Itu kisah saya semasa belajar di Sekolah Kebangsaan Toh Indera Wangsa Ahmad, Batu Gajah, Perak... huhuhu .. sempat belajar selama setahun di situ, yang sebelum ini saya merupakan murid di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Kuantan, Pahang. Walaupun setahun, tapi pengalaman itu terasa kekal dalam ingatan.
Nasihat Guru Ketika Perhimpunan Sekolah
10 Nasihat Guru Yang Selalu Diberikan Ketika Perhimpunan Sekolah
Dengan ingatan separa karat saya ni, saya titipkan kembali ucapan-ucapan nasihat yang pernah diberikan kepada saya sewaktu di sekolah rendah dahulu ...- Jangan bawa mainan pergi ke sekolah
- Jangan berlari di kawasan sekolah
- Jangan ponteng sekolah
- Jangan bawa benda tajam ke sekolah
- Jangan bergaduh sesama rakan
- Jangan makan di dalam kelas
- Berhati-hati ketika melintas jalan
- Jangan bising di dalam kelas
- Sentiasa beratur dengan tertib
- Pakaian mesti bersih
Acaner? Ada kesamaan tak dengan pengalaman anda sendiri? Itu antara nasihat-nasihat yang sering diberikan dan diucapkan ketika perhimpunan sekolah. Dan samada sedar atau tidak, ada di antara ucapan dan nasihat diberikan itu 'ibarat mencurah air ke daun keladi' ... hehehe...
Hoho .. panas bontot oo kalau terpaksa duduk ketika matahari sedang naik segalah. Lom cakap soal peluh, belum sebut pasal perhimpunan khas yang kadangkala kena buat tengahari meremang.
Ada cerita sama? atau nak tambah pasal ucapan nasihat di atas? Sila tinggalkan komen dengan penuh hemat .. in Sha Allah, saya akan masukkan dalam senarai.
p.s: Untung anak-anak sekarang, diberikan nasihat di kawasan dan tempat yang selesa - dengan harapan segala nasihat diberi akan cepat masuk dalam benak ...
p.s.s: Gambar adalah sekadar hiasan semata ... jangan nak kaitkan secara lansung lak ...
inshaallah
ReplyDeleteSama lagi Bro HH. Cuma sekarang yang agak penting no 3,4,5, dan 7. Yang lain-lain kena jaga juga.
ReplyDeleteNasihat yang berguna untuk para pelajar. Teringat masa sekolah dulu-dulu. Jika perhimpunan panjang dah mula gelisah. Sebab panas. Sekarang dah makin mudah. Sekolah banyak yang ada dewan. Dulu perhimpunan mingguan buat kat padang aje.
ReplyDeleteSemua pesanan ini betul semuanya. Cuma sebagai tambahan. sebagai pelajar kena selalu diberi nasihat agar menghormati guru-guru mereka. Sebab keberkatan dalam ilmu itu penting. Jika kita dapat berkat dari ilmu yang guru-guru ajar. Insyallah akan bagi kesan yang baik kepada kehidupan kita kelak. Hormati ibu bapa dan guru-guru anda.
ReplyDeleteLagi kalau ada latihan kebakaran...Allahu....longlai je masing masing...tapi kalau waktu perhimpunan tu tu cikgu cakap hari ni ada van milo nak datang........5 minit sekali dok jeling tingkap...hihi...cuba kalau guru besar cakap dalam masa seminggu ni jangan ponteng sebab ada rawatan gigi...ha biru muka...
ReplyDeletebetul dulu mana ada dewan, bukak penghadang masa nak exam.. lagi satu kena berdiri masa perhimpunan kat tempat parking..pernah hampir pengsan sebab tak tahan..
ReplyDeleteNasehat yang disampaikan sangat baik terima kasih sudah sharing visit juga Bisnis Borneo
ReplyDeleteDulu assembly kat padang sekolah je. Mana ada dewan. berdiri la sambil dengar ucapan guru bertugas dan guru besar. Tak ingat pulak apa nasihat mereka, distracted dengan macam -macam, maklumlah open air assembly. Tengok pokok bunga, kereta, burung dan sebagainya.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.