal dia banyak buat sedekah ia soal respect. Dato Vida seolah olah mengambil kesempatan atas kesempitan yang sedang di hadapi TRW.. kesian depa nampak macam bodoh sangat dengan syarat Dato Vida. Tolonglah.. kritikan bukan semua sebab dengki dengan kekayaan dia.. bukan mata & minda sikit

    ReplyDelete
  3. mula2 nak cat stadium, tukar warna jersi, duduk dibangku simpanan.


    Esok2 mintak jadi goal keeper.

    ReplyDelete
  4. maaf, sy juga bersetuju dengan komen lucius..walaupun saya bukan penggemar fanatik bola..actually isi kandungan kontrak adalah perkara rasmi yang tidak boleh disebarkan..sebelum kedua2 pihak bersetuju..penajaan juga perlu mengambil kira kepentingan kedua2 belah pihak bukan untuk kepentingannya sahaja..termasuk peminat2 bola sepak pasukan itu sendiri..sekian terima kasih..^_^

    ReplyDelete
  5. siapa yang tak kenal lucius maximus ni..memang antara pengkritik bolasepak power..dia juga ada tulis buku "Cerita Bolasepak malaysia Tidak Ke Piala Dunia"..penulisan dia pun power dizaman kegemilangan blog dia dulu...hahaha

    ReplyDelete
  6. PC setuju dengan pendapat Lucius Maximus...sedih bila situasi jadi begini...sewajarnya win win situasion..dan tidak salah andai kita membantu tanpa mengwarwarkan siapa kita..apa pun berbalik pada HATI..

    ReplyDelete
  7. duit adalah segala2nya, bila ada duit mulalh ambil kesempatan

    ReplyDelete
  8. sebagai peminat setia bola sepak kelantan.. terasa hati gak sampai nak tukar jersi apa entah... setakat stadium tu xpe la lagi.. nama lagi.. entah la xtaw nak kata apa dengan dunia bola sekarang semua perniaga komestik nak menaja bola sepak...

    ReplyDelete
  9. Qu Puteh ada kelebihan tersendiri. Tunggu dan lihat saja apa yang bakal dilakukan seterusnya oleh jutawan kosmetik ini.... hidup Qu Puteh ! :P

    ReplyDelete
  10. Saya pun tak berapa setuju bila banyak sangat syarat yang dikenakan, lagi2 pula Dato vida tu perempuan, citarasa dia macam tak sesuai untuk sukan yang lasak. Tapi tu lah, dia cakap dia ada byk plan untuk majukan TRW. Kita tgkla nanti. Bab nama tu lagi la xleh blah..

    ReplyDelete
  11. Rasanya bab nama tu macam tak sesuai. Nanti dah tak nak taja kena ubah balik nama tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement